Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, January 15

Selamat Tinggal Ladang.....

Pada 12 Januari 2024, Dania ke ladang jagung buat kali kedua untuk menuai hasil jagung. Kali ni tanpa kehadiran lecturer Dania sebab kuliah pada hari Selasa je. Hari ni kebanyakkan kawan kelas Dania takde kelas. Jadi datang la pagi. Ikut masing-masing punya time la. Dania tiba pun jam 9 pagi. Terus beraksi di ladang menuai jagung yang dah matang. Dania ada photographer dan videographer ikut sekali. Hehehe.....

Berbaloi la saya invest beli pongkes ni. Boleh la buat letak jagung yang dituai. Sebelum ni letak rumpai je bila time merumpai (mencabut rumput). 

Kebanyakkan gambar Dania kat sini saya snap candid je. Sesambil Dania buat kerja dia saya snap jadi nampak natural. Dania tak sedar pun sebab tengah kusyuk kan buat kerja. 


Masa menuai hari selasa 9 Januari 2024, Dania kata masih ada jagung yang belum matang. 


Ni saya kat luar net hitam. Net hitam ni masih ada keliling pokok2 jagung ni untuk melindungi daripada babi hutan. Banyak babi hutan kat UPM ni. Kat Fakulti Pertanian Dania pun katanya ada. 


Senang je nak harvest jagung ni. Kepakkan ke bawah kemudian pulas supaya ia bercerai pada batang. 


Ada traktor yang akan bawa hasil ladang ni. 


Haaa tudiaaa hasil jagung-jagung kelas Dania. Banyak yang menjadi kan?. Hasil sebanyak ni kali kedua tuai ya. Kali pertama tuai tu saya tak ada. Pssttt sebab ada lecturer kan....


Dania susun-susun dalam bekas yang besar ni sesambil kira hasil menuai hari ini. Alhamdulilah 52 tongkol jagung hari kedua menuai. Bila campur sebelum ni 30 tongkol jadinya total semuanya dalam 82 tongkol jagung dari pokok-pokok Dania. Alhamdulilah. Ikutkan kat pokok masih ada lagi yang tak matang tapi menuai hari ni adalah hari yang terakhir.....

 

Ini hasil jagung kat sini...belum campur yang kat dalam traktor ya. Meriahnya....hasil jagung kelas Dania. Mereka semua ni pegawai pertanian di sini. Dalam gambar ni boleh tengok ya semuanya lelaki kan?. Tu yang saya sentiasa ada di sisi Dania kalau di luar waktu kuliah. Waktu kuliah ok je sebab 1 kelas ada. Lecturer pun ada. 


Bergambar untuk kenang-kenangan sebab lepas ni dah tak pergi sini dah....😢. Sedar tak sedar dah 3 bulan dah saya ulang alik dengan Dania kat sini dari bulan Oktober 2023 lagi. Pegawai yang akan bagi markah Dania yang duduk belakang sekali. Beliau juga yang bagitahu dalam kelas Dania ni rajin selalu datang ladang dengan mak. Memang la datang dengan mak sebab memang terus dari rumah. Lain-lain tu datang dari hostel. Kalau dari hostel tu jalan kaki ke sini dalam 2.4km ya. Mak pulak jenis tak lepas biar Dania buat sorang-sorang. Mak yang siap bawa tikar mengkuang dok kat situ tengok Dania buat kerja 😆. 2-3 jam pun 2-3 jam la mak dia tak berganjak.....buat la apa yang membuatkan kita bahagia. Takde lagi yang buat macam ni yang Dania dikenali tu 😅. 

Depan saya tu 'Laksamana Bentara MIO' (nama betul Imran) yang selalu deal dengan kelas Dania untuk membaja ke merumput ke, suruh datang untuk harvest ke....Dania selalu stress dengan whatsapp beliau. Haha....sebab itu tandanya kena ke ladang jagung. Kena spend 2-3 jam kat situ nak membaja, merumpai ke....saya suruh Dania minta maaf kat beliau sebab kot kot ada yang Dania cakap...ye lah stress kan....😅...Dania bukan jenis yang cakap tak elok tapi macam letih la Bentara dah suruh datang dah 😅 etc.....nak keberkatan jadi kena la minta maaf kat guru.


Jagung yang besar-besar ni memang jagung yang Dania tanam. Kiranya hari kedua menuai ni boleh je dapat jagung sendiri. Dania dapat 6 tongkol jagung sebab datang hari kedua. Total Dania bawa balik 11 tongkol jagung untuk diri sendiri. Masa kelas sebelum ni dapat 5 tongkol. Hadiah selepas berpenat lelah mengerjakan dan menjaga pokok jagung sendiri. 


