Dania dan kumpulan kena present 1 produk samada minuman atau makanan dan kena nyatakan satu bahan dalam produk tersebut. Dania bagi suggestion susu pisang tapi macam ada seorang ahli group nak buat Coca Cola juga.....like....bersemangat nak buat Coca Cola ya.....satu... Dania kalau boleh nak boikot produk ni. Kedua...produk ni agak klise sangat. Dah biasa nampak. Jadi why not buat lain daripada yang lain kan?.
Produk tu sendiri saya kata boleh beli (apa-apa yang dipilih nanti) to make it presentable kan sebab ada props. Akhirnya ok lah....Dania ikutkan ajer buat Coca Cola. Tup tup sampai ada 3 group buat Coca Cola tapi bahan yang mereka present tu lain2 la. Hmmmm...kan dah kata klise sangat. Ok....back to Coca Cola....warna apa yang lebih menonjol?. Merah kan?.
Credit : Google
Ada satu group present dengan slide majoriti warna merah. Akhirnya lecturer pun bagitahu yang beliau tak boleh nampak warna merah sebab buta warna. Lagi pun kalau presentation...elakkan warna merah dominan dalam warna slide sebab tak sesuai. Tips ni.
Ok...kat sini boleh tengok warna yang seseorang yang buta warna boleh nampak. Kalau kebanyakkan orang yang normal boleh nampak dunia yang penuh dengan warna warni tetapi seseorang yang buta warna ada 3 tahap warna yang mereka boleh nampak. Mereka yang buta warna ada masalah untuk mencerap warna.
Bila lecturer tu kata tak boleh nampak warna merah berkemungkinan....beliau buta warna yang Deuteranomaly atau Protanopia. Sama ada nampak warna merah ni seakan warna coklat (Deuteranomaly) atau warna merah tu seakan warna kelabu (Protanopia). Tak mungkin Tritanopia sebab buta warna Tritanopia boleh nampak warna merah.
Menurut website Doctor On Call :
Penyebab buta warna ialah secara genetik iaitu melalui kromosom X yang telah melalui mutasi. Golongan lelaki lebih cenderung untuk menerima penyakit ini. Setiap individu mempunya kon di retina mata masing-masing. Kon ini bertanggungjawab memantulkan cahaya yang menembusi mata. Sekiranya kon tersebut rosak, maka individu tersebut akan hilang kebolehan untuk mengenal pasti warna tertentu.
Kita yang perempuan mempunyai kromosom XX dan yang lelaki XY.....sebab utama kat sini mengatakan genetik dan lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.
Just curious juga kalau mereka ni membawa kereta kan?. Boleh ke bawa kereta?. Dan setahu saya ada juga pekerjaan yang tak boleh ada penyakit buta warna ni seperti Dr, Jurutera....etc.....
Dulu....pegawai atas saya masa bekerja pun ada penyakit buta warna juga jadi saya pernah tanya untuk pengetahuan saya....Macam mana Encik xxxx bawa kereta.....macam mana nak tahu bila lampu hijau kita kena jalan?. Encik xxxx cakap saya tengok kereta lain jalan saya pun jalan la.....lupa pulak nak tanya macam mana pula kalau kereta Encik xxxx paling depan sekali?....nak refer kereta mana bila nak jalan tu kan?. Masa tu saya masih baru lagi dan tak sangka pula berani pulak nak tanya...bukan apa....just curious sebenarnya....😅.
Jadi.....saya rasa bersyukur juga dapat melihat semua warna dalam dunia ni.....Alhamdulilah.....tak semua insan yang ada keistimewaan itu....
XOXO,
Ezna
alhamdulillah atas segala nikmatNya
BalasPadamYa Suzz...bersyukur kita....alhamdulilah....
Padammacam stress pulak kalau buta warna kan...Alhamdulillah, syukur sangat2 dengan nikmat yang Allah beri kan
BalasPadamTapi tu lah....kalau dari awal buta warna memang dia dah biasa....kalau ada kerosakan pada mata time dah dewasa dia boleh nampak perbezaan tu...time tu mungkin stress sebab kena biasakan dengan warna sekeliling yang baru tidak seperti masa mata normal.
Padamsaya ada sepupu yang tak kenal warna hijau. mungkin dia trinatopia. Masa sekolah rendah, kami sekelas, selalu dia kena marah cikgu sebab tak kenal warna dan menulis terbalik.
BalasPadamKalau menulis terbalik tu Yan...berkemungkinan kerana ada masalah disleksia. Saya tahu sebab pernah tengok movie Hindustan yang Aamir Khan berlakon. Budak tu nampak tulisan macam dalam mirror. Jadinya apa yang mungkin dia nampak ialah tulisan yang terbalik.
Padambahaya juga buta warna ni especially yg driving mcm tgk traffic light tu la kan
BalasPadamAh ah bab nak driving tu satu hal tapi musykil juga macam mana ex boss tu boleh pulak lulus ujian memandu. Mungkin zaman dulu tak strict sangat kot ujiannya....
Padamalhamdulillah..atas nikmat Allah yg kita pinjam ni kan.. but emm...bab lulus utk memandu tu..mcm bahaya kan..
BalasPadamItulah...macam terfikir juga macam mana boleh lulus ya?. Bahaya juga memandu kalau tak nampak warna tu.
PadamKawan saudara ada yang buta warna tapi boleh drive. Tak pernah tanya pula.
BalasPadamAgak terjawab penasaran saya ttg buta warna. Jadi at least ada beberapa jenisnya ya kak. Baru tahu. Memang tak terbayang bagi saya , untuk seorang yg buta warna akan seperti apa tampak dunia ini. Yg saya tahu juga, pilot dan army tak boleh buta warna.
BalasPadamKot ada orang yang buta warna tu tak tahu yang dia buta warna susah juga sebab bagi dia normal. Jadi orang sekeliling yang kena bantu terangkan.
BalasPadam