Selasa, Julai 18

Hari terakhir keluar kolej dan sepasang kasut biru

Sehari lepas Dania pergi bercuti dengan kawan-kawannya, saya dan suami pun nak ambik Dania dan barang-barang kat kolej. Actually barang-barang dah bawak sikit-sikit balik rumah sepanjang study week tu. Jadi bila nak bawak balik hari terakhir tu nanti takdelah banyak nau barangnya kan?.

Saya dan suami ambik Dania jam 6 lebih macam tu. Haha Dania dah siap menanya dah sebab saya kata jam 6 tapi 6 tepat tak datang-datang lagi. 

Ni lah kawan-kawan yang sibuk tolong Dania bawak barang dari atas ke bawah. Tak sampai hati saya tengok mereka tolong Dania tapi pada masa yang sama saya terharu la jugak. Bukan ini ajer ya. Siap naik atas balik tolong bawakkan barang Dania ke bawah. Mana la aunty Ezna tak terharu wehhh.....Saya siap mengalirkan airmata lagi. Wafa tanya saya...kenapa aunty menangis?. Saya kata dah korang baik sangat....haha. 

Dari kiri : Wafa, Hana dan Corina. 


Troli memang siap-siap ada kat bawah ni. Boleh ambik depan pejabat kolej. Jadi saya sorongkan 2 troli. Senang nak bawak barang-barang ke kereta. 

Ha ha boleh tengok banyak lagi barang-barang Dania rupanya. Belah kanan tu Dania akan letak sejadah dan gantung tuala. 


Sayu pulak bila tengok mereka ni. Ada 2 kawan Dania tak ada. Seorang keluar ke MyTown dengan kawan dan seorang lagi balik sebab ada kenduri. 


Siap bantu letak kat atas troli lagi. 


Group hug!. 


Part ni Aunty Ezna sebak sangat-sangat. Tu yang snap banyak-banyak gambar tu. Masa ni Dania peluk setiap kawan sebilik. Dimulai dengan Wafa. 


Hana punya turn pulak. 


Corina pulak. Lepas tu setiap seorang Aunty bagi angpow. Boleh la beli apa-apa nanti sebelum bertolak ke KLIA. Mereka semua dari Borneo. Nak balik Sabah dan Sarawak. 


Dania bawak kipas dan penyidai. Masa ni ummi tolak troli. Ayah Dania tunggu kat depan la sebab lelaki tak boleh masuk kawasan ni. 


Haa tudia nasib baik boleh masuk semua dalam kereta. Dania seorang je duduk kat belakang jadi ok la sikit. Meja hitam yang dekat dengan tangan Dania tu, Hana tumpang. Meja tu la Dania kata letak kat tengah bilik dan letak makanan kalau makan ramai-ramai. 


Haa boleh nampak meja hitam kat belah kiri tu. Masa ni ada mak kawan Dania yang sebilik belanja KFC. Seronok Dania cerita. Meja ni pun guna untuk study jugak. 


Saya ada suruh Dania bagi yang ni jugak sebelum mereka berpisah. Hadiah perpisahan la kot. Ada sticky notes, penyepit comel dan stokin. Kos nak beli barang2 ni takde la mahal sangat tapi the thoughts that count. Penyepit dan sticky notes beli kat Yubiso. Kebetulan ada 50% off. Penyepit tu pulak set of 20. Seorang dapat 4 pengepit la