Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, July 28

Review The Deepest Breath | Netflix

Lepas balik dari jalan-jalan KL tu. Suami buka la Netflix tu lepas tu tertengok pulak The Deepest Breath. Based on true story. Dalam filem ni pun video freediver bernama Alessia Zecchini. 

Filem ni berkisar bagaimana mulanya karier freediver Alessia Zecchini dari kecil sehingga dewasa. Beliau berasal dari Itali. Karier beliau bermula dari umur beliau 13 tahun di mana beliau mengambil Apnea Course. Cara pernafasan tanpa menggunakan otot. Haa macamana tu?. 

Apa maksud freediving ni?. Kita biasa tengok kalau mereka yang nak menyelam di laut dalam ni menggunakan tank oksigen kan....tapi freediving ni merupakan satu sukan yang berisiko tinggi di mana penyelam menyelam ke dasar laut tanpa bantuan tank oksigen. Hanya teknik tahan nafas sampai la tiba ke permukaan air. Tudiaaa.....memang satu sukan yang sangat ekstrim ni. 

Boleh juga berlaku bila tak cukup oksigen dan sampai je kat permukaan air, kita jadi blank di mana otak gagal berfungsi. Dalam filem ni nampak mata terbeliak dan tanpa apa-apa reaksi kalau 'blackout'. Bantuan pernafasan juga kena diberikan kerana kalau lambat je boleh membawa maut. Itu satu....ada kemungkinan juga bila berenang ke dasar laut paru-paru kita mungkin juga pecah dek tekanan di bawah tu. Bila freediving ni, bila makin ke dalam dia akan semakin laju macam terjun bangunan tapi Alessia ni cakap macam dia seakan-akan terbang dan keadaan kat dalam dasar laut tu pun gelap tak ada cahaya. 
 
Credit : Google

Ada sekali tu dek kerana nak dapatkan title freediver paling dalam menyelam, Alessia ni telah pergi menyelam di Blue Hole yang terletak di Laut Merah di Dahab, Mesir. Blue Hole ni memang tempat yang paling bahaya kerana ia terdiri daripada lubang di dalam paras laut yang mana mempunyai pintu gerbang yang terdiri daripada terumbu karang dan dah tentunya gelap. Kalau tersilap berenang dalam tu boleh tersesat dan tak timbul-timbul dah. Ye lah freediving ni memang tak pakai tank oksigen cuma tahan nafas di dalam air. Nak bernafas pun haaa tunggulah kalau tiba kat permukaan air. Kalau tak tiba???.  Kebetulan kat situ ramai juga freediver yang tak timbul-timbul ke permukaan. Plak nama juga diletakkan di sekitar situ untuk memperingati mereka. 

Team ke sini juga ada team penyelamat yang terdiri daripada freediver juga. Ada juga team dari pakar perubatan untuk memantau. Sebelum mereka dibenarkan freediving, mereka kena melalui pemeriksaan kesihatan dahulu. Hanya yang sihat sahaja dibenarkan untuk freediving. 

Alessia pula pernah training dengan safety expert Stephen Keenan. Bila dah lama2 training dengan Stephen Keenan ni mereka pun jatuh cinta. 💓

Cara nak tentukan kedalaman, freediver akan beritahu kedalaman mana ia akan cuba berenang. Kemudian penganjur akan letak penanda dan plet ke kedalaman yang freediver beritahu. Bila freediver dah berenang ke dasar laut, dia akan ambil plet tu dan berenang menuju ke permukaan air tapi perlu diingatkan bila freediver kata nak selam 102 meter, maka ia akan jadi 102 meter x 102 meter = 404 meter pergi dan balik. Fikir-fikir balik berapa lama nak tahan nafas tu kan?. Lepas tu kejayaan mencapai tahap kedalaman tu dikira bila freediver tu naik ke permukaan tanpa mengalami 'blackout'. Kalau 'blackout' ia tak akan dikira berjaya.  Bila pasukan safety expert beri bantuan kepada freediver tu time tu freediving tu sia sia je la. Kalau berjaya dipanggil white card. Kalau tak berjaya dipanggil red card. 

Credit : Google

Ni salah satu gambar mereka berdua. Dari kiri Stephen Keenan dan Alessia Zecchini.

Credit : Google

Pada 22 Julai, 2017.....Stephan dan Alessia ke Blue Hole, Laut Merah yang terletak di Dahab Mesir. Apa yang berlaku di sana?. 

Plan asal, Alessia akan turun menyelam di dasar laut kemudian melalui gerbang terumbu karang dan akan bertemu dengan Stephen di seberang sana yang akan bersedia dengan tali. Bila Alessia berenang dan selesai melalui arch terumbu karang tu dan tiba di seberang 10 minit awal. Beliau mendapati Stephen tidak ada menunggunya di sana kemudian berenang mencari Stephen. Stephen pula diving 20 minit lambat dari masa yang ditetapkan. Mungkin nak ambil nafas yang panjang kan....kemudian masa Stephen dive kat bawah tu tak nampak teman wanitanya. Akhirnya Stephen ternampak Alessia dan dari footage gambar di bawah, Stephen tolak Alessia ke permukaan. Team kat atas dah panik sebab mereka ada masa....kalau lepas masa tu dan mereka tak timbul2, safety team akan dive ke dasar laut. 

Apa sebenarnya yang telah berlaku?. Haa saya tak nak la spoil kan....kena la tonton sendiri....

Credit : Google

Ada juga babak yang Alessia kena lakonkan semula iaitu berenang di bawah gerbang terumbu karang yang penggambarannya dilakukan di Mexico di mana kedalamannya cuma 2 meter. Kalau kat blue hole, Dahab ni 55 meter untuk sampai ke siling gerbang terumbu karang tu dan panjang terowong terumbu karang tu dalam 120 meter.  

Memang berani sungguh mat salleh ni nak join aktiviti berisiko tinggi ni. Dalam pada mengantuk sebab penat berjalan ke KL, tahan mata nak tengok filem berdasarkan kisah benar ni. Berbaloi tahan mata 😅. Saya bagi 8.5/10.





XOXO,
Ezna



6 comments:

  1. mmg suka tgok cite yang based on true story nie...boleh masuk dalam list jugak nie nanti

    ReplyDelete
  2. wah best ni. MA suka cita yg based on true story... add to list dulu.. tq tq

    ReplyDelete
  3. I tak de masa nak tgk netflix, kalau ada masa, seronok jer layan ;) anyway semlm i pegi tgk movie barbie yayyyy hehhehe

    ReplyDelete
  4. lama giler i x tgk cerita kat netflix.. memanjang sibuk

    ReplyDelete
  5. Uncle juga kaki menyelam... tapi kalau freedive... tak berani...!

    ReplyDelete
  6. seronok i baca ur review heheh i tak leh tgk movie jenis gini sbb ada phobia laut dlm, rasa mcm sesak nafas jer even tgk gmbr pun, apatah lg nak tgk movie/video

    ReplyDelete