Lepas dah hantar2 barang misi bantuan banjir tu ummi dan Dania lepak la kat Emart24 dalam UPM ni. Kereta ni boleh masuk sebab ada sticker. Elok je la palang tu naik sebab dah berdaftar dengan UPM kan. Ada tempat berpalang dalam UPM ni. Hanya kereta berdaftar je boleh masuk.
Dania nak makan ice cream. Dulu...2 kali masa datang kat Emart24 ni tak dapat makan ice cream sebab dah habis. Beli juga susu strawberry dan nasi kecik segitiga ni. Saya suka sungguh la nasi ni. Luar dia ada balut dengan seaweed. Masa ni petang2 eh eh tenang ya.....tambahan pulak petang jumaat dan minggu depannya dah mula cuti semester untuk pelajar Ijazah. Mungkin ramai yang dah balik ke kampung halaman masing-masing. Kawan Dania seorang dah balik Sarawak dah.
Marilah kita makan snack dulu ya. Sementara itu, kat luar angin sangat kuat dengan hujan lebat dan petir....complete set dah.
Takde bawak payung jadi hmmmm camne ni...nak ke kereta ada kilat, hujan lebat...angin kuat. Tunggu kilat dah tak ada bunyi...kami redah je sebenarnya. Balik nanti mandi la. Tapi macam scary ya sebab angin dia kuat.....nanti tengok la apa akibatnya ya kat gambar selepas ni.
Dalam perjalanan dari parking kami nak keluar ni...tudiaaa ada pokok tumbang. Ada laluan yang muat kereta belah kiri.
Semua gambar di bawah diambil oleh Dania kat sebelah ya. Saya memandu.
Kon kon pun tunggang terbalik. UPM baru mengadakan konvokesyen baru-baru ini tapi jumaat rasanya tak ada sesi konvokesyen.
Ni nak keluar pintu masuk utama. Ada ranting-rating pokok juga.
Elok je keluar dari pintu utama....hujan dah tak lebat dah. Eh eh cepat je cuaca berubah ya....Tu lah sekarang ni cuaca tak menentu jugak la. Tiba kawasan rumah saya cerah. Padehal kan UPM dengan rumah saya tak jauh pun.
Moga you alls semua alert dengan keadaan cuaca semasa ya. Moga kita semua baik-baik ajer....
***Hari ni hari jadi arwah papa saya....kalau beliau masih hidup berumur 78 tahun hari ni. Tapi papa saya meninggal tahun 2011. Masa tu berumur 63++ Tak sempat capai umur 64 tahun sebab hari jadi bulan 12. Moga papa & mama tenang di sana. Ena sentiasa mendoakan.....😓. Dah 14 tahun berlalu.
XOXO,
Ezna






Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.