Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, July 26

Pengumuman SPM 2022 | SMK Jalan Empat

Kebetulan pengumuman SPM 2022 ni jatuh masa minggu peperiksaan akhir Dania kat UPM. Ya Final Exam untuk Asasi Dania. One day before, saya dah collect pesanan apam beras berbentuk bunga ros ni kat Rumah Kueh Kak Zu. Ada cikgu salah anggap ingatkan sabun. Hehe. Cadangnya nak bagi cikgu yang ajar Dania masa Form 5. 


Terjumpa Ustazah Hanani yang ajar Dania Pendidikan Agama Islam (belah kanan). Anak Ustazah Hanani salah seorang Da'i bernama Zaim Zamri. Cikgu Faezah pula ajar Dania Sejarah. Ada juga yang confuse ingatkan anak saya ada yang ambik SPM lagi. 


Keadaan di SMK Jalan Empat pagi ni. Saya ke sini seorang ajer. Niat di hati nak jumpa kawan2 saya yang anaknya ambik keputusan dan saya nak bagi present kat anak2 mereka tak kira la keputusan dapat apa ya. Gift tetap dapat.  


Jumpa Cikgu Matematik bernama Cikgu Saliza. Cikgu koperasi juga. Fuhhh kalau peperiksaan je diantara yang cepat menanda kertas. Pantas. 

Saya betul-betul rindu dengan sekolah ni dan cikgu2. 😭


Ha ni dia Cikgu Banumathy yang rajin buat kelas pukul 6 pagi. Lepas subuh Dania akan pergi sekolah untuk attend kelas tambahan Cikgu Banu. Patut la Cikgu Banu nampak gelisah. Anak beliau salah seorang penerima result straight A's SPM 2022. Suspens la kan...


Cikgu Sumathy ni Cikgu Biologi Dania. Rezeki cikgu2 Dania saya hadiahkan apam beras. 


Cari-cari kawan saya dan anaknya. Ok jumpa dah. Saya nak hadiahkan bear comel ni. Kat dalam tin box tu ada famous amos cookies. 


Efa pakai baju kurung ala ala Kak Dania tahun lepas masa ambik keputusan SPM 2021. Lepas tu saya nak mencari lagi seorang anak kawan nak bagi gift ni. Punya saya call ibunya akhirnya ibu dia kata saya duduk depan anak dia. Haha. Padehal sebelum tu saya siap cakap lagi kat 2 boys kat belakang tu all the best. Boy seorang tu bila terdengar nama seakan ibunya takdelah ingat mungkin saya call ibunya sebab dia kata mungkin nama Linda tu orang lain. Saya tak cam boy ni sebab pakai face mask. Haha....ok sangat sebab saya bagi gift kat Efa dan Zaim pula duduk betul2 belakang Efa. Masih juga famous amos dalam tin box yang berbentuk bas. Ye la kang bagi bear macam tak sesuai pulak bagi boy kan?. 


Throwback Efa dan Kak Dania masa pengumuman keputusan SPM 2021. Masa last year agak rimas sikit sebab kena pakai face mask tu. 


Saya bergambar dengan Cikgu Asilati yang pernah ajar Dania Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Eh eh saya cam la Cikgu kat belakang tu. Itu Cikgu Mullei Malar yang ajar Dania Sejarah masa Form 2. Suruh Dania dan 1 kelas perform sketsa kuda kepang untuk meraikan guru dan pelajar dari Sekolah Menengah dari Surabaya, Indonesia. Buat kat sekolah Dania ni je. 


Ehem...saya dengan Puan Penolong Kanan, SMK Jalan Empat...Puan Rosmawati. Saya baik juga dengan beliau. Tak banyak cakap tapi suka senyum. Rajin menjaga pokok-pokok kat SMK Jalan Empat. Datang sekolah nak siram pokok-pokok walaupun hari cuti ya. Respect....saya rasa kalau you betul2 passionate dengan karier you...you akan beri lebih daripada sepatutnya....betul tak?. 


Lepas habis pengumuman keputusan di sekolah dan saya tahu keputusan anak-anak kawan. Haha sibuk tak?. Sebenarnya nak bagi semangat. Tak kisah la macam mana keputusannya. Anak-anak dah buat yang terbaik kan?. 

Setakat hari ini seorang akan melanjutkan pelajarannya di Asasi Sains di UITM Dengkil dan seorang lagi Diploma Akauntansi di Politeknik. Walaupun kat sini ambik Sains Tulen, tapi tak minat nak sambung Sains dah. Ramai juga batch Dania yang ambik Perakaunan ni. Tak nak dah tengok Bio, fizik dan kimia lagi. Apa pun alhamdulilah rezeki mereka mendapat peluang untuk sambung belajar. 

Puas juga hati saya dapat jumpa kawan2 dan cikgu2 Dania. Alhamdulilah. 





XOXO,
Ezna


 

7 comments:

  1. alhamdulillah..berkongsi rezeki

    ReplyDelete
  2. Respect dekat sis sbb walaupun Dania dah meninggalkan sekolah menengah, masih lagi berhubung dgn cikgu2 dan parents yg anak dieorg masih kat sekolah tu. Saya rasa segan pulak sbb tak pernah lagi berkenalan dengan cikgu2 di sekolah Khayla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg2 bila kenal dengan cikgu2 sekolah ni senang kita nak dapat info tentang sekolah. Ada juga cikgu yg direct whatsapp sis kalau dapat result peperiksaan Dania.

      Delete
  3. Seronok ada bonding dengan cikgu2 sekolah.
    Akak mesti peka kan dengan persekolahan anak2...hehe

    ReplyDelete