Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, January 22

Bagaikan reunion sekolah menengah Dania

Pagi, kami breakfast di Warung Kendi kat Sepang. Pernah buat post warung kendi ni....


Dah makan berat pagi tu jadi kami ke kenduri perkahwinan anak kawan saya lepas Zohor. Haaa time tu ada terasa sedikit lapar. Kawan saya ni kami pernah bekerja dalam pasukan PIBG dulu jadinya anak dia yang kahwin ni memang lulusan dari sekolah menengah Dania iaitu SMK Jalan Empat. Masuk je dah nampak Cikgu Rizal. Terus bergambar sekejap. Maaf ya Cikgu. Masa ni Cikgu Rizal tengah pegang air pulak tu. Hehe kacau pulak saya. 

Cikgu Rizal ni ajar subjek Geografi masa Dania form 1 kalau tak silap dan menjadi cikgu pengiring untuk pertandingan robotik. Asal ada robotik je Dania dan team mesti join tapi tu masa Form 1-2 ajer la. 


Nampak pula Cikgu Shahfiq. Cikgu ni masa jadi cikgu kelas pun tak berapa nak kenal anak murid. Haha....kalau panggil je awak...awak....selalunya cikgu perempuan yang selalu kenal anak murid kan?. Cikgu ni pun ajar Dania sejarah masa Form 1. 


Oh Cikgu yang famous kat SMK Jalan Empat pun ada. Siapa tak kenal Cikgu Yazid ni. Selalu tengok IG saya...haha tahu pulak tu Dania tanam jagung. Pernah ajar Dania, Rekabentuk dan Teknologi. Cikgu Yazid juga Cikgu Pengawas dan Cikgu Disiplin. Katanya selalu balik lewat dan selalu round sekolah (Yang bagitahu rasanya guard sekolah). Memang nampak sangat suka dengan tugasannya sebagai seorang guru. 


Tudung kuning ni Aunty Seri. Anak dia sebaya Dania dan sekarang ambil Farmasi di UITM. Belah kanan ni Ustazah Dania Form 4-Form 5. Selalu bercerita dalam kelas tentang kisah yang boleh dijadikan tauladan...Dania pun ceritalah kat saya. Anak Ustazah ni seorang Dai jugak namanya Zaim Zamri dan lulusan SMK Jalan Empat juga cumanya mungkin super senior la. Dania tak sempat jumpa Zaim. Ada seorang anak ustazah satu batch dengan Dania. Masa batch Dania tu ramai juga anak-anak Cikgu.


Tengah ambil makanan nampak pula Mantan Pengetua SMK Jalan Empat. Memang Pengetua yang lemah lembut keibuan. Tak garang pun. Kalau cakap dalam perhimpuan tu lembut sangat. Memperkenalkan Salam Kasih. Letak tangan di dada dan tunduk. Lepas tu akan cakap Sayang guru....sayang semua.....lembut keibuan sangat. Tu yang bila Mantan Pengetua Puan Maziah ni bersara, terasa juga saya....errr time Puan Maziah ni saya selalu la join aktiviti di sekolah. Kalau dipanggil wakil ibu bapa tu saya ada la....Form 4-Form 5 saya dah kurangkan sikit aktiviti tapi masih juga membantu especially masa nak hidangkan makanan untuk anak2 SPM. Duit makanan collect dari duit ibu bapa sumbangkan secara sukarela untuk sekolah. Bila hari akhir paper SPM tu selalu akan makan besar la macam order KFC, McD (Time ni belum masa boikot2 ni...). 


Puan Maziah duduk semeja dengan kami tapi rasa janggal juga nak berborak tu....hehe....takde cerita cikgu2 boleh cerita pun. Puan Maziah ingat Dania masih bersekolah....hakikatnya dah masuk pengajian ijazah dah. 


Bila pengantin datang ke meja haruslah ambil gambar ya....
Dari kiri : Puan Maziah, Sharifah, Ersyam, Farah, Saya, Dania. Pengantin ni kenal kat UTM rupanya. Sama cantik, sama padan bagai pinang dibelah dua. Farah ni ikut muka belah Sharifah ni yang ada darah Pakistan. First time juga saya tengok anak sulungnya ni sebab beliau senior Dania. Tak sempat nak berkenalan. Memang lawa. 



Jumpa lagi Cikgu Kaunseling, Cikgu Afifah. Masa Dania Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Form 3...Cikgu Afifah ni kiranya Cikgu PRS Dania jugak la. Dania masa Form 2-Form 3 PRS. Lepas tu apply Pengawas pulak. Jadinya Form 4-Form 5 Dania jadi Pengawas. 


