Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, October 21

Makan Time : Mee Tarik Warisan Asli

Dah lama me nak cari Restoran ni. Kebetulan hubby nak gi cari buah durian kat Pekan Sg Besi Lama ni. Jadinya dah jumpa pun restoran Mee Tarik Warisan Asli ni. Kalau bulan puasa tahun lepas pernah beli mee tarik kat pasar ramadhan Seri Petaling. Restoran ni kat bangunan baru dalam Pekan Sg Besi Lama. 


Kami memilih meja di sudut Restoran ni. 


Teh Cina Ba Bao untuk me and hubby. Dania pilih air bandung lah. 


Close up teh cina Ba Bao. Buah laici kering pun ada. Teh ni untuk menyejukkan badan. Bunga pun ada selain beberapa herba lain seperti kurma merah. 


Me teringin nak makan toothpick lamb nih. Harga boleh tahan mahalnya. 


Ni harga teh cina Ba bao. 


Close up toothpick lamb yang sedap sangat :-) Me pernah nampak cara buat daging macam ni kat Rasa Halal Orient masa Farah Diana gi China. Senang tapi me lupa letak salinan resepi tu kat mana. Perap je daging tu dengan bahan2 then terus goreng. 


Me tengok cara pembuatan mee tarik di balik cermin :-) 


Pekerja restoran ni tak berapa fasih berbahasa malaysia kerana mereka memang dari negara China. Kepada mereka yang ingin makan masakan cina yang halal, bolehlah berkunjung ke sini. 

3 comments: