Ahad, Oktober 27

Teman se'U' :-)

Baru-baru ni me jumpa 2 of my buddies. Makan kat dalam bangunan Plaza Masalam. Cik Normi dah tunggu dulu since dia dah dekat-dekat situ. So me pun meet le dan terus ke restaurant makan. Sebelum tu tak masuk lagi insiden tersilap panggil orang...hehehe...malu plak me....pstttttt Mie tak tau pun...hehe. 

Makan glass noodle dan Mie makan err lupa la pulak. Oh ya Nasi dan ayam masak kicap. :-) While Gusrina on the way dari NKVE. Sebelum tu gi 1 Utama. Bila Ina tiba so chit chatting la kejap. Macam-macam ler berboraknya. The 3 of us sebilik masa ambik Dip kat UiTM Terengganu dan serumah sewa masa belajar kat UiTM Shah Alam. Me dulu masa nak balik kampus Terengganu selalu la suruh arwah papa dan mama me drop kat Chow Kit ajer dan me dan Ina akan jenjalan sesama dari Chow Kit ke Hentian Bas Putra. Ikutkan tak le dekat mana. Kalau sekarang nak soh jalan minta maaf la kan....dah penat...hehe. Dulu takde hal punya. 


Posing dulu la. Me usung DSLR me. Mintak adik waiter ambikkan gambar ye. Gusrina (Ina) sebelah kiri dan Cik Normi (Mie) belah kanan. Masa kat UiTM Terengganu dulu, me cam belangkas dengan Mie ni sampaikan ada orang ingat me pun orang Pasir Mas Kelantan macam Mie. Birthday pun selang sehari ajer. Me 17 Mei, Normi 18 Mei. :-)

Ina pun me baik jugak. Dia ni scorer sungguh. Bab bab pelajaran me tanya la Ina. :-) Kalau lapar tengah malam, buat Maggi pon sodap...hehehe. Memori sungguh. 


Moga persahabatan kami berkekalan sehingga hujung nyawa. :-) Dah jumpa sesama tu mula la memori kat UiTM tersingkap semula......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.