Me tak balik kg pun. Hubby pulak ada tugas di surau kami. Pukul 745 pagi kami dah menuju ke surau untuk solat sunat aidiladha.
Anak ummi yang mendengar kata. Kena puji sikit sekali sekala...
Surau baru kawasan rumah me yang dah boleh digunakan :-)
Deretan lembu...
Lembu ni garang la. Setiap kali lalu depannya sure cam mengamuk.
Lembu perlu tahu cara nak tumbangkan.
Sambil takbir, lembu disembelih.
Lembu garang ni lembu kedua disembelih. Melawan balik. Dah jatuh bangun semula.
Hubby me baju merah sibuk nak cangkul tanah.
Baju kuning belah kiri tu imam surau kami. Bacaan imam ni best sungguh. Ore Kelate...:-)
Me snap gambar lembu pertama. Dah siap dilapah pun.
Lembu keempat bersedia untuk disembelih. Ada 6 ekor lembu semuanya.
Organ dalaman lembu dah siap diasingkan. Organ dalaman ni orang Indonesia ambik. Mereka sangat kreatif kan. Kulit lembu pun boleh buat keropok.
Lepas lembu keempat me dah balik rumah dah. Lepas tu dalam pukul 2 petang ada makan-makan kat surau. Antara lauknya....daging, hati, masak kari.
Ulam yang siap letak ais nak bagi segar.
Barisan muslimat yang menolong memasak hidangan jamuan surau. Me tukang ambik gambar je lah....:-)
Macam ni lah hubby me, naik basikal gi surau. :-)
Balik, me siap tapau sup daging, daging masak kari, ulam-ulam,. Fuhhhh gear box kemain banyak tuh....tapi me tak ambik pun. Kolestrol tinggi. :-) Terlupa nak ambik ikan masin bulu ayam.....pepehal malam ni dah selamat...tak payah masak. Alhamdulilah :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.