Khamis, Oktober 10

Misi menyelamatkan kucing

Lepas balik kat Pejabat Tanah me pun menuju ke Giant Kinrara dengan Dania. Niat di hati nak beli makanan kucing since yang kat rumah punya dah habis. Jadinya baru je nak masuk pintu Giant, me ternampak 1 budak muda ni dok pegang kucing. Kesian kucing ni. Kalau saya biar je kat jalan mesti kena langgar jadi saya ambik tapi masalahnya saya tengah kerja. Kucing ni ada orang naik kereta pastu dia campak kucing ni keluar kereta. Kesian tak? Memang takde perikemanusiaan langsung. Apa salahnya letak kucing ni baik2 ye tak?. Me and Dania terus ke tingkat atas beli makanan kucing. 

Dah turun bawah me singgah kedai adik ni tadi. Dik....mana kucing tu? Akak rasa macam nak belalah sebab memang akak datang nak beli makanan kucing. So adik tu bawak me kat bilik guard. Mula2 kucing tu hilang. Rupanya dok bawah meja kat bilik guard tu. So guard tu bagilah kucing tu kat Dania. Dania yang pangku kucing tu. Dania kena dok belakang sebab me takut kucing tu aktif ke aper....hehehe. Me takut kucing sebenarnya. Bila Dania tunjuk kat tingkap, kucing ni bunyi lagi kuat...hihihi...cuak me. Maybe kucing ni nak keluar kot. 


Close up kucing ni yang bengkak mata kirinya. Tiba kat rumah bagi makan dan minum. Haishhh kucing lain yang Dania bagi makan siap gaduh sikit ngan kucing ni. Ye lah kawan barulah katakan...


Tah jantan tah betina ni. Dania kata macam nak tumbuh xxxxx la ummi kat bon_ _ _ dia...entah la me wopucetau jantina kucing ni.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ezna,

    Syukur, terima kasih kerana menyelamatkan kucing tu. Semoga Allah merahmati Ezna sekeluarga. Abang saya juga selalu mengambil kucing2 terbiar untuk diselamatkan. Mula2 tu rasa rimas juga, tapi lama2 bila fikir, mereka ni makhluk Allah juga, jadi ada hak mereka juga kan. Memang kesian kalau tengok kucing2 yang orang buang ni, masih ada orang yang tidak berperikemanusiaan :(. Kat kedai2 makan area Puncak Jalil pun banyak kucing2 sakit ...kesian..

    ~~Aisyah~~
    (silent reader..hehe)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam....errrr.....macam berjiran je kita? :-)

      Padam
  2. banyak pahala ni ezz...kan ada kisah zmn sahabat rasulullah, dia bagi minum kucing then masuk syurga sbb amalan tu...moga ezz mendapat pahala berlipat ganda di sisi Nya..amiin
    me suka kucing :) cuma tak suka bela sbb malas nak cuci najis hehehhe

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...