Macam semalam jugak exam pagi jam 9. Jadi, bertolak dari rumah jam 8 pagi. Hari ni Dania ada paper kedua iaitu Falsafah dan Isu Semasa. Dania kata paper ni agak pening sikit sebab tak berapa nak faham bahasa bombastic ni. Lecturer ni pula kata Dania memang suka dengan bahasa bombastic ni. Ini adalah salah satu paper wajib ambil ketika menuntut di UPM tak kira course apa yang kita ambil dan wajib lulus. Kalau dah kata wajib ambil dan wajib lulus...nak tak nak kena ikut sebabnya nanti akan effect bila nak graduasi.
Hari ni paper diadakan di Kompleks Akademik E di mana Dania punya kelas masa asasi jadi mengimbau kenangan jugak la. Ada kawan sebilik Dania sampai nak buat tour kat sini dengan kawan satu Ijazah dengannya...nak bawa makan kat cafe Rasa Asper etc.....sebab nak tunjuk tempat belajar masa asasi la konon-kononnya.
Nak pergi exam kena pakai yang proper dengan kasut bertutup. Nak pakai T-Shirt boleh tapi kena yang berkolar. Kat UPM ni bab pakaian ni macam bebas kecuali pakaian yang mencolok mata tidak dibenarkan.
Sempat lagi ambik gambar kat depan kelas Dania dulu....mulanya kelas Dania kat tingkat atas....disebabkan ada seorang kawan sekelas Dania yang ada masalah ACL, injured masa main bola jaring. Susah nak naik tangga. Kawan Dania pun datang kelas naik van mobiliti khas untuk mereka yang kurang upaya di UPM. Akhirnya kelas Dania masa Sem 2, dipindahkan ke kelas ni sampai habis sem.
Di sini jua memori tercipta...
Walau seketika terjalin kasih kita....
Mungkin di sini kita kan terpisah....
Kenangan bersama tiada kulupa....
(lirik lagu Memori Tercipta, Sheila Hamzah)
Gambar dari highlight Instagram. Gambar last paper masa Asasi bersama kawan sekelas.
Gambar ni pula dengan kawan-kawan sebilik depan Kompleks Akademik E hari yang sama jugak. To be exact 16 Jun 2023.
Memori tetap la menjadi memori ya....jom la kita create memori kita bersama ya...lepas hantar Dania, kami berdua menuju ke Sate 7 Pagi. Dekat sangat pun dengan UPM tu. Keluar kat pintu berdekatan dengan Fakulti Pendidikan UPM tu.
Apa yang dimakan?....roti telur goyang. Ada kaya tu macam tak sesuai pula saya rasa. Lain-lain ok je.
Lontong Special pilihan hubby.
Kuih-muih pun beli juga kalau nak kudap-kudapan nanti.
Ni alamat Sate 7 Pagi :
3244, Jalan 18/37, Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Balik dari Sate 7 Pagi, kami nak balik rumah masuk ikut UPM dan lalu kawasan ni. Kat tasik yang banyak bunga teratai warna shocking pink ni. Suruh hubby berhenti tepi kejap sebab nak ambik gambar. Cantik betul pada mata saya. Background setting hijau pokok-pokok dengan langit kebiruan memang perfect. Cuaca sangat baik pagi ni.
Close up sikit bunga-bunga teratai ni. Banyak sungguh kat tasik ni.
Di kejauhan boleh nampak Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM dan deretan bunga teratai berwarna shocking pink.
Bersyukur kerana boleh nampak warna-warni flora ni....Alhamdulilah...
XOXO,
Ezna
all the best Dania.. subhanallah..cantiknya teratai tu, shocking pink lagi
BalasPadamTerima kasih MA. Cantik sangat bunga ni tu yang berhenti tepi kejap tu....nak kena ambik juga gambar.
Padami pun suka laaa if tgk apa2 view yg ada bunga2 kaler pink or apa2 kaler pun
BalasPadamI pun suka you bunga2....butterfly.....
PadamCantiknya tasik tu... dapat bergambar ni memang berkeping keping la...
BalasPadamSuka bunga teratai...all the best Dania
BalasPadamSukaaa dengan style Dania ini 👍. Casual tapi tetap sweet.
BalasPadamRoti goyang tuh saya tak bisa makan kalo kuning telur masih goyang2 😂😂. Memang tak tertelan. Hrs Matang sempurna 😅. Tapi suami sukaaa sangat kalo telur dengan kunjng setengah Mateng.
Tapi lontongnya keliatan sedaap sangat kak. 😍