Isnin, Oktober 14

Kenduri kahwin di Kg Sg Ramal Dalam

Lepas singgah beli buah2 kat Sg Buah, entry sebelum ni. Dengan buah durian dalam kereta boleh tak bayangkan bau menusuk hidung tu yerk?...

Orang first yang me tegur. Keduannya me kenal sebab pernah kerja kat LKIM sekali dulu. Yg kiri kak shidah dan yang tudung hijau kuning tu Kak Ema. Kak Ema ni dulu me rajin mengadu masalah. Hehehe....kalau tak puas hati dengan Pn......mesti Kak Ema yang me cari. Kak Ema ni antara kakak yang leh rely kat LKIM ni. Akhirnya Kak Ema kata kenal anak sedara dia eh? Nama Zety. Rupanya blogger Zety ni. Keciknya dunia ni. Kak Ema bersungguh nak ambik gambar dengan me sebab nak tunjuk kepada anak saudara kesayangan Zety. :-)



Kenduri kahwin zaman sekarang pun ada cendol. Pekena masa cuaca panas ni sangat le terangkat. 


Terliur tengok makcik pakcik depan kami makan wajik ni, me ambik la sikit. 


Pasangan pengantin yang ceria....Ain dan pasangannya. 


Cuaca yang baik mengiringi persandingan Ain dan pasangan juga adik Ain dan pasangannya. 



Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati :-)

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. memang kecik....so moral of the story kena buat baik dengan orang. Tengok2 2-3-4 tahun lagi kita berjumpa dengan dia balik. Tak pun dengan saudara maranya....:-)

      Padam
  2. dan kak ema ni juga antara ibu saudara yg plg rapat dgn kami..anak2 sgt manje/dimanjakan dgn Makbob (panggilan kami), cucu2 panggil Nekbob..comelkan?hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Ema ni memang best. Jenis yang memahami. Tu yang bila jumpa Kak Ema ni me peluk dia kuat2...:-)

      Padam
  3. heheh... kenapalah tak nampak sis.. kendurinya depan rumah kami je pon.. tempat amik cendol tue, rumah saya.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya allah...biar betul uyun?....OMG lagilah kecik dunia ni....Kalau nampak uyun / dania sure akak cam :-)

      Padam
    2. tuelah.. masa nampak sg ramal dalam, tue yg klik.. gambar first je dah tau kat mana.. rumah depan rumah kami je..
      uyun keluar dari rumah pon lambat.. yang lain ikut pintu belakang.. uyun keluar, siap alihkan kotak2 tue lagi.. pastue kami dok lepak kat rumah mil.. kira khemah tetamu tue kat tanah opah...
      Pengasuh Sara kakak ipar pengantin.. :)

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...