Rabu, Januari 10

Hari terakhir ke ladang? & Hasil tuaian

6 Januari 2024 (Sabtu)

Pagi lagi dah menjenguk ladang. Nak kena buat penjarangan buah. Penjarangan buah ni apa?. Nak kena buang buah yang lebih kecil supaya jagung dapat tumbuh dengan sihat. Takde la bersaing nak mendapatkan nutrien. 1 pokok kena ada 1 buah ajer. Hari ni memang bukan waktu kuliah jadi ummi dan ayah boleh la join sekali. Hehe.....if not bila lagi? Tak kan la nak saje-saje datang sini tanpa arah tujuan. 

Contohnya macam kat bawah ni, Dania kena buang jagung yang lebih kecil. Buah yang lebih besar dibiarkan kat pokok. Ayah pun excited juga cakap haa buah ni buang.....lepas satu dua pokok ayah pun pergilah berjogging sekitar UPM ni. Ummi je la seperti biasa setia kat sini. Saya ni memang akan berminat dengan apa yang Dania buat....tak pernah jemu....


Jagung Dania yang kanan ni sihat betul. Alhamdulilah. Dania cuma buang jagung kecik sebelah ni ajer. 


Sibuk melihat setiap pokok. Dania guna pisau lipat yang agak tumpul. Alahai.....susah sikit la nak memotongnya. 


Dania dan jiran sebelah sibuk memotong jagung kecik. 


Perkenalkan....Adam....tua 3 tahun daripada Dania. Handsome budaknya. Adam ni dari Sandakan, Sabah. 


Buah yang kecik2 ni letak dalam Pongkes. Berbaloi la saya beli Pongkes ni. Selalunya letak rumpai je. 


Haaa tudia....jagung yang banyak ni yang Dania pisahkan daripada pokok. 


Close up jagung. Sedih juga saya tengok sebab nak jaga pokok jagung sebanyak 100++ ni bukannya senang. Lepas tu pegawai suruh pisahkan pulak daripada pokok. Satu keputusan yang meruntun hati saya....😅. Dania dia relaks je. Nak tak nak kena ikut la cakap sifu kan?....


Ini pula anak jagung. Saya minta izin nak bawa balik. Ada la dalam 12 kot.  


Close up anak jagung @ baby corn. 


Bila kita kelar atasnya....dalamnya berbulu.


Kulit yang di bawah dibiarkan. Boleh dimakan....sebenarnya kalau saya sediakan baby corn ni kulit yang bawah saya buang. Saya cuma ambil jagungnya saja. Bila pegawai pertanian cakap boleh dimakan kulitnya tapi yang lembut la. Jadi kita kena tinggalkan hanya lapisan kulit luar yang lembut untuk dimakan. Kulit luar tu macam berlapis-lapis. 


Setelah dibersihkan dari bulu-bulu....


Terus masak dengan fish ball. Sedap....


7 Januari 2024 (Ahad) 

Pergi lagi ke ladang jagung. Kali ni nak tengok pagar net yang telah siap dipasang. Sebenarnya pegawai suruh student yang pasang ni tapi disebabkan masa ni student yang datang bukan serentak jadi pegawai suruh pekerja ladang orang asing yang pasangkan. Disebabkan hari selasa minggu depannya nak tuai dah. Pasang net ni sekeliling untuk mengelakkan babi hutan dari makan hasil jagung. Masa ni banyak jagung berbuah lebat. 


Nampak tanda nama Adam dan Dania. 


9 Januari 2024

Kita tengok gambar-gambar yang Dania ambik ya 😏. Ini hasilnya yang telah dikumpulkan dalam bekas yang besar ni. Mana gambar muka?...


Ini pula hasil dari pokok-pokok Dania. Dania kata ada 30 tongkol. Alhamdulilah.....Ada juga buah yang buruk macam yang kiri sekali....jiran Dania....Adam tu dapat dalam 20 lebih jagungnya. Ada juga yang hanya dapat belasan ajer sebab pokoknya yang depan2 tu mati. Mungkin kena serangan ulat perosak. 

