Friday, October 25

Kereta me accident

Tak lama lepas hubby accident motor, me pulak accident kereta. Ada kereta langgar kat pintu tepi driver. Masa tu me yang drive, hubby dok sebelah. Masa tu hubby baru nak recover dari surgery. Kaki hubby kena masuk besi sebab tulang kecik kat tapak kaki patah. Masa tu pakai tongkat la. Kami nak pergi breakfast. Kemain jauh ke Shah Alam. Kat favourite restaurant kami la nak pergi ni. Sekali kita dok slow slow, kakak ni dari simpang terus gedegang langgar tepi pintu driver. Kauuuu......kemek la kereta ni ha. Kereta Perdana dia terus jatuh bumper dan terangkat bonet kereta. Kakak tu kelam kabut nak hantar anak dia Iqra'. Boleh bagitau me dia tak nampak kereta me kat depan. Kereta me tinggi pada kereta kakak tu pun leh kata tak nampak. Ehmmm....

Balai juga cerita then settle la part tu. Pergi balai kat Seksyen 9 Shah Alam sebab accident pun area situ jugak. 



Hantar la kat VW Glenmarie. Tunggu kat 1 bulan jugak barang tiba. Spare part dari Singapore tiba awal tapi nak tunggu spare part dari German makan masa sikit sebab barang naik kapal. Makan sebulan gak la menunggu spare part tiba. Spare part dah tiba, bawak la kat Glenmarie untuk pemasangan 2 belah pintu baru dan beberapa spare part yang ditukar. Kat sini la my car di cat. Memang luas kawasannya. Kereta pun banyak juga. 


Banyak betul kereta yang accident. Banyak kereta VW Golf la. 


Lounge yang selesa ketika menunggu. Sambil tunggu boleh minum air panas. Selesa pun selesa jugak. Kalau kena tunggu lelama boring gak kan....


Senarai air yang kita boleh buat kat sini. Kekadang me nampak ada jugak nasi lemak. 


Nanti ada je staff tanya nak buatkan air. 


Part yang paling annoying bila tunggu katanya kereta dah siap pasang pintu, tetiba lama kita tunggu...Khairul kata kena ambik esoknya pulak sebab kereta tak boleh start. Geramnyaaaaaa.....rasa nak meletup kat situ jugak. Khairul kata nak charge battery sampai full. 

Rupanya electronic car ni kena sentiasa start kereta sebab nak bagi battery tu recharge dan dapat salurkan power kat electronic part. Kereta me kat sini gamaknya dah lama tak start so battery pun weak. The next day baru me ambik kereta me balik. Fuhhhhh lega sesangat. Bersyukur me ada kereta lagi satu. My hubby bawak motor ke office (walaupun me macam tak berapa setuju naik motor ni). 

Kesimpulannya kalau nak beli kereta Europe ni, kena ada kereta lagi satu dan sabar menunggu spare part just in case kereta rosak / accident. Kalau barang ada selamat la. 

1 comment:

  1. Cabaran ni kalau beli kereta luar. Kena banyak sabar la kan. Oke. Noted ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails