Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, January 5

Review movie Drishyam

 Ada hari tu sempat menonton Drishyam dengan suami. Mulanya dah mengantuk tapi bila movie makin lama makin best kita lupakan mengantuk tu. Hehe.

Credit : Facebook

Filem ni mengisahkan satu keluarga, Vijay sebagai seorang bapa yang berhenti sekolah sehingga Gred 4. Mungkin kita Darjah 4 kot. Seorang ahli perniagaan yang ada syarikat kabel TV sendiri yang minat menonton filem dan isterinya Nandini serta 2 orang anak iaitu yang sulung anak angkatnya Anju dan anak bongsunya bernama Anu.

Ketika anak sulung ke kem musim panas, ada seorang pelajar lelaki bernama Sam yang mengambil video Anju di bilik mandi dan mengugutnya. Sam ni anak pegawai kanan polis bernama Meera Deshmukh. Pada suatu hari Sam ni pergi ke rumah Anju ni bila Nandini minta Sam padamkan video ni. Sam kata dengan syarat Nandini (buat tak baik) dengan Sam baru Sam akan delete video tu kat phone dia. Ada pergelutan diantara Sam dan Nandini. Datang anaknya Anju lalu memukul Sam kat kepala dan Sam terus mati di tempat kejadian. Nandini dan Anju pun tanam la Sam kat luar. Dekat rumah, anaknya Anu nampak dari jauh, mak dia dan kakak dia tengah tanam 'something'. 

Vijay ni memang sibuk bekerja. Keesokannya dia balik lalu Nandini dan Anju cerita la kat Vijay semua yang berlaku. Vijay pun buang phone Sam dan kereta Sam. Masa Vijay bawa kereta Sam tu kebetulan seorang pegawai polis bernama Gaitonde. Gaitonde ada kat situ sebab tengah memeras ugut minta duit kat orang kampung kat situ. Hairan juga kan banyak dah filem hindustan yang lain portray pegawai polis mereka tu jahat suka memeras ugut, terima rasuah.....jadi Vijay pun kena create alibi untuk itu jadi, dia membawa semua ahli keluarganya ke aktiviti keagamaan di Panaji. 

Pegawai polis yang bernama Meera lama-lama suspect keluarga Vijay yang menyebabkan kehilangan anaknya Sam sebab Gaitonde kata ada nampak Vijay dengan kereta Sam. 

Apa yang berlaku kepada keluarga Vijay?, Dimanakah Sam ditanam?. Vijay ni walaupun Grade 4 drop out tapi pandai dalam mencari alibi sebab selalu menonton filem. Beliau mengambil idea daripada filem yang ditonton. 

Dibarisi oleh teraju utama Ajay Devgan, Ishita Dutta, Shriya Saran, Tabu dan ramai lagi. Pelakon ni saya kenal Ajay Devgan je sebab suami kepada Kajol. 

Saya bagi 4/5 untuk cerita ni sebab memang menarik jalan ceritanya. Dengar cerita dah ada pulak Drishyam 2 tapi katanya Drishyam 2 ni kesinambungan dari Drishyam yang ni. Jadi nak kena tonton yang pertama dulu ni ya. 





XOXO,
Ezna



13 comments:

  1. Replies
    1. Menarik you....last sekali tak sangka dia tanam mayat Sam tu kat mana....

      Delete
  2. pernah dgar cerita nie...tp x pernah tgok lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak pernah tengok lagi....baru je tengok ni lepas tu best pulak.

      Delete
  3. Wah, boleh la carik cerita ni. Ada kat Netflix ke?

    ReplyDelete
  4. wak pon dh tonton cerita drisham ni mmg menarik n wak bagi 5/5 sbb plot twist dia x sangka2..

    ps. mama dh pegi tgk kapalterbang landing kt KLIA tuh? 😁😁

    ReplyDelete
  5. Nampak dah lalu lalang tapi belum terasa nak tengok. Bila baca review ni menarik betul. Tq sharing. Nak tengok juga.

    ReplyDelete
  6. Menarik jalan ceritanya! Saya rasa macam… lain daripada yang lain filem Hindustan yang menggunakan genre sama…

    ReplyDelete
  7. Ntah kenapa saya rasa macam… dah lama ajay Devgan tak berlakon. Mungkin ada kot sebelum ni cuma saya je yang tak perasan kot…

    ReplyDelete
  8. Lama Cuya tak layan hindustan.... Cuya suka cerita lama2, kalau pelakon baru memang tak kenal

    ReplyDelete
  9. Film India yg skr ini banyak yg baguuuus ya. Ada beberapa saya masukkan dlm list Netflix saya. Tapi blm ditonton saja, termasuk yg Drishyam ini.

    Tapi memang pelik, kenapa banyak alurnya menceritakan polisi di sana jahat semua 😅.

    ReplyDelete