Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, January 24

Penanaman secara fertigasi

Masa projek jagung tengah berjalan, Dania ada buat juga penanaman secara fertigasi. Apa yang ditanam tu?. Dania dan group dia menanam kailan dan daun salad. 

Masa penanaman fertigasi ni memang buat masa kuliah jadi saya tak dapatlah nak mengambil gambar. Hehe. Ni semua gambar dari Dania dan group dia jadi kena bertabahlah nampak hanya tangan sahaja 😅. 


Masa ni mereka sibuk menanam kailan di dalam polibeg yang dicucuk dengan sistem fertigasi.


Masa ni kailan kecik je. Nampak kan benda yang dicucuk tu?. Setiap polibeg akan dicucuk dengan sistem fertigasi. 


Ini pula daun salad. Polibeg semua ni akan diletakkan di dalam rumah hijau. Boleh mengelakkan serangga perosak juga. 


Baru-baru ini setelah mereka selesai menuai jagung, mereka kena menuai sayur-sayuran fertigasi ni pula. Mereka menuai sayur-sayuran ni selepas seminggu selesai menuai jagung. To be exact pada 16 Januari 2024 (Menuai Jagung pada 9 Januari dan 12 Januari 2024).

Lihatlah betapa sihatnya kailan group Dania ni....alhamdulilah. Geram je ummi tengok. Dania cerita group sebelah dia daun agak kecil sedikit. 


Ini pula daun salad group Dania. Sihat kan?. Fertigasi ni tak payah jaga pun cuma sekali je kena wakil group alirkan baja ke dalam semua polibeg. Tu je task dia. Ada satu tong besar dan kita cuma masukkan larutan baja dalam tu kemudian akan disalurkan ke semua polibeg melalui sistem fertigasi. 


Tibalah masanya setiap group timbang hasil tuaian masing2.
Group Dania berjaya menuai :
Daun Salad : 7kg
Kailan : 5kg

Berat juga sebab tengoklah sihat2 juga sayur-sayurannya. 


Ni group Dania ni sibuk membasuh sayur. Nak kena ambil gambar juga la untuk tujuan nak buat report. 


Sihatnya....ni bukan tangan Dania. Entah siapa punya tangan. Lepas ni, pelajar akan timbang dan masukkan dalam plastik dan seterusnya akan dijual sebelah Restoran Astana Putra. Ada 1 kedai sebelah Restoran tu. 


Setelah selesai semua....taraaa....Dania beli 1 plastik salad dan 1 plastik kailan. Dania dapat free 1 plastik salad. Banyak sayurnya dalam 1 plastik jadi kena la share juga kan....takut tak terhabis makan je nanti. 


Banyak juga semua ni....


Hari yang sama saya masak udang buttermilk...


Saya gu kan dengan daun salad ni. Sedap fresh fresh lagi dan rangup berlemak rasanya. Tak tahu dah ni daun salad group Dania ke tak sebab lepas timbang dan di pek tu dah campur-campur dah semua. 


Ini pula kailan. Masak kailan pula hari selepas tu....


Kailan pula saya masakkan kailan ikan masin sos tiram. Tak ingat lauk utamanya apa....


Bersyukur dengan nikmat yang diberikan.....alhamdulilah sayur-sayur group Dania kali ni sihat....Lepas pick up Dania, saya nak pergi la ke kedai yang saya cerita sebelah Restoran Astana Putra tu. Nak cari juga hasil dari UPM...post seterusnya ya....





XOXO,
Ezna
 

16 comments:

  1. geramnya tengok kemain subur lebar2 daunnya...bestnya dapat merasa tanaman sendiri

    ReplyDelete
  2. syok tu tgk salad mekar cantik mcm tu..dpt plak hasil bw blk kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya alhamdulilah Amy dapat juga bawa balik sepaket daun salad tapi kailan tu Dania beli tapi harganya murah la....

      Delete
  3. Daniaa... acik yan nak sikit sayur... alahai.. geram tengok sayur gemuk gemuk gitu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Yan.....geram kan tengok sihat bebeno sayurnya.....cukup baja, air dan cara penjagaan yang baik juga.....

      Delete
  4. dua2 my fav vege niiiii bestnya dpt tanam sendiri tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke Suzz....tanam yg ni paling best sbb penjagaan tak serenyah jagung. Jagung tu je mencabar sikit.

      Delete
  5. bagusnya ada kemahiran dalam berkebun...boleh jadi petani moden dan pengeluar makanan suatu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni kerajaan pun menggalakkan penanaman hasil pertanian ni sebab nak kurangkan import dari luar negara jadinya bila banyak yg kita tanam....harga pun kita boleh kawal. Ni......contohnya seperti bawang banyak import dari luar....harga tu susah la nak kawal.

      Delete
  6. x sabar tunggu my dania punya tanaman nanti mas sem2, hahha...geram tengok sayur2 segar tu..nak harap tangan i yang tanam memang mati semua la

    ReplyDelete
  7. Subur-subur tanaman nya, senang liatnya👍

    ReplyDelete
  8. Geramnya tengok salad dan kailan hidup subur! Hasil tuaiannya sangat lumayan.
    Masak sayur kailan yang baru dipetik, sedapnya!

    ReplyDelete
  9. Saya dah bayangkan kalo Dania dah punya rumah sendiri, buat kebun kecil di halaman isi sayuran macam nih, pasti seronok kan. Tak payah beli sayur lagj di pasar 😍😍. Semua pun terlihat fresh sangaaat 😍😍

    ReplyDelete