Sehari sebelum tahun baru buat apa ya?....
Dalam pukul 3 petang keluar dan menuju ke Sepang. Niat kami nak makan ikan bakar kat HM Bagan tu jadi nak gerak lepas solat Asar dulu. Tiba kat Sepang tak masuk Asar lagi jadi menghabiskan masa minum dulu kat Nasi Lemak Royale.
Lepas siap solat Asar kat Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA....kami terus menuju ke HM Bagan Ikan Bakar kat Sepang tu. Kalau lewat takut ramai orang pulak. Sepanjang perjalanan ke sana...kat jalan banyak kereta juga. Tiba je kat situ, dah ramai dah yang duduk ya.....bila ditanya buka jam 5 petang. Kami tiba dalam 6 petang.
Lepas dah dapat tempat duduk, kena pilih seafood yang kita nak makan....saya pilih la satu scoop kerang dan dua ekor sotong.
Dua ekor ketam betina pun ada. Ketam betina ni lagi banyak isi dan kalau bernasib baik ada telur juga.
Macam mana nak kenal ketam jantan ke betina?. Jantan ni berwarna kebiruan dan betina warna kecoklatan. Kat bawah badan ada bentuk lebar. Bawah badan ketam jantan berbentuk tirus. Tengok bentuk ketam yang terbalik tu....itu adalah ketam jantan kerana corak kat belakang tu berbentuk tirus.
Ambil juga seekor ikan siakap size kecil tapi rasanya size ni takdelah kecil sangat.
Kami dapat tempat dekat depan jadi bukan yang mengadap laut. Takpelah inilah rezeki kami....
Ramai betul yang dah ada kat sini. Baru datang pun ramai juga jadi parking pun susah juga nak cari.
Tak payah tunggu lama pun untuk mendapatkan semua hidangan ni.
Siakap tiga rasa...
Kerang rebus ni. Ni yang Dania request nak makan.
Sotong celup tepung. Ni pun rasa rangup je sotong ni.
Telur dadar.
Ketam masak telur masin. Nak kena try masak ni pulak. Sedap sangat. Selalunya kalau ketam saya masak bercili sebab mama saya dulu suka masak ketam bercili jadi bila makan tu teringat kenangan dulu-dulu.
Alhamdulilah....total semua RM167.30 dan jumlah ni kebanyakkannya adik saya yang belanja. Kami top up sikit je. Adik saya tu masukkan dalam akaun saya kata nak belanja makan. Alhamdulilah....moga adik saya tu murah rezeki lagi dan belanja kakak dia lagi 😝. Makanan pun bagi saya semuanya kami enjoy makan. Alhamdulilah....rasa macam sedap sangat2.
Lepas selesai makan, kami ke Masjid Sultan Abdul Samad KLIA untuk menunaikan solat maghrib. Alhamdulilah. Asar dan Maghrib kami berkesempatan berkunjung ke sini.
Lepas solat, ke mana kita ni?. Sambung lepas ni....
Anda semua pergi mana cuti-cuti ni?.
XOXO,
Ezna
terliur tgk sotong tu...menu ketam lamanya tk mkn
BalasPadamKetam tu pun kita lama tak makan sebab selalu jumpa ketam yang tak fresh je.
Padamnampak sedap sotong goreng tu
BalasPadamSotong goreng tu rangup sangat dan memang sedap. Alhamdulilah.
PadamLama tak makan ketam...
BalasPadamSemoga bertambah luas rezeki adiknya Ezna 🤲
Terima kasih dan aamiin untuk doanya....alhamdulilah....sebenarnya sama la PH lama juga tak makan ketam ni. Mulanya nak ambik seekor je tapi suami suruh tambah lagi seekor.
PadamBestnya makan seafood, kerang dia nampak segar.
BalasPadamSalam kenal. Saya singgah balas dan follow. :)
Salam kenal. Terima kasih sebab berkunjung ke sini.
Padamlama dah x makan kerang... kerang kt sini x fresh tu yg jarang beli atau order
BalasPadamKerang ni tu la kalau tak fresh memang tak suka.....betul....susah juga nak jumpa yang segar....
PadamAlhamdulilah rezeki...
BalasPadamCuya pon lama tak makan ketam walaupun tahu diri alergik.. hahahhaa
Kalau alergik kalau boleh elakkan makan sebab ada kawan sis alergik makan seafood....mulut dia bengkak.
Padamldy suke seafood. sedap sungguh.. tp ketam tu sungguh sukar nak mendapatkan isinya.. :D.. dlu seingat ldy, ldy masak ketam tu sekor2 sebab xpandai nak siang.. time tu xterfikir nak google.. skrg alhamdulillah dah pandai..
BalasPadamKetam ni kalau kita masak sendiri kena ada pemecah ketam (macam pengepit tu) jadi kita kepit2 kaki dia tu supaya senang kita nak makan. Kalau gigi tak kuat mau patah gigi kita.
Padamsedapnyaa waaa terernya u ezz psl ketam tu...i tak tau pun psl ketam jantan betina hahahahah
BalasPadamI tengok kat youtube ke mana tak ingat tapi untung la beli ketam betina dari ketam jantan you. Ada telur dan isinya lebih banyak.
PadamSelamat Tahun Baru 2024 sis Ezna 🎉 Wah, lamanya tak ke HM Bagan Lalang tu. Teringat dulu pernah buat surprise birthday utk asben kat sana masa belum ada anak lagi hehe 😊 ketam tu nampak fresh betul tapi buat masa skrg ni mampu tengok je dulu sbb doktor suruh diet 😝
BalasPadamSelamat Tahu Baru Carneyz. Takpe bila Carneyz dah betul2 sihat makan la apa yang dihajati.....semoga cepat sembuh ya.
PadamSyoknya makan makan.. Selamat Tahun Baru
BalasPadamMakan tu memang syok nak nak lagi ada orang belanja...hehe....Selamat Tahun Baru!
PadamLainkali saya pun nak cuba ketam telur masin tu lah. Tengok pun sedap.
BalasPadam