Dalam plastik ni saya beli. Ada 6 tongkol jagung dengan harga RM10. Alhamdulilah....harganya bagi saya harga sebab Dania yang mengerjakan jagung kat sini. Kalau tidak, mungkin harganya lain....jagung pula bukan jenis kecil tapi jagung bersaiz besar. 6 tongkol je dapat free. Saya sejenis tak akan minta benda2 free ni. Kalau orang bagi saya ambil...kalau tak saya bayar. 

Boleh tengok perbezaan jagung yang dah siap dipotong dan jagung yang fresh dari ladang dengan rerambut masih ada. Persamaannya....kedua-dua jagung yang dipotong dan tidak dipotong ni jagung Dania. 


Alhamdulilah....ada la jagung yang saya kongsi dengan kawan dan adik-beradik. Kawan saya tu sebab dia nak bagi saya keropok lekor dan beberapa ulam-ulaman yang dipetik dari rumah dia lagi.....segan juga nak dapat semua ni tapi tak balas apa2 kan...jadi jagung la saya bagi....

With that, selesailah Farm Practice : Food Crops untuk Semester 1. Projek Jagung Manis Hybrid 'The Hulk' F1 351 yang memberi markah 30% untuk kerja ladang (tanaman bayam + jagung) dan 20% untuk projek jagung....kena la buat betul2 kan....lain2 tu test, kehadiran, report amali....habis dah satu bab....💗💗💗. Esok pula kelas terakhir untuk subjek ni. Kena lalu juga area jagung ni tapi buat Fertigasi sebab kelas Dania ada tanam daun salad dan sawi dalam polibeg. 





XOXO,
Ezna

14 comments:

  1. wah hebatnya Dania..kagum pula saya tengok..akak pun ibu yang hebat,rasanya kalau saya malas nak tggu 2-3jam dkt situ hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah....lama juga menunggunya tapi akak bukan duduk sahaja....ambil gambar dan video kemudian kalau merasa nak buat sekali join la jugak tapi kejap je la sebab anak yang kena buat pun. Lepas tu berborak dengan kawan2 Dania sampai ada yang menceritakan kisah dia jugak kat akak...

      Delete
  2. alhamdulillah suburnya. best nya ada ladang nak berrcucuk tanam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ladang tumpang je ni sebab Dania punya amali. Lepas ni takde dah bab menanam ni...bab lain pulak....

      Delete
  3. congrats dania! well done!! err u are a rare mom lah ezz! tabikkkkk hehehhe boleh dpt award jugak tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....takpe la Suzz I buat pun bukan untuk orang lain tapi untuk anak sendiri gak...tapi masa duduk tengah panas tu pegawai cakap duduk la kat tempat redup....I duduk situ gak....I rasa tenang nampak Dania depan mata.

      Delete
  4. Replies
    1. Banyak Amy. Ni hari kedua. Hari mereka tuai masa dengan lecturer pun dalam 200++ tongkol jagung jugak la.

      Delete
  5. waahh.. banyak tu. seronok bila kutip hasil..rasa hilang la penat lelah selama tu kan bila menuai hasilnya meriah mcm ni.. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya rasa macam peluh kita yang menitik untuk hasil sebanyak ni rasa terbalas pulak.

      Delete
  6. Complete ummi nya report. Senang Dania nak rujuk.
    Alhamdulillah jagung menjadi.
    Dania dah boleh tarik nafas lega selesai tugasan di ladang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe....ya ada gambar2 Dania ni diambil untuk report kumpulan Dania sebab ummi Dania ni ambik gambar dari awal.....ada jugak la gambar kawan2 lain tapi banyakknya gambar2 Dania sebab Dania ada personal photographer. Hehehe....tak la sebab ummi dia suka ambik gambar....

      Delete
  7. Jangan kan dosen, saya pun kagum Krn kakak selalu ada menemani Dania 👍👍. Hebaaat ❤️.

    Saya kalo ditanya pribadi, mungkin tak bisa disuruh menunggu segitu lama 😅.

    Banyaaaak hasil panen Dania yaaa. Ini jenis jagung manis tak kak? Saya paling suka kalo jagung dimasak creamy corn soup. Atau jasuke (jagung, susu, keju) 😁. Jagungnya di steam dulu, lalu KSH keju dan susu. Makanya paling best kalo pakai sweet corn.

    ReplyDelete
  8. Ada babi hutan rupanya di situ. Aduhai...
    Hebatnya sampai 3 bulan ulang alik ke lokasi. Tentu Daniah sangat gembira dapat ibu yang sporting!

    ReplyDelete