Selasa, Julai 25

Jom petik jagung | Fakulti Pertanian, UPM

Bila anak dah jadi pelajar UPM, saya ikut rapat media sosial UPM macam kat facebook, IG. Ternampak iklan ni kat facebook UPM. Dok la berzikir dengan suami nak pergi petik....haha...malam sebelum tu pun whatsapp lagi iklan ni. Taktik tu.....😀. Agak agak tak larat nak dengar mesti pergi punya la. Hehehe. 


Masa suami waktu rehat (work from home), pergi la kami ke Fakulti Pertanian ni. Rupanya Ladang 15 kat dalam Fakulti Pertanian. Macam mana nak tahu buah jagung mana yang sesuai untuk dipetik?. Tengok kat rambut dia ni. Kalau lagi kering lagi bagus. Cari la buah yang gemuk-gemuk sikit. 


Kami, siap topi sebab tengah panas. 


Banyak jagung yang boleh dipetik kat sini. Menurut kata staff sini, umur jagung ni 69 hari. 


Dania tak melepaskan peluang memetik jagung. 


Beria anak ummi memulas jagung tu. Caranya dengan mematah jagung tu (tarik ke bawah) kemudian pulas jagung tu. Ha macam tu nak petik dia. 😊. Ada teknik juga tu. 


Jom petik jagung. Hehe....yang beria nak ke sini ummi le. Dania kata kat sini dulu masa amali ladang Dania kena cangkul lalang kat jagung ni dan taruh baja. Ya untuk adik-adik Asper yang akan datang...inilah salah satu tugas masa amali ladang. Tengok la kena kat jagung ke, kelapa sawit ke, cendawan ke...nanti lecturer akan beritahu kena pergi ladang mana. Kat UPM ni memang ladang dia banyak. Depan kolej Dania tu ada pokok durian. Dania kata kadang bila musim durian...terbau je durian sampai kolej. Pokok ni pun lebih tinggi daripada Dania. Umurnya 69 hari. 


Suami pun bersemangat memetik jagung. 


Cantik awan masa ni. 


Kat kanopi ni la ada jual jagung yang siap petik. Tak syok la kan....kita nak petik sendiri. 


Mari mari mari jagung jagung jagung. 


Nak senang beli je la. Tak payah susah payah nak memetik. 


Sebelum balik ambik gambar pegang plate ni pulak. Haha.

 

Kat dalam UPM ni banyak la simbol We 💓 UPM ni. Ada traktor sekali melambangkan Fakulti Pertanian. 


Photo kami dalam facebook Fakulti Pertanian, UPM. 😉


Petang, saya bancuh nak buat cucur jagung. 

Bahan-bahan :

Tepung gandum
Jagung
garam secukup rasa
Cili merah
Bawang holland
Daun bawang dan daun sup
Air sejuk dari peti ais (nak bagi cucur ni rangup)


Cucur jagung. Tak sia-sia pegi petik kat UPM tu sebab jagung tu rasanya manis. Alhamdulilah. 


Buat juga jagung rebus lepas tu sapu dengan marjerin. Memang sedap. Lemak manis rasanya. 


Syok juga aktiviti macam ni. Staff UPM kata lagi 2 minggu boleh petik tembikai pula tapi kali ni staff yang akan petikkan sebab mungkin tak nak merosakkan pokok tembikai agaknya. Kalau jagung ni, dah tuai pokoknya kena tebang dah macam pokok pisang juga la. 





XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. Wah bestnya ada banyak ladang...
    Boleh tengok banyak pokok dgn buah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah banyak ladang buah kat sini. Bukan buah je, haiwan pun banyak juga macam lembu, kambing, burung puyuh, kuda......

      Padam
  2. Bestnya aktiviti petik jagung. Kalau dekat dgn rumah nak jugak pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang suka aktiviti macam ni. At least belajar juga cara nak petik dia.

      Padam
  3. Balasan
    1. Staff UPM yang jaga ladang ni lagi best. Dapat merasa buah-buahan fresh.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...