Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, January 30

Takziah buat kawan.....

Berita ni baru sampai ke pengetahuan saya hari ini. Takziah buat Juliana dan suami kerana telah kehilangan anak sulung pada 23 Januari 2024. Baru seminggu kalau ikut perkiraan. 

Kisahnya saya dok scroll Instagram kemudian ternampak post Juliana ni la. Ada post mengenai rindu kemudian ada video seorang lelaki dan baby. Saya agak baby itu yang meninggal kemudian nampak komen-komen kat bawah post instagram tu. Eh siapa pula yang meninggal?. Kemudian, ada seorang kawan saya whatsapp...Ezna tahu tak anak Julie meninggal? Saya pun surf la internet kemudian ternampak post kat sini dan surf lagi kat facebook HEP Uitm Cawangan Melaka. Ada pula muka yang saya familiar. Confirm la berita ni. 

Kawan saya sempat berwhatsapp dengan kawan saya Julie nak tanya status...rupanya Alif naik motor nak pergi study group kemudian bertembung pula dengan lori yang nak membelok....Entah macam mana tu tak tahulah kalau tengok gambar tu motor dan Alif tu ada jarak. 

Credit : HEP Uitm Cawangan Melaka

Juliana ni saya kenal masa Dania belajar kat SK Bukit Jalil. Ada seorang anak Juliana nama Aiman Akashah satu batch dengan Dania. Masa Darjah 5, Aiman berhenti dari SK Bukit Jalil kerana mengikut keluarganya ke USA. Ayah Aiman ni Lt Col askar yang bertugas sebagai Atase Pertahanan atau Defence Attache ke Washington, USA. Satu family yang pergi sana termasuklah Juliana (ibu Aiman). Kawan Dania nama Aiman ni balik lepas peperiksaan SPM berakhir di Malaysia jadinya Aiman tak ambil SPM la. Menggunakan kelulusan lain dari USA. Mungkin SAT atau ACT untuk permohonan ke UITM. Kiranya Aiman masuk degree lagi awal dari Dania. 

Kiranya yang meninggal ni abang Aiman ni la bernama Alif Syakirin Bin Mohd Balkishah. Beliau pelajar Semester 6 Sarjana Muda Perakaunan di UITM Kampus Lendu. Saya pun contact kawan Dania kat UITM Kampus Lendu dan Nadia cakap memang ada solat jenazah diadakan di Masjid dalam kampus UITM ni untuk almarhum Alif ni. Kalau tengok Linkedin Alif ni menyatakan beliau belajar di Universiti Teknologi Mara bermula tahun 2021-2025. Ajalnya datang menjemput tahun 2024. 

Takziah buat Juliana dan seluruh ahli keluarga ya. Berat mata memandang....berat lagi bahu yang memikul. Jom sama-sama kita sedekahkan surah Al Fatihah buat Almarhum Alif Syakirin Bin Mohd Balkishah. 



XOXO,
Ezna






8 comments:

  1. Innalilahhiwainnailaihirojiun...

    ReplyDelete
  2. Al fatihah utk arwah.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman.. Aamiin

    ReplyDelete
  3. sedihnya...innalillahiwainnailaihirojiun...Al- fatihah

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah buat arwah, moga ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...aamiin..
    sedihnya :-(

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah untuk almarhum. Saya berdoa seluruh ahli keluarga trutama ibunya, kuat menghadapi cobaan ini 😔. Berat sangat pasti nya saat kehilangan anak ini

    ReplyDelete
  6. innalillahiwainnailaihirojiunnn..
    selalu berdoa agar janganlah anak-anak ammi yg pergi dulu dari ammi. tak tau mcm mana nak berdepan dengan keadaan tu sbb pernah tgk arwah mama kehilangan anak...mmg lama mama nak move on.

    ReplyDelete