Isnin, Januari 29

Final Exam hari pertama dan kami lari dari……

Pagi ni ummi dan ayah siap hantar Dania ke UPM sebab hari ni merupakan hari pertama final exam subjek Kenegaraan Malaysia yang akan dijalankan di Dewan Besar UPM. Ayah takde dalam frame sebab sibuk bawak kereta ya....


Dewan ni juga Dewan untuk terima scroll masa graduasi. Masa zaman ayah Diploma pun dah wujud Dewan ni. Bila diadakan di dewan ni memang kebarangkalian Dania akan jumpa kawan-kawan satu asasi dulu tu ada. Dania sebenarnya rindu kawan-kawan asasi dia....

Ok....satu photo depan dewan ni ya....Nampaknya empunya diri tersenyum lebar. Tiba pun 35 minit awal. Kalau gini punya muka ada senyum....ummi takde la dup dap sangat kan....lepas hantar Dania....ummi dan ayah makan dalam UPM ni je kat Twister sebelah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar. 


Van belakang tu dari Fakulti Ekologi Manusia. Dania kata soalan ni dari Fakulti ni. Kenegaraan Malaysia ni subjek wajib ambil di UPM. 


Gambar ni masa saya ambil Dania dalam 10.30 pagi....ayah Dania dah pergi kerja la. Dah nampak ramai yang keluar dari dewan. Dania cerita jumpa 2 kawan sekelas masa asasi tegur Dania....Iznie (Kejuruteraan Elektrik) dan Afifah (Sains Statistik) dan seorang kawan sebilik...Elisha Hana (Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem). Seronok la Dania tu....


Nak balik rumah, nampak lori Tenaga Nasional tengah buat penyelenggaraan jadinya ada kawasan yang terlibat takde elektrik.


Haaa ni kawasan perumahan saya ni. Lepas Dania dah settle mandi semua kami pun keluar lebih kurang jam 12 tengahari. Niat nak lari dari kepanasan tak ada elektrik yang dijadualkan tidak ada bekalan mula jam 10 pagi - 2 petang. Larat ke dok rumah musim panas-panas ni?.....

Notis penyelenggaraan dah dapat minggu sebelum ni.


Nak masak pun tak boleh jadi saya dan Dania 'masak' kat IOI City Mall je lah Haha....sebelum tu pegi cari pasta dan beberapa barang masakan kat Lotus. Nak masak untuk Dania punya breakfast esok fettuccine dan udang buttermilk. Saya kena pastikan Dania breakfast sebelum pergi jawab final exam. 


Kami pilih nak makan kat Kenny Rogers. Ni pilihan Dania ayam dan 3 side dishes. 


Ni saya makan pula fish fillet. Ok bagi saya tak sedap. Macam terlebih masak pulak.....sos pun saya tak suka sebab masam camtu...mungkin ada orang suka. Saya suka kalau ada mayonis dan sos cili ke...baru berselera nak makan. Akhirnya sekeping je saya makan. 2 keping lagi tapau je la. 


 Total semua termasuk air tudiaaa RM70++. Fuhhh boleh tahan harganya....sekali sekala ok lah. Tu yang sekarang ni saya banyak masak ajer. Sesekali ok lah sebab jemu juga makan air tangan sendiri. 😅

Tiba je rumah alhamdulilah....elektrik dah ada balik. Barulah lega...idak tadi tu yang lari dari rumah tu....


***SPM pun dah start kan?. All the best buat anak-anak yang mengambil SPM ya....moga boleh menjawab mengikut skima pemarkahan dengan tepat dan berjaya dengan cemerlang!





XOXO,
Ezna


12 ulasan:

  1. Lari dari kepanasanlah ni ye hehe ...
    Good luck Dania utk papers seterusnya 💪

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....panas sangat ni....tapi petang ni nampak macam nak hujan....Terima kasih ya...

      Padam
  2. mesti seronokkan jumpe kawan2.. pernah pergi upm dulu2.. luas yang amat.. byk sungguh pokok2..

    BalasPadam
  3. Kesian Dania kena bergambar bawah matahari pagi tu... kecik mata dia!

    BalasPadam
  4. Anak2 jadi lebih bersemangat kalau kita dapat hantar pegi exam mcm ni. Sbb tak semua org masih diberi rezeki ada ibu & ayah lagi.
    Sedap Kenny Rogers.. berpuluh tahun tak pegi.

    BalasPadam
  5. Anak saya yang kedua belajar di UPM Bintulu...saya ada sarankan dia untuk ambik Bachelor di UPM Serdang ...kalau ada rezeki la

    BalasPadam
  6. Sayang Kenny Rogers dah tutup di Indonesia. Dulu saya lumayan suka makan di sana. Apalagi roasted chickennya okelaah. Bisa pilih beberapa side dishes pula 😄. Ntah kenapa di tutup.. pas pandemi seinget saya.

    BalasPadam
  7. All the best dania!moga score semua subject sem ni.aamiin

    BalasPadam
  8. All the best dania!moga score semua subject sem ni.aamiin

    BalasPadam
  9. alhamdulillah..rezeki Dania...semoga berjaya ya Dania...dulu2 kita semua buat sendri...hihihi

    BalasPadam
  10. oh dkt kenny ada menu fish fillet gitu ye...biasa mmg mkn chicken roasted je

    BalasPadam
  11. Kalau SAa pun akan lari dari kepanasan

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...