Masa pergi rumah adik sebab utama nak hantar jagung yang Dania harvest tu. Rezeki untuk dikongsi kan?. Adik saya membalas pizza hawaiian dari Pizza alamak nama Pizza pun lupa sebab bukan Pizza Hut dan Domino's. Kalau teringat nanti saya edit kat sini.
Ok teringat dah....namanya Vivo Pizza.
Close up Pizza ni ada chicken slice, nanas, cheese dan ada rasa sos tomato. Just nice untuk family of three. Pizza ni akhirnya simpan untuk makan malam sebab tengahari nak makan laksa.....Thanks adik sebab bagi Pizza ni....errr tapi kan Pizza ni bau dia macam Pizza Hut je. Lama dah tak beli Pizza Hut...
Terselit jugak 1 slice kek. Adik cakap kek pistachio. Ada taburan kelopak bunga juga atas kek.
Since rumah adik dekat Kelana Jaya, kami singgah la makan laksa kat food truck sebelah Wisma FAM kat Kelana Jaya ni. Cili api tu meriah jugak tu. Tengah tulis post ni boleh pulak saya terliur. Haha....memang sejenis yang suka laksa utara ni. Siapa lagi yang suka laksa utara?....✋

Ada lagi food truck laksa dan cendol ni dari Dania kecik lagi. Kat sini la port dia dulu2. Masa kami tinggal kat Puncak Jalil, selalu juga singgah makan kat sini. Dah kami dok jauh sikit....kalau ada turun sini baru la singgah.
Cendol pulut pun order jugak.
Kami bertiga....
Kalau nak ambik gambar mula la tutup2 mulut la apa la....geram sungguh saya.
Baju baru beli dari Daisy (Voir). Warna ni memang sweet je. Dania banyak juga baju warna mint green.
Tengok la food truck ni memang sebelah je kat Wisma FAM, Kelana Jaya. Tak jauh dari Masjid Kelana Jaya tu.
Jom....me'laksa' dan me'nyendol'.
XOXO,
Ezna
i suka semua jenis laksa, bihun dan mee hehhehehe
BalasPadamI pun suka....cumanya kalau mee I makan mee sup sahaja. Mee goreng I tak suka.
Padamnice....sweet je dania pakai mint color..
BalasPadamMint color ni manis je. Saya pun suka warna ni.
PadamLaksa & cendol mmg best friend hihi...
BalasPadamTakde buat delivery jagung ke Gombak ke Dania? Haha Acik gurau je 😁
Seronokkan berkongsi rezeki, rasa puas kan
Laksa dan Cendol ni kombo agaknya ya....bila makan memang ngam je. Jagung?....PH leh datang beli kat sini.....Sebelah Restoran Astana Putra.
Padamsalam kenal sis... 1st time datang ke sini...
BalasPadamdone follow as Ain Farhana
Hi...terima kasih sebab datang. Insya-Allah akan membalas kunjungan. Terima kasih juga kerana follow.
PadamPanas2 ni sedapnya cendol!
BalasPadamYa lah UG, panas betul sekarang ni.....sesuai la makan cendol.
PadamSaya suka laksa Utara, tapi tergantung dari seller. Kadang ada yg rasanya tak sesuai dengan lidah 😄. Tapi kalo Nemu yg sedap, sukaaa sangat. Cuma Krn saya tak suka bawang mentah, jadi dah pasti semua bawang tuh saya singkirkan dulu 🤣. Tak nak makan 😅
BalasPadamOh tak suka bawang ya Fanny....kakak penggemar bawang dengan Dania. Pasti banyak bawang.
PadamSedap nampak laksa tu. Lama tak makan pizzahut. Sekarang pun dah macam2 brand pizza ada.
BalasPadamJenama Pizza ni Vivo Pizza tapi bau dia macam Pizza Hut.
PadamDania ambil gambar katup mulut pun sweet lah ummi.
BalasPadamAlaaa tak nampak semua....tu yang snap lagi....
PadamUS Pizza kot tu.....ada laksa pasti ada cendol..yummm
BalasPadamOk dah tahu namanya Amy...Bukan US Pizza tapi Vivo Pizza. First time dengar pulak Pizza ni.
PadamPiza antara makanan yang saya suka juga tu
BalasPadamSesekali tak nak makan nasi makan yang lain pula kan.....
Padam