Jumaat, Julai 7

Salah tarikh dan jalan-jalan KLCC | Jamuan makan Malam Permata Gemilang

Hujung minggu selalunya Dania bermalam kat rumah. Jadi seperti biasa 27 Mei 2023, Dania pun balik la ke rumah bermalam. Nak dijadikan cerita pula pada 28 Mei 2023 sepatutnya kami hantar Dania balik kolej tapi Dania kata alang-alang minggu Minggu 29 Mei 2023 - 5 Jun2023 tu study week Dania suruh hantar hari isnin 29 Mei 2023 tu sebab Dania kata malam tu ada dinner. Ok fine. Kebetulan kami ke Alamanda hari ahad tu jalan-jalan, makan-makan. Balik rumah kemudian lepas Asar Dania terkejut sebab rupanya dinner pada hari ahad 28 Mei 2023. Bukannya hari isnin. Dah kelam kabut. Alkisahnya sebab ada kawan Dania tanya naik bas ke nak pergi dinner?. (Nasib baik juga kawan Dania tanya). Masa ni ayah Dania tak balik surau lagi lepas solat Asar. Tiba je rumah dah kelam kabut dah. 

Baju dinner dan aksesori semua tinggal kat kolej. Nasib baik la kolej 7.7 km je dari rumah. Ya inilah kelebihan belajar dekat je ni. Terus shoot ke UPM dan tunggu Dania siap-siap pakai baju dinner semua. Idak la make up bagai sebab Dania kata leceh nak tanggalkan masa solat maghrib nanti. Dania cuma kenakan lip balm ajer. Kalau tengok google maps dalam 30 minit ajer dari UPM nak ke Yayasan Tun Razak dekat Kuala Lumpur tu. 


Tiba ajer saya sibuk la nak ambik gambar dulu selepas Dania mendaftar kat meja pendaftaran. 


Ni rakan sekelas Dania. Dia je yang saya jumpa jadi kita ambik gambar la dulu. Beliau naib presiden asasi Dania. 


Saya memang excited jumpa lecturer Dania. Ni lah lecturer Dania yang dipanggil dengan nama Sir KJ. Sir KJ ada cakap peningkatan Dania yang ketara sampai beliau pun impressed. Ada la beliau cakap target berapa untuk Final Exam nanti. Beliau juga mengajar dengan mengambil inspirasi cara pengajaran MC+. Dania kan dulu ambik tuisyen dengan MC+ memang kena sangat dengan pengajaran macam ni. Dania kata dia faham sangat. Airmata saya pun tumpah jugak la sebab berbicara pasal anak kan?. Haha....saya cakap maaf ye Sir, kalau cakap pasal anak saya emosi sikit. Udahnya Dania cerita Sir KJ jumpa Dania kat dalam dewan dan cakap mak awak jumpa saya tadi. Hehe. Sampaikan bila hari nak exam tu Sir KJ ucap good luck dalam group kelas lepas tu siap mentioned cakap Dania.....kirim salam kat mak awak. Dania kata mesti kawan2 dia hairan. 😝.

Masa jumpa Sir KJ saya ucap terima kasih sebab pengajaran Sir membuatkan Dania faham. Masa sem 1, Sir buat kelas tambahan untuk sesiapa yang nak join online....Dania ada join jugak dia cakap best dan faham. Walaupun masa tu lecturer Maths Dania bukan Sir KJ. Apa pun thanks Sir Khairul Jauhari!


Ni gambar-gambar yang Dania bagi. Gambar sekelas Dania. Temanya classic english. Dania pakai je baju masa dinner Form 5. Saya tambah aksesori sarung tangan lace dengan topi. Beli kat shopee je. Dania pun ikutkan 50/50 nak datang tapi saya cakap benda-benda macam ni yang nak kenang pun. Kelas Dania 26 orang kesemuanya tapi ini je yang datang dinner. 






Lepas hantar Dania, saya dan hubby ke KLCC. Solat dulu kat surau KLCC tu. Ramainya umat. 

Gambar bawah ni siap-siap ambik gambar parking supaya tak terlupa. Siapa lagi yang sama....kita gang. Hehe. 


Saya makan nasi padang dan hubby nasi kandar. Dating terkejut berdua je ya. Tak plan pun nak ke KLCC. Ni semua sebab Dania tersilap tarikh. 😂


Lepas tu kan, kami jalan-jalan dan masuk Isetan KLCC tu haa....tersinggah kat Cath Kidston dan apa lagi terbeli pulak backpack, pencil case + purse Dania. Ada clearance. Kalau beli 3 item on top of discount tu ditambah lagi 20% off. Memang harga menjunam banyak dan brand ni kalau biasa memang agak pricey juga. Berbaloi sebab ada item tu yang 50% off. Dah habis season dah. Lagi pun brand ni memang tahan lama. Dania boleh pakai masa degree nanti. 

Gambar ni hubby ambik candid sebab masing2 terpisah jap. Saya tengok barang2 yang saya minat dan hubby barang-barang lelaki la. Ni la masalah saya ni kalau terpisah kejap dengan Dania....ada la nanti saya beli barang untuk dia. Haha....


Ni la 'Jungkook' saya. Haha. Merujuk kepada hubby saya ye. Bukan Jungkook poster tu. Segan hubby bila suruh ambik gambar kat sini 😆


Dalam pukul 11 lebih dah keluar KLCC dan parking kat port yang baik berdekatan Yayasan Tun Razak. Dinner Dania kat dalam bangunan ni di Dewan Besar Tun Rahah. Kalau tak silap Felda yang handle dewan ni. Selalunya dewan ni untuk perkahwinan. Saya sempat la tunggu kat dalam bangunan dan ada ibu salah seorang kelas Dania cakap anak dia suruh naik atas. Dia pun ajak saya. Akhirnya terjumpa anak sendiri kat atas. 

Ni saya ambik gambar Dania dengan salah seorang kawan sebilik nama Elisha Hana. Hana ni je yang saya jumpa. Hana ni rasanya balik dengan bas. Ada 5-6 bas disediakan untuk hantar dan ambil anak-anak asasi ni kat UPM khas untuk jamuan makan malam ni. 



Dalam perjalanan balik, hubby ajak minum dulu kat R&R Serdang arah selatan. Dah mengantuk pun Dania ye. Ni lah dia yang buat ummi dan ayah melompat ni. Konon nak balik kolej isnin dan nak naik bas pergi dinner hari isnin. Suruh hantar ke kolej lepas makan tengahari hari isnin....tengok-tengok dinner hari ahad. 😅.


Jangan buat lagi ya....nasib baik kebetulan tak pergi jalan jauh2 hari ahad tu. Idak bye bye lah dinner ya....😆. Masih ada rezeki Dania nak pergi dinner..... 😁




XOXO,
Ezna

 

4 ulasan:

  1. Cantik & sopan je baju dinner Dania tu. Tak ramai ye student dalam kelas Dania. Aksesori kepala ala2 topi tu beli kat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak ramai pun kawan sekelas Dania. Ada 20 kelas kat sini dan purata pelajar macam ni je. Beli topi kat shopee. Type 'small hat for dinner' keluar la macam2 hat comel ni.

      Padam
  2. comel dania pakai topi!!! i pernah pegi dewan ni 2x so far, ie attend wedding laaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah dewan untuk wedding ni. I first time pergi.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...