Khamis, Oktober 24

Makan Time : Restoran Tasik Idaman

Dah beberapa kali kami lalu kat sini jadinya malam qualifying round MotoGP kat Sepang, lepas solat Maghrib di Masjid KLIA terus ke sini. Mula-mula cam was was jugak nak masuk area ni takut tak ramai orang ke apa. Akhirnya.....

Bila tiba kat tempat parking tengok berderet kereta parking. So confident la nak makan kat sini :-) Kami memilih untuk makan di tempat terapung atas tasik idaman. 


Nak duduk kat darat pun boleh tapi dekat sangat dengan tempat karaoke. Takut bingit je sambil makan tu. 


Laluan nak ke tempat terapung. Bila berjalan bergoyang-goyang laluan. Dania pun cuak. Hehehe...errr empunya blog ni pun sama gak yer :-)


Meja kami kat tepi tasik. Kalau orang lalu pasti tempat makan ni bergoyang-goyang. Ala-ala makan atas rakit. :-) Dania siap cakap lagi kenapa umi goyangkan?. Padahal ada orang lalu kat tepi. Dania cuak....heheheh....


Ibu dan anak menanti makanan tak kunjung tiba. Standard la tempat macam ni ambik masa sikit nak sampai makanan yang di order. 


Hidangan yang kami order lewat yang tiba paling awal. Kerang bakar yang me lumba makan ngan Dania. Hubby me makan sikit ajer. 


Akhirnya kailan ikan masin, telur dadar dan tomyam campur pun tiba. Harga makanan kami RM28 termasuk sirap bandung, kopi o panas dan teh o suam. Berpatutan kan? 


Restoran ni terletak berhadapan (opposite) Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Dengkil.

credit map dari sini

3 ulasan:

  1. nampak best je suasana tempat makan kat situ..

    BalasPadam
  2. kat mana yek tempat tu.. dkt ngan apa tu...

    tak reti baca map..hahaha

    Sumijelly.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sumi, kat depan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom kat Dengkil. Berdekatan Sg Buah, Bukit Unggul Golf Resort. Orang panggil Atom ajer.

      Padam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...