Selamat Tahun Baru 2024!!!
Selamat Tinggal 2023....
Alhamdulilah dapat kita ke tahun baru 2024 hari ini ya?.
Ni saya terinspirasi dari blog Suzz sebab buat post Top Nine Instagram. Dah buat lama dah tapi tak masuk dalam Instagram mahu pun blog lagi. Jadi ini best nine untuk tahun 2023 bagi instagram saya.
1. Balik kenduri kahwin anak saudara di Kedah. La ni isteri anak saudara saya tengah dalam pantang. Alhamdulilah.
2. Gathering hari raya kawan-kawan Sekolah Menengah Damansara Jaya di rumah salah seorang kawan saya. Suaminya business di dalam agriculture. Tanam pokok bunga raya (Kenaf) yang mempunyai 1000 hektar kawasan ladang bunga raya di Chuping, Perlis. Mereka memproses pokok bunga raya ni jadi kertas dan minyak biodiesel dan export juga ke luar negara. Tu yang kawan saya ni ada beli rumah di Dubai. Katanya kalau datang Dubai boleh duduk rumah dia...hehe...rezeki kan?.
3. Dania praktis bawa kereta sebelum pra test JPJ.
4. Wedding anniversary saya....alhamdulilah 2023 ni tahun ke 20 kami. Moga berpanjangan la jodoh kami sehingga ke syurga....
5. Email dari seorang pelajar yang nak sangat masuk Asasi Sains Pertanian kat UPM jadi saya guide beliau. Akhirnya saya tanya feedback...beliau mengatakan beliau berjaya menempatkan diri di Asasi Sains UITM Dengkil dan bercita-cita nak ambil Veterinar di UPM.
6. Saya dan Dania pergi balik bilik Dania masa Asasi kat UPM sebab nak mencari kasut sukan kawan yang tertinggal. Bila masuk bilik Dania rasa sayu je semua dah kosong....😭. Memori Asasi Dania tercipta di sini....
7. Hari jadi Dania pada 7 November 2023. Alhamdulilah. Moga menjadi anak yang baik ya...
8. Dania test jalan raya kali kedua dan lulus. Jalan raya kali pertama tiba-tiba ada construction kat jalan pulak....
9. Hari pertama Dania mendaftar sebagai pelajar Bacelor di UPM.
Jadi, kesembilan highlight inilah untuk tahun 2023 di Instagram. Alhamdulilah....moga dapat cipta lagi kenangan untuk tahun 2024 nanti. Dania akan bergelar mahasiswi sem 2 dan sem 3 tahun 2024 nanti. Moga perjalanannya smooth nanti....insya-Allah.
Moga kita semua dimurahkan rezeki, diberi kemudahan untuk beribadat kepadaNYA, dikurniakan kebahagiaan, tertunai semua impian dan dilindungi dari benda yang memudaratkan dan semua yang baik-baik ajer ya untuk tahun 2024 ni.
Selamat Tahun Baru 2024!!!.
XOXO,
Ezna
Selamat tahun baru 😊
BalasPadamSelamat Tahun Baharu 2024!
BalasPadamSelamat Tahun Baharu 2024!
BalasPadamHappy New year kak ezna and fam 🎉🎉🎉... Semoga THN 2024 ini bawa banyak rezeki buat kita semua yaaa. Indonesia ditutup dengan gempa besar di Sumedang. Saya yang sedang di bandung, berasa gempanya kemarin. Tapi semoga tak membawa terlaku banyak efek buruk :(. Sedih juga banyak tempat yg terkena musibah justru di akhir tahun penutup.
BalasPadamhappy new year...moga yg baik2 saja..buat ezna & family..
BalasPadamoo..ayu pun x buat lagi top nine ni..nak buat jugak la..
happy new year ezz!!! moga yg baik2 ajer utk kita semua utk thn 2024 dan thn2 seterusnya..aamiin
BalasPadam