Khamis, Januari 11

Pertama kali dan mencari hadiah perkahwinan

Dah lama saya lalu lalang kat UPM ni dan lalu Taman Konservatori dalam UPM ni. Kebetulan kelas Dania Agriculture and Life buat kat sini. Hari ni dijadualkan Dania kena melawat Tanaman Ubatan dalam Taman Konservatori ni.

Waktu lawatan :
Isnin - Khamis 
Pagi : 8.30 - 12.30
Petang : 2.30 - 4.30

Jumaat
Pagi - 8.30 - 11.30

Sabtu / Ahad, Cuti Am : Tutup

Zon 1 : Halia
Zon 2 : Tumbuhan Ubatan
Zon 3 : Paku Pakis
Zon 4 : Ulaman / Tradisional
Zon 5 : Tumbuhan Akuatik
Zon 6 : Orkid Liar
Zon 7 : Periuk Kera
Zon 8 : Keladi
Zon 9 : Rempah-Ratus
Zon 10 : Tumbuhan Wangian
Zon 11 : Buah-Buahan Hutan

Kiranya ada 600 spesis kat sini dengan keluasan kawasan 2 hektar. Kalau nak melawat boleh la ke sini

Lepas hantar Dania, saya dan suami breakfast dulu kat Ikhwan Putrajaya. Lepas tu dapat call dari Dania kelas dah selesai dan saya pun nak pick up la Dania. Rupanya Dania kena test kat sini dan perlukan IPad. Mulanya test dijadualkan di Fakulti Pertanian. 

Test online menggunakan gadget sendiri. Tak kisah la phone, laptop atau tablet. Rasa berbaloi juga belikan Dania IPad sebab ringan sikit nak bawa berbanding laptop. Laptop tinggal kat rumah je la. Test kat Institut Biosains ni. Tangan Dania penuh tu, phone ada, topi ada, kuih donut ada....suruh Dania distribute kat kawan2 terdekat donut tu. 


Bangunan Institut Biosains ni sangat besar. Pertama kali tahu bangunan sebesar ni.


Bangunan ni kat kawasan bukit. Ya allah cantik sangat permandangan kat sini. Dari kejauhan boleh nampak pokok pines yang selalu dijadikan tempat penggambaran filem atau iklan atau klip video muzik. Ingat bila Dania dah grad nak datang ambil2 gambar kat pokok pines tu. 

Saya nampak ada sungai juga yang mengalir sini. Dengan kicauan burung2 pula....tenangnya....banyak lagi rupanya saya tak explore dalam UPM ni. 


Video yang saya ambil. Cantiknya ciptaan yang maha esa....semenjak dah berumur ni saya suka tempat2 yang tenang macam ni.....😊.


Tak hairanlah jika UPM diletakkan sebagai No. 1 Universiti paling Hijau di Malaysia melalui UI Greenmatric World University Rankings. Kalau di dalam ranking dunia, UPM di tempat ke 25. Di tempat pertama Wageningen University & Research, Netherland. Universiti ini juga universiti No 1 di dalam ranking subjek terbaik di dalam bidang Pertanian. Universiti Mama Zharfan pula di tempat ke 7 terbaik dunia universiti paling hijau di dunia. 

Jadi, kalau nak masuk kampus hijau dalam Malaysia boleh la masuk ke UPM. 😊. Ada pokok yang macam pokok kat Taman Tasik Taiping. 


Balik rumah dulu dan lepas solat Zohor, saya dan Dania ke IOI City Mall. Saya nak mencari hadiah perkahwinan untuk anak 'Sahabat Syurga' saya. Kawan saya tu anaknya nak kahwin. Whatsapp group tu kawan saya tu yang create. Nama pun Sharifah yang pilih. Umur mereka lebih tua daripada saya. Kiranya saya la yang paling muda hehehe boleh la perasan muda. Alaaa 3 orang je dalam group tu....segan juga sebabnya saya yang paling bising kot dalam group....err banyak cakap maksud saya. Lain2 tu sopan ya amat.....tengok nama group tu la....tu yang buat segan jugak tu....😅. 

Ok....anak Sharifah ni yang sulung yang nak mendirikan rumahtangga jadi kena cari hadiah untuk anaknya tu. Sebelum tu kita healing dulu la dengan anak yang satu ni....hehe....Dania makan Llao Llao dia. 


Terasa nak makan manis jadi beli Croffle kat Madam Croffle ni. Ada masa-masanya nak yang manis sikit. Bukan selalu pun sebab tak bagus pun ya. 


