Khamis, Januari 18

Bonding ibu dan anak meraikan selesainya Projek Jagung…

Lepas je ke rumah kawan saya, saya dan Dania balik rumah dulu untuk membersihkan diri. Lepas Zohor baru gerak ke IOI City Mall. Plan tengahari ni makan dekat Secret Recipe. Masa ni buat Time Lapse dekat phone. Masa awal2 buat tu letak phone sandar kat nombor meja sekali datang staff Secret Recipe dia ubah nombor meja tu jadi terjatuh phone. 😅

Kena la buat lagi sekali Time Lapse tu. 😅....Sambil makan, sambil bercerita. Nak kata meraikan selesainya Projek Jagung pun boleh jugak la.....Diam tak diam dah selesai. Tak payah lagi la bertandang ke ladang lagi. Next sem pun puasa kan jadi takde la amali kat luar. Semuanya kat bilik kuliah. Kalau ada pun mungkin Sains Tanah kot sebab nak ambik sampel tanah. 

 

Lama tak makan carrot cake ni jadi order 1 slice. Besar juga potongan kek ni. Kadang kat Secret Recipe lain kecik je potongan dia. 


Lepas makan, ada promo jual helmet Marvel. Saje la nak tengok2. 
Helmet Wonder Woman. 


Superman. Kombinasi warna biru dan merah. 


Batman ni helmet dia warna hitam. 


Ada patung besar Superman. Sebijik muka Henry Cavill. 


Helmet Aquaman pun ada. Saje je tengok helmet ni walaupun bukan la sejenis yang pandai bawa motor. 


Close up helmet Batman. Smart juga ni. 


Helmet Joker ni macam seram je nampak kat belakang ni. 


Helmet Superman. 


Helmet Flash. 
Helmet jenis ni suami kata berat sikit. Kalau ada motosikal berkuasa tinggi kena helmet yang kuat, ringan dan tahan hentakan. Suami punya helmet jenis ringan. 


Kita tinggalkan cerita helmet, jalan-jalan ternampak ada jual buah siap asam. Aduhhh tiba2 terliur jadi saya beli epal hijau dan letak asam sikit. Epal pun sikit je beli sebab nak buat lepas teringin je. Dah makan, ok lah sikit....


Lepas tu singgah FOS nak beli baju baby sebab ketiga-tiga adik beradik suami saya baru mendapat cucu. Serentak pulak tahun baru ni. Suami saya anak bongsu dan mereka 4 beradik. Sepatutnya 5 orang tetapi seorang meninggal. Jadinya nak hadiahkan anak saudara saya la. 2 dapat baby girl, seorang dapat baby boy. 


Beli dulu set girl 3 helai. Dania la sibuk cakap ini comel....ummi ambik je la. 


Beli juga 3 helai untuk baby boy. Baby boy punya baju ni banyak bergaris je. 😅. Hadiah baby ketiga tak beli lagi sebab tak tahu boy ke girl. Boleh je beli yang bergaris kalau nak selamat tapi takpe tak beli lagilah. Tunggu confirmkan dulu dapat boy ke girl. 


Terjumpa dengan Kak Aini. Dania pernah la kerja dengan Kak Aini masa part time lepas SPM. Dania kerja pun lepas keputusan keluar sebab sebelum tu nak jalan-jalan Switzerland. Cadangnya sebelum Dania masuk belajar la. Kiranya terbaik la perancangan masa tu. 


Lepas tu singgah Objet pulak sebab nak beli pembalut hadiah. Murah harganya RM1 je. Kalau tempat lain mahal sikit. Hehe.


Banyak benda yang best kat Objet ni....


Kalau nak bunga kering pun ada jugak. 


Elok je sebelum balik, singgah Family Mart dulu beli ice cream Cream Brulee. Makan dulu la tepi air ni sebab ada tempat duduk. Sedap juga ice cream ni. Dari kecik saya dan Dania makan ice cream untuk santai2. Sampai besar pun sama juga aktiviti ni. Bukan selalu ya....kali ni Dania yang belanja ummi ice cream 😁 dari duit belanja dia....

Lepas tu balik la kami berdua. Kalau lewat-lewat sangat depan IOI City Mall ni jam.





XOXO,
Ezna



22 ulasan:

  1. sedapnya carrot cake tu ezz..terliur i...i baru restart diet ni, asyik on off jer..need to reduce few extra kilos

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain makan, kena exercise juga jadi kena seimbang....

      Padam
  2. Bestnya baca bonding ibu & anak ni. Comel bantal yg Dania peluk tu.

    BalasPadam
  3. linda suka betul carrot cake nie...sedap je nampk tu

    BalasPadam
  4. bestnya tengok akak&dania...bestfriend gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapnya sampai bila2 boleh meluah perasaan macam ni.

      Padam
  5. oo..dah abis dah projek jagung nya yer? lama MA tertinggal ni...kena baca balik...
    seronoknya dpt baby..congrats!!! seronoknya dating berdua ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selesai dah MA. Lega....alhamdulilah. Anak saudara baru sampai 3 tahun ni.

      Padam
  6. alamak.. ngences nengok epal + asam tu.
    Sedap carrot cake SR tu. lama plak tak beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Epal dan asam tu sebab tiba2 terliur tengok. Beli la 3 biji epal untuk hilangkan teringin tu. Dah makan ok dah....SR tu pun sebenarnya lama tak makan jadi tu yang order carrot cake tu.

      Padam
  7. helmet promosi jual tu pon harga ratusan jugak kannn., huhuhu

    BalasPadam
  8. Eh? Kenapa pegang cape superman tu? Nak bawak balik ke?

    BalasPadam
  9. bestnya bonding time dgn anak dara... sy belum pernah lg sbb selalunya mmg keluarga seluruh isi keluarga... 1 rombongan... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya memang kalau keluar sekali semua. 3 orang tapi sebab ayah dia kerja Dania dan ummi je lah.

      Padam
  10. Sukaaa lah Ama helmet joker 😄. Dari dulu saya fans Ama joker soalnya dibanding jagoannya 🤣. Macam2 jenis helmet ini ya kak. Saya sendiri tak paham, Krn tak bawa motor juga. Yg penting saat naik gojek selalu bawa helmet sendiri. Tak suka yg dibawa Ama driver 😅

    Best lah kalo kakak dan Dania ini dah bonding time 😄👍. Dah kayak teman kalian. Jarang ada hubungan ibu anak yg benar akrab sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow suka Joker ya...tapi bila nonton filem Joker memang seram sebab rupanya Joker ni ada masalah mental. Helmet ni penting untuk melindungi kepala jadi kena beli yang berkualiti. Harapnya kakak dan Dania akrab juga sehingga Dania kahwin nanti. Hehe

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...