Batang2 pokok2 jagung ni dibuang begitu sahaja ke setelah semua habis dituai?. Tidak.....batang2 pokok jagung nanti akan dijadikan makanan kepada ternakan di UPM ni. Sebelum Dania bagitau ummi...ummi dah buat research dulu. Dania cakap betul la ummi....batang pokok jagung tu nak bagi makanan haiwan ternakan.....ummi cakap kan ummi dah bagitau Dania dulu....sebab Dania ada dengar Pegawai Pertanian call suruh ambik batang2 pokok jagung ni....


Jagung yang siap dipek. Ada 44 pek jagung yang setiap satunya ada 5 tongkol jagung bersamaan 220 tongkol jagung. Siap untuk dipasarkan di Putra Mart. 


Alhamdulilah....rezeki Dania dapat 5 tongkol jagung. Selesai sudah Projek jagung secara formal. Formal ni maksud saya menuai pada waktu kuliah. Masa ni memang saya tak ada lah ya....

 

Malamnya, rebus 3 tongkol jagung dan inilah rupa jagung yang Dania tanam tu. Jagung manis hibrid 'The Hulk'. Bila makan, manisnya.....Alhamdulilah. Berbaloi pulak rasanya menghabiskan masa berpanas di ladang bila tengok hasilnya. 


Sebenarnya ada lagi jagung yang belum dituai sebab belum bersedia untuk dituai sebab masih belum matang jadi pegawai pertanian suruh datang pagi hari jumaat (12 Januari 2024) untuk tuai dan katanya kali ini barulah dapat merasa jagung yang kamu tanam sebab yang tuai sebelum ni dah bercampur dah dengan jagung kawan-kawan. 

Jadi....bukanlah hari terakhir ke ladang. Masih belum tuai sepenuhnya lagi. Kali ni ummi nak pastikan ada gambar muka Dania. Semua gambar yang diambil kalau suruh Dania....ada gambar jagung tu je lah....😅. Jagung...jagung dan jagung....muka Dania dan kawan2 mana?? 😆

Tinggal satu lagi kelas Amalan Ladang : Tanaman Makanan.....lepas tu the end of Semester 1. Wahhhh kejap je la....

Moga Dania dan kawan2 menjadi seorang agriculturist yang berjaya untuk pertumbuhan sektor makanan di Malaysia. Moga cukup la hasil makanan di Malaysia nanti ya....Dalam wikipedia :
An agriculturist, agriculturalist, agrologist, or agronomist (abbreviated as agr.), is a professional in the science, practice, and management of agriculture and agribusiness
Agriculturists are science based consultants with major fields of specialization including agribusiness management, crop science, agricultural extension, agriculture economics, development communication, animal science, soil science, food technology, crop protection, agricultural biotechnology, agricultural policy, and environmental science.




XOXO,
Ezna

7 ulasan:

  1. saya pula yang rasa teruja dapat makan jagung hasil tanaman sendiri...cantik2 jagungnya nampak pun dah sedap...Tahniah Dania moga sentiasa berjaya

    BalasPadam
  2. masyaa Allah.. macam dalam farmville kak ana tengok ladang jagung, seronoknya dik :)

    BalasPadam
  3. sedapnya jagung manis!! syabbass dania!

    BalasPadam
  4. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    BalasPadam
  5. Jagung yg kecik tu orang Kedah panggil sodek jagung :D
    Nampak sedap betul jagung rebus tu. Tahniah Dania!
    Seronok ikuti perkembangan Dania ni...

    BalasPadam
  6. Waaaah jagung manis ternyata ya kak. Sukaaaa saya dengan jagung ini.

    Baby corn tuh pun sedap. Saya juga biasanya di tumis, dengan jamur dan sayuran. 🤤. Jadi nak masak tumis baby corn pula esok 😁

    BalasPadam
  7. Cantiknya isi jagung hibrid The Hulk. Jagung baru dituai tentu lemak manis rasanya.
    Baby corn yang dimasak dengan fish ball tu mengancam selera pula. Sudahlah segar, tentu ada rasa manisnya pula.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Karnival Udara Antarabangsa Melaka

Lambat sikit post yang ni keluar sebab lepas pergi Karnival Udara ni kena batuk-batuk dan demam. Kami ke Karnival Udara dan Antarabangsa Mel...