Dania dengan Cikgu Zainab ajar Dania Matematik masa Form 3. Cikgu yang baik panggil student Nak...bukan macam tu Nak.... (singkatan untuk anak). Dapat cikgu Maths macam ni terus semangat nak belajar Matematik. 


Sebelum balik saya ambil je gambar kawan saya dan keluarganya bersama Puan Maziah. Baru puas hati saya ambik gambar sendiri. 


Lagi gambar....sebelah kawan saya tu anak dia Natalia yang bersekolah menengah. Nak sama tinggi dengan kakak dia Nadia. Memang keluarga tinggi-tinggi ni. 


Bergambar kat luar ni. Ibu dan anak. 


Gambar ni Dania yang ambikkan. 


Dania dengan background warna hijau. 


Ada lukisan kat dinding Bangi Golf Resort. 


Dania je la jadi model kat lukisan ni. Memang perfect untuk ambik gambar pun. 


Ni memang wajib ambik gambar sebab ada lukisan seekor kucing....eh eh Elsa pun ada. 


Masa majlis ni pun dapat tahu yang seorang batch Dania, kanser lymphoma stage 3. Sekarang ni memang tengah kimoterapi di Hospital. Moga terbaik buat kawan Dania ni. Sama tengah degree Sem 1 kat Universiti lain. Baik budaknya.....moga cepat sembuh la hendaknya. Teringat ada seorang lecturer masa asasi di UPM. Beliau cancer survivor. Cancer Lymphoma juga. Dania cerita yang lecturer ni ikut saranan pemakanan sihat dari dietition dan kawan2 dan keluarga selalu buat beliau happy. Bukan perjalanan yang mudah la sebab lecturer ni kena tangguh pengajian di UPSI kerana nak merawat penyakitnya....

Kepada pengantin baru Farah & Ersyam....berkasih-sayang la sehingga ke syurga....Tahniah Sharifah dan family. Terima kasih kerana menjemput saya ya sahabat!....moga yang terbaik untuk semuanya. Berbahagia bersama insan tersayang dan menantu 😍

Puas hati saya dapat jumpa sebahagian cikgu-cikgu yang mengajar Dania. Memang reunion sekolah menengah Dania la nampaknya ni. Alhamdulilah....😍





XOXO,
Ezna

13 comments:

  1. Selamat Pengantin Baru utk kedua mempelai 🌷
    Cantiklah baju Dania....
    Rezeki Dania tu dapat jumpa cikgu² semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju ni sebenarnya kurung kedah tapi dimodenkan letak butang kat depan ada biku-biku. Ya rezeki berjumpa dengan cikgu2 yang mengajar. Alhamdulilah....

      Delete
  2. morning... memang re union sungguh ni ngan cikgu2 dania yer... mesti seronok plus malu2 kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu-malu tu memang ya....nak nak cikgu tanya kat mana sekarang ni?. Dania banyak senyum je dari bercakap.....

      Delete
  3. meriah sungguh!! gigih u ezz snap2 gmbr semua cikgu2 tu hehehheh anyway, moga kwn dania yg kena cancer tu cepat sembuh..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.....I memang gigih you sebab excited jumpa. Ada cikgu I tahan sebab nak ambik gambar. I kata letak air situ dulu cikgu. Hehehe.....

      Thanks Suzz mendoakan. Moga kawan Dania tu dapat mencapai cita-citanya menjadi seorang jurutera.

      Delete
  4. cantiknya Dania nampak manis lembut sopan

    ReplyDelete
  5. semoga kawan Dania diberi kesembuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Terima kasih kerana mendoakan ya ammi :)

      Delete
  6. cikgu lelaki memang tak berapa ingat muka pelajar perempuan... tapi cikgu perempuan jangan cerita, pelajar lelaki & perempuan semua dia ingat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha memang ya. Cikgu perempuan kenal semua.....tapi paling yang cikgu ingat kalau pelajar yang notty.....ha tu memang.....

      Delete
  7. Isssh senang sangaaat bisa ketemu dengan banyak guru2 masa sekolah kan. Kalo saya rasanya tak mungkin lagi 😅. Secara udah lebih dari 20 tahun, dan semuanya ada di Aceh. Jadi memang tak pernah jumpa lagi sejak saya merantau ke Jakarta 😅.

    Semogalah guru2 Dania ini sehat selalu , dan dipanjangkan usia 😍

    ReplyDelete