Monday, October 28

Rombongan sekolah kebangsaan yang pertama

Ni la school trip pertama Dania kat sekolah ni. Awal pagi lagi dah kena hantar Dania kat sekolah sebab kena berkumpul jam 7.30 pagi. Pergi ambik kawan Dania kat rumah dia lagi sebab mak ayahnya out station so me tolong ambik dan hantar. Rombongan sekolah dipecahkan kepada 2 group. Group pertama pergi hari rabu dan group Dania hari Sabtu sebab kebanyakkan mereka ada exam kat sekolah agama hari rabu. Ni la kawan Dania nama Nadia yang sekelas kat Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Kebangsaan yang me tolong ambik dan hantar.


Dania dan kawan-kawan. Penolong ketua kelas Dania yang pakai baju merah. 


Suka pulak mimik muka Dania dan kawan masa ni. 


Sempat la lambai kat ummi sebelum naik bas. 


Chewah pegang tangan la pulak. 


Dania dan kawan-kawan gi melawat Pizza Hut. Ada sesi buat Pizza jugak. Lepas tu ke arch gallery di Kuala Lumpur dan terus ke Teddy Town di Kajang dan belajar buat teddy bear menggunakan tanah liat. Ni la hasil tangan Dania :-) 


2 comments:

  1. And what did Teddy the masterchef cook for her mummy ? Cute sgt !

    ReplyDelete
  2. Masterchef Teddy masak sushi ke ? Cute sgt ! :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails