Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, January 25

Apa yang dibeli tu?

Lepas ajer Dania selesai fertigasi ni, kelas lepas tu online jadi sempat la kalau nak pergi tengok hasil kat kedai UPM ni. Sebelah Restoran Astana Putra ya. 

Ternampak dengan senior Dania grad 2020. Dulu saya dah ambik video Aiman untuk bagi semangat kat Dania. Masa tu Dania tunggu dalam kereta. Aiman masa ni agak sibuk sebab nak kena handle apa entah tapi saya sibuk nak ambik gambar. Haha....


Ada pisang hasil dari UPM la. Sebelah Dania tanam jagung tu ada pisang tapi tak sure pisang kat ladang mana sebab ladang kat UPM ni luas. Sebelah tu jagung yang kelas Dania tuai. Luarnya agak kering tapi dalamnya masih kuning. Masa pergi ni dah 4 hari selepas tuai dah. Jagung ni dijual 50 sen / tongkol kalau nak beli. Aiman cakap tak nak beli sayur ke?. Saya tanya sayur apa? Aiman kata baru lepas tuai je kailan dan daun salad ni. Saya cakap ni haaa yang tuai tu....Haha....


Sayur lepas tuai yang dimasukkan di dalam peti sejuk. 


Saje bukak peti nak tengok sayur-sayur kelas Dania tuai tu. Cepat betul dihantar ke sini. Hari yang sama tu. 


Fresh lagi ni....kelas Dania yang tuai. Bila nampak depan mata rasa bangga jugak....


Pisang apakah ini?. Lupa pulak saya nak tanya.....pisang emas ke?....saya beli untuk diri sendiri. 


Petang tu, sebelum Dania ke kelas....sedikit sayur-sayuran tu kailan dan daun salad juga beberapa biji pisang hantar kat rumah kawan Dania kat Sg Ramal. On the way je pun macam touch and go sebab Dania nak pergi kelas. Kalau takde kelas mahu berborak panjang lebar lagi tu. 

Saya dapat pula balasan keropok lekor Pahang dan sambal kering ikan bilis. Terima kasih kak Tie....alhamdulilah. Wow nampak keropok lekor terus rasa nak melompat. Haha....maklumlah hantu keropok....

Ni saya tunggu sekejap sebelum bertolak dari Fakulti Dania ni sebab yang ni kelas lecturer yang hmmmm tu. Lepas 15 minit saya bertolak pulak ke rumah adik saya kat Kelana Jaya sebab nak hantar juga sayur-sayuran. 

Setelah 30 minit, Dania call kata kelas dah selesai. Saya dah tiba Kelana Jaya dah. Nasib baik ada ayah Dania yang boleh ambik bila balik sebab work from home. Alhamdulilah....dengar cerita lecturer ni dah dapat Medical Leave tapi tak sure berapa lama....tapi tu lah....kertas final exam beliau juga yang tanda....harap2 semuanya smooth sailing la ya....


Malam pun sayur-sayuran saya hantar ke rumah adik kat Cyberjaya. Sebenarnya baru minggu sebelum tu hantar jagung kat rumah adik-adik. Minggu ni hantar sayur-sayuran pulak. Rezeki untuk dikongsi pun...

***Selamat bercuti Thaipusam hari ni. Kami tak kemana pun....duduk rumah ajer. Dania pulak sibuk study untuk Final Exam next week. 



XOXO,
Ezna

9 comments:

  1. Best dapat beli sayur fresh selalu...dapat gak support Dania & friends indirectly kan...
    Kalau dekat nak gak sy ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PH tapi ikut musim jugak ni. Kalau ada student yang buat amali ni memang ada la hasilnya selain memang yang ditanam di UPM.

      Delete
  2. bestnya boleh shopping brg2 fresh kat kedai UPM tu...

    ReplyDelete
  3. wah..kalau dekat dah pi dh beli sayur kat kedai UPM tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu.....memang best la membeli kat sini ni SA.

      Delete
  4. Alhamdulillah. Rezeki dikongsi bersama. Gembira yang terima sayur-sayuran segar. Mudah-mudahan bertambah rezeki si pemberi.

    ReplyDelete
  5. Pastilah rasa bangga kalo lihat hasil tanaman sendiri membesar baik, lalu dijual pula kan 😍😍. Saya yg melihat saja ikut terasa senang kak. Dah terbayang kalo dimasak pasti sedap. Atau dimakan mentah pakai balsamic lagi sedap 🤤🤤

    ReplyDelete