Sunday, October 6

Catwoman??? naaa........

Ini bukan photo catwoman dalam movie Batman tu. Hehehe. Me ada buat blog post mengenai kucing yang diselamatkan dari longkang dan me jaga tapi bagi makan je la. Tak masuk dalam rumah pun. Ni la kucing yang kudung kaki kirinya. Kami bagi nama Trina. Aleh2 check punya check rupanya jantan. So me and Dania tukar nama Tripod la. Hehe...

Tripod ni kalau gate bukak, dia akan keluar so bila gate tutup cepat2 masuk balik dalam kawasan rumah. Hubby kata ala ala welcome us back home :-) Rasanya Tripod ni tak gi memane dah. Bila kami gi Aussie seminggu masa awal tahun....bila balik rumah je Tripod macam takde energy. Rasanya dia ni tak reti nak cari makanan sendiri. Dari kitten lagi bagi makan kat luar rumah. 

Haaa tengok la ruper dia yang cam berlagak ni ye ...hehehe. Kalau me keluar rumah memang kucing ni dok meow meow. Me cakap shuh shuh lepas tu dia terus naik kerusi ni dan buat2 tidur. Pandai gak berlakon Tripod ni :-) Me memang geli kucing so jauh2 je berani la. 



Photo ni comel. 


Ni pulak, bila bagi makan kat Tripod datang pulak kucing betina yang kami beri nama Celoreng. Beranak pun kat rumah kami. 3 ekor anaknya tuh. Jap pindah sana, jap pindah sini. Last stop kat sini dia letak anak2 dia. Dekat ngan parking motor hubby. Bila hubby start motor nak gi kerja, terkejut la kitten ni dari tidur. Kesian.....


1 comment:

Related Posts with Thumbnails