Croffle dengan topping white chocolate and mango. 


Masuk pula area kedai ni....yang ada Spao kat New Wings IOI City Mall. Ok nama kedai luar dia Outpozt. Dalam ni ada banyak brand seperti Spao dan 7 Dayz. Gigi Coffee pun ada dalam ni. Sesambil tunggu pasangan / kawan shopping boleh la pekena kopi dulu. 


Dalam ni pun ada 7 Dayz. Baju2 Dania ada 2-3 juga beli kat sini. Seluar baggy ni lembut fabrik dia jadi Dania try seluar ni. Selain putih....ada juga warna....


Haaa warna hitam pun ada. 


Tema kat sini warna putih, hitam, coklat cair....selain tu warna pastel. 


Baju waffle ni belikan Dania yang warna coklat. Selain tu Dania dah ada warna kelabu dan pink. Eh eh banyak baju Dania je...saya macam takde mood nak beli baju. Alehnya seluar baggy warna putih tu Dania tak nak sebab bila try kat fitting room Dania tergelak-gelak kata Dania macam badut la ummi 😆. Tu yang malas bawak Dania beli sekali baju tu....ada je komen dia...


Saya suka Dania pakai baju ni tapi since beli dengan dia...tak nak la ummi. Ce ummi yang belikan tanpa Dania ikut memang dia akan pakai selalunya. Eiiii cerewet.....


Baju crop top ni cantik juga tapi kena pair kan baju di dalam yang panjang menutup bon bon. 


Saya ada pergi ke Objet. Sukanya saya kat sini....saya belikan anak kawan saya yang nak kahwin tu pewangi bilik. Pembalut pun beli yang Objet dengan harga RM1 je. Kalau pembalut biasa paling kurang pun RM2.50 ke atas kan?. Wangi bau pewangi bilik ni...lembut je....saya tak suka bau yang menyengat tu....


Hari ni....ayah saudara saya meninggal dalam tidur kat Ipoh. Kiranya abang kepada arwah mama saya. Tak dapat nak balik sebab Dania masih ada kelas lagi. Adik2 saya je balik. Sekurang-kurangnya ada wakil dari keluarga saya. Jadi tinggal 2 orang ibu saudara yang masih hidup. Moga almarhum ayahanda saudara saya, Abdul Rauf ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Jenazah akan disolatkan di Masjid Kg. Melayu di Ipoh. Tak silap saya masjid berdekatan dengan rumah kawan saya Jona. 





XOXO,
Ezna

 

10 ulasan:

  1. byk betul stories dlm one entry ni ezz..haaa i tak tau nak komen yg mana dahhh anyway, salam takziah utk pemergian your late uncle

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu yg panjang tu Suzz...mana2 you komen pun ok Suzz. Tq. Entry 1 hari je ni....hehehe

      Padam
  2. tapi course yg anak ammi bercita-cita nak masuk tu tak ada kat UPM...huhu. tak dapatlah berscenery yg cantik setiap hari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau camtu scenery tu belakang kira. Course yang nak masuk tu patut diutamakan. Ni kebetulan Asasi tertutup jadi lepas Asasi takde tempat lain dah....memang kena sambung sini....unless nak ubah angin pergi swasta....

      Padam
  3. salam takziah kak Ezna..
    seronok kan bila belajar dekat persekitran yang hijau je...tenang je, senang nk release tensen...

    BalasPadam
  4. Kadang memang kita akan craving benda manis. Dapat makan/minum sikit pun jadilah bukan nak kenyang sangat.

    BalasPadam
  5. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Semoga arwah bapa saudara sis ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.

    Redup je mata memandang pohon2 hijau sekitar UPM ye.

    BalasPadam
  6. Takziah buat puan sekeluarga :(
    Nampaknya sy kena beli pakaian tanpa si Kakak la juga. Sbb kalau bawa dia byk btul komplennya hehe ...

    BalasPadam
  7. pemilihan bj bdk2 skarang susah...kdg yg kita suka die tk berkenan...salam takziah ..alfatihah utk arwah ayah sedara ezna

    BalasPadam
  8. Saya pun kalau pilih baju untuk anak, mesti pusing kalo dia ikut. Krn selera dia dah ada sendiri. Jadi terkadang tak cocok dengan pilihan mami nya 🤣. Kalo beli juga, jangan harap bakal dipakai 😄

    Ikut berdukacita dengan kepergian uncle kakak yaaa. 🙏

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...