Rabu, Januari 31

Merubah wajah blog dengan Canva

Sempena tahun baru ni jadi saya nak tukar tema blog saya. Saya nak header blog saya tu kecik sikit dari sebelum ni...

Tema blog sebelum ni berwarna ungu. Saya masih kekalkan tema ungu ni sebab ye lah my favourite color jugak. Rasa tenang tengok blog warna favourite kita. Saya menggunakan canva.com untuk mereka header blog. Sebelum ni tak reti sangat menggunakan Canva ni tapi masa PKP dulu...saya join online macam mana nak create warna instagram menggunakan Canva ni. Saya belajar dengan Fara Bosnita. Boleh click link tu kalau nak tahu mengenai beliau. Walaupun Fara mengajar cara menggunakan Canva untuk instagram....boleh juga apply untuk apa-apa yang kita nak buat....macam-macam boleh buat dengan Canva ni. Dania pun masa sekolah menengah dah guna Canva ni nak create poster la etc....

Header blog saya ni menggunakan Canva yang free je. Kalau nak gambar yang lebih banyak pilihan boleh bayar untuk Canva dengan pakej premium. Tapi kan....yang free pun kita boleh create macam-macam. Pilihan pun banyak juga. 

Template pun banyak jadi kita just ubah warna dan gambar ikut preference kita. Kalau nak create dari 0 pun boleh je....


Header 1 : 

Bila nak bertukar ke header baru ni, saya cuba guna template yang disediakan tu. Saya nak corak yang minimalist dan boleh letak gambar saya. Bila pasang kat blog dia jadi sebesar header yang sebelum ni. Saya kan nak yang lebih kecil sedikit. Bila saya kecilkan size header ni pula dia jadi tak balance sebab ada di belah kiri blog. Tak sure macam mana nak center pulak. 😅


Header 2 : 

Saya pilih header yang kecil dan lebih memanjang. Boleh letak gambar yang kecil. dan masukkan nama blog. Background pun saya tukar warna kegemaran saya. Warna ungu pula saya pilih yang lembut je sebab kalau terang nanti jadi tak sedap untuk mata...takut sakit pulak mata.....


Background blog pun kena tukar untuk mengikut tema header jadi kena pilih yang free. Kalau tak pilih yang free kita kena bayar atau bila pasang nanti kat blog ada logo pulak jadi tak cantik la kan....

Boleh cari di Unsplash. Cantik betul gambar bunga memanjat Wisteria dari Aki Nakazawa ni. Ni saya ambik yang Free je. Lepas tu jangan lupa credit nama pemilik gambar ni ya....(Saya letak di footer blog).


Ini juga menjadi pilihan saya di Unsplash. Gambar dari Wulan Sari. Warnanya kena dengan tema blog saya.


Nanti nak kena tukar di blog :



Theme - Customize - Advanced - (Cari la nak tukar dekat mana...page, link, blog title, blog description...etc). 

Nanti ada paparan kat situ blog kita yang bertukar tema. Kalau suka....ada button gambar disket (save) kat situ. Sila la save dan wallah.....blog dah bertukar tema....kalau nampak tak cantik....pergi balik kat advanced ni dan tukarlah apa yang patut. Ingat ya setiap kali tukar background nak kena tukar juga semua settings tu. 

Background untuk blog post saya pilih putih sebab nampak bersih je dan jelas bila kita menulis tu. Ni pun ikut pilihan masing-masing. Lagi satu saya besarkan sikit font supaya nampak jelas penulisan saya. Template blog ni ambik kat blogger je. Kalau nak yang berbayar pun ada....boleh google nanti. 

Selamat mencuba!!!





XOXO,
Ezna

19 ulasan:

  1. Tahun lalu ada kls Canva juga diadakan oleh blogger Indonesia yg emmang ahli Canva. Saya sukaaa dengan semua gambar Canva yg dia dan teman2 create. Cantiik sangat. Baru tahu kalo Canva memang bisa membuat banyak gambar seperti itu. Saya punya aplikasinya, tapi jarang pakai 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya macam-macam boleh buat dengan Canva. Kalau anak nak buat projek sekolah pun boleh dengan Canva. Oh kelas Canva dengan blogger ya? Best juga tu.

      Padam
  2. ezz..cantiknyaaaa!! love it!! i pun nak tukar tp mcm tak reti nak buat hahh dan nak kena cari masa godek2 jugak...buat masa ni lom ada masa free laaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kena cari 1 masa yang free sebab kadang kena trial and error juga you. Best part memang macam-macam boleh buat dengan Canva tu.

      Padam
  3. tu la..perasan jugak rumah baru ni kan..sweet sgt.. MA x pandai bab2 ni selalu memang hire je yg lebih profesional bila teragak nak tukar tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada hari tu dok tukar-tukar je header dan background blog ni...kalau ada yang datang eh kejap lain....kejap tukar gambar lain pulak. Hehe.

      Padam
  4. Well done Ezna 👍
    Canva ni boleh buat macam² kan... Poster, bday cards, menu etc kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ PH. Ah ah macam-macam boleh buat....wedding card, banner etc....semua pun boleh. Gambar pulak banyak tak terkira....template tersedia pun banyak juga.

      Padam
  5. tulah...nmpk segar juga...nak tukar, belek2 tu takde masa..nanti lah tenang2..linda godek2 juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cari 1 masa yang kita free juga sebab bila dah tukar header, automatik background pun kena tukar jugak...lepas tu kena setting font etc....

      Padam
  6. kalo jenis suka tukar2 header color ni pasti kena pilih yg fav kita dan senang menarik reader nk baca entry kan...welcome new look

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Amy...pilih warna pilihan kita la kan?. TQ Amy....

      Padam
  7. sangat cantik... tenang jerk tengok...

    BalasPadam
  8. wah...nampal pro la...tak terfikir pulak saya nak buat header blog guna Canva

    BalasPadam
  9. purple warna kesukaan juga dulu sbb tu baju kawin pakai warna purple. sekarang suka warna apa pun ntah...hahah

    BalasPadam
  10. Waahh.. patutlah nampak lebih segar, rumah baru rupanya.
    Nice.
    Background blog post putih lebih senang dibaca.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...