Bila pegawai pertanian dah bising suruh tanggalkan nama dan kembalikan plet nama besi ni jadi saya pun hantar la Dania ke sini. Dania pakai baju lawa-lawa ni sebab lepas ni nak pergi IOI City Mall...hehe...sebelum tu selesaikan dulu urusan yang ni.
Selesai dah urusan di sini. Moga kita berjumpa lagi...err kalau jumpalah....
Nampak rumpai pun dah naik...kalau masa menanam tu rumpai ni lah yang kita kena cabut. Syukurlah dah tak payah kisah pasal mencabut rumpai dah.
Dania dengan tanda nama. Ada gambar kucing tengah mengintai dan beberapa tongkol jagung. Ada rama-rama dan chatchibor jugak. Chatchibor ni bahasa perak untuk pepatung (dragonfly). Gambar kucing tu simbolik Dania yang suka kucing la....
Last photo ibu dan anak kat sini.
Dania kat depan rumah ladang ni. Kalau ada penerangan, kat sinilah penerangan diberikan oleh Pegawai Pertanian. Kalau ikutkan strategik jugak barisan jagung Dania sebab dekat dengan rumah ni. Apa-apa Pegawai akan nampak Dania tengah mengerjakan tanaman Dania.
Lepas tu kami ke IOI City Mall. Nak cari lagi 1 set baju baby kat FOS. Harga sehelai baju baby ni RM19. Kalau beli 3 jadi RM49. Saya beli 3 untuk baby anak saudara saya. 3 anak saudara saya dapat 3 helai baju ni cuma berlainan corak. Kang berkumpul sama pulak coraknya. Haha. Mak menakan kena adil la untuk ketiga-tiga anak saudara (anak kepada adik-beradik suami).
Depan FOS tu Padini. Masuk sini pulak. Kadang lepas pegang-pegang tak jadi pun.
Ini pula Uniqlo. Kalau lalu sini selalunya kami akan masuk sekadar ambik idea atau nak window shopping.
Sekarang ni ada beg macam bulan ni. Macam trend pulak bagi saya. Ada size besar dan kecil juga. Macam Dania pakai ni size yang kecil. Ringan pun ya.
Tak sesak sangat la sebab pergi masa hari biasa....kalau weekend agak ramai jugak. Jadi nak tenang saya pergi weekdays.
Ehem Dania....cuti nanti tak nak kerja sini ke?. Wangi je bau lush ni. Dania dah bagitau tak nak kerja cuti sebulan ni.
Lepas tu wajib masuk kat sini sebab adik saya alert ada harga best untuk sabun basuh tangan. Semua kat rak ni RM15. Kalau harga biasa sampai RM50/sabun basuh tangan.
Selalunya saya akan beli buat stok bila harga murah. Berbaloi beli bila harga turun ni sebab boleh beli banyak. Beli juga sedikit nak bawa balik kampung masa raya nanti siap suruh staff letakkan dalam plastik dan ikat ribbon. Semua ni takde extra charge ya. Ada dia letak small card jugak.
Tapi....kena tanya juga sebab ada perkataan selected hand soap tu harga RM15. Jangan tiba-tiba nak bayar tau tau harga mahal >RM15.
Nak balik tu memang lalu FamilyMart dulu sebelum turun escalator ke parking bawah. Dania nak beli ice cream pulak jadi ya ice cream dulu sebelum balik.....
Cream Brulee Ice-Cream kat FamilyMart.
Makan dulu kat sini....
Malam pula, saya hantar sayur-sayuran untuk kawan saya. Area Bangi ni je dekat....since katanya makan sayur-sayuran. Ayahnya dan ibunya yang berusia tinggal bersama. Kawan saya ni cerita memang menjaga kedua orang tuanya termasuk membawa ke hospital untuk check up. Linda ni memang masak sendiri ya. Tak tapau pun dari luar. Memang health concious. Saya terinspirasi darinya juga sebab kata-katanya yang sangat bersemangat. Be it dalam memberi sokongan untuk kawan2 dan anak kawan2. Semua kata-kata yang positif. Alhamdulilah.....dalam masa yang sama diri sendiri pun kena kata-kata semangat juga kan?....Bukan senang menjaga orang tua yang sakit....kawan saya ni berumur 50++ dah tapi tak nampak pun macam umur 50++ tahun. Sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam ya. Moga yang terbaik buat Linda ya....Linda beruntung kerana suaminya yang juga seorang lecturer di UKM pun sangat memberi sokongan. Support system sangat kuat. Itu yang paling penting.
Berbaktilah kepada orang tua selagi masih ada....
Bila buat baik dengan kedua orang tua, anak-anaknya pula dikurniakan kecerdikan dalam pelajaran. Anak sulung tajaan Petronas dan dah fly ke negara matahari terbit...Jepun. University of Tsukuba. Ingat lagi kawan saya Wan Faziatul Amira Wan Salleh cakap....anak Linda ni nama pertama SMK Jalan Empat kat Universiti di Jepun ni. Ada lagi batch anak Linda yang dapat tajaan Petronas tapi memilih untuk masuk Universiti Teknologi Petronas. Anak kedua pula tak nak pergi jauh. Masih mengikuti program asasi sains di UITM Dengkil.
Ni lah rezeki dari Jepun. Kipas Jepun satu untuk saya dan Dania dan Linda 2-3 kali pesan....keychain untuk Dania (adakah nak bagitahu keychain ini bukan saya punya ya 😅)...Haha.....comel beno keychain dari Sanrio ni. Dania pun ada dalam kereta masa tu. Ke Linda rasa bersalah sangat sebab saya cakap daun salad ni Dania yang tuai....apa pun terima kasih Linda....
Nama kipas pun Aina. Macam nama melayu pulak....
Alhamdulilah di atas semua rezeki baik besar atau yang kecik......Alhamdulilah....
XOXO,
Ezna
alhamdulillah..selesai dah bab jagung yer..
BalasPadamcomei nya kipas tu
Selesai alhamdulilah. Kipas ni dibeli oleh anak lelaki kepada kawan. Ni dia kata tak tau nak beli apa untuk mamanya tu. Pandai juga dia pilih dalam tak tahu nak beli apa....
PadamThanks for sharing
BalasPadamYou are welcome.
Padamalhamdulillah...bila kita sentiasa fikir yang positif, insya-Allah hati pun tenang ja...mudah mudahan Linda pun jadi sepositif macam kak Linda kawan kak Ezna
BalasPadamNak jadi positif susah juga tapi bila kita positif....sekeliling kita pun akan positif juga....bila time pening sikit masa anak sekolah sama dulu....pi la cari dia pasti hati makin tenang.....
Padammeriahnya
BalasPadamMeriah yang mana tu?
Padambdk2 skarang suka pakai beg silang mcm tu...body bath works tu suka juga bli time sale sbb byk jimat tp tula since die dlm product boycot tk bli dh skarang
BalasPadamAh ah la produk ni orang boikot. Tapi tu lah beg silang ni ok juga kalau beli....tengok la nanti....
Padampandai2nya anak ur fren tu..impressed la. anyway kipas tu cutenyaaaaa
BalasPadamKipas tu ada sarung dia sekali. Senang la nak bawak mana2. Kot panas....kita berkipas...Hehe.....
Padamcomel souvenir kipas tu..laaa..ingat habis dh bab tanaman tu..eh pokok jagung yang tinggal tu x buang ye..ke masih ada buah?
BalasPadamPokok jagung tu nanti akan dijadikan makanan untuk ternakan kat UPM ni. Kalau masih ada jagung....pekerja ladang yang kutip nanti. Dah selesai semua....pokok2 tu jadi makanan haiwan pulak.
PadamBila la nak delivery sayur ke Gombak ye Dania? Haha ..
BalasPadamBetul, nak menjaga parents yg uzur ni perlukan support system esp dari pasangan & adik beradik juga. It is challenging actually #ytjt
Anyway, sy suka la Ezna forward thinking mcm ni ...siap stand by buah tangan dah utk raya. Perangai kita ni lebih kurang sama hehe...
Ya nampaknya kawan saya je yang menjaganya walaupun masih ada adik beradik yang lain. Moga beliau kuat menghadapinya....hehe senang fikir awal2 tak kalut PH....fikir apa nak bagi nanti masa raya. Hehe.....
PadamPeladang moden! Mama moden!
BalasPadamModen tapi masih mengekalkan ciri2 islam dan kemelayuan tu.....
PadamSedap la ice cream tu.
BalasPadamYa sedap dan tak manis sangat.
Padammemang betul...bila berbakti kepada orang tua...rezeki akan murah dan mencurah-curah....rezeki sihat, bahagia dan anak yang pintar
BalasPadamYa kan.....kepayahan/kesulitan dalam menjaga orang tua kita allah balas.....
Padamseronoknye dapat bertanam tanaman mcm tu.. pokok jagung..
BalasPadamTumpang seronok walau kat tempat belajar anak. Feeling ada ladang jagung sendiri.
PadamAlhamdullilah kalau masih bisa kumpul dengan orang tua , mumpung masih ada kesempatan,berbakti dan bahagiakan mereka , insyaallah rezeki tak akan putus.rezeki bisa berupa apa saja.
BalasPadamYa sangat setuju bila berbuat baik dengan ortu....rezeki sentiasa mengalir.....
PadamSedapnya makan ais krim berdua.
BalasPadamTertarik dengan kisah Lida. Semoga Linda sentiasa sihat dan berbakti menjaga orang kedua orang tuanya.
Ya....tu yang bagi semangat kat Linda. Tapi terinspirasi dengan Linda ni walaupun saya tahu bukan senang nak jaga ayah yang tak sihat tapi masih mampu tersenyum dan bagi semangat kat kawan2 dan anak kawan2.
PadamBetul, memang rezeki lebih murah dalam berbagai bentuk bila berbakti kepada ibubapa. Bagusnya Linda, sentiasa positive.
BalasPadamberbakti pd bumi., alhamdulillah ;p
BalasPadamSedapnyer kalau dapat jagung rebus fresh dari ladang
BalasPadamDania tak beli tas UNIQLO hitam itu kak? Anak saya beli wktu itu 😄😄😄. Saya pikir tas apa, ternyata UNIQLO punya. Tapi kemudian ditaro di sofa, habislah ditidurin kucing. Paru2 saya lihat dah bukan warna hitam, tapi bulu putih kucing 🤣🤣🤣. Terpaksa di sedot dulu bulu2nya hahahahah.
BalasPadamSaya suka produk padini . Dulu zaman kuliah pernah beli blouse padini punya. Itu blouse aweeet sangat. Tak pudar warnanya. Sampai saya menikah masih bagus. Akhirnya pun saya donasikan, setelah belasan tahun pakai. Itu juga warna masih merah cantik. Sejak itu saya suka produk2 padini. Krn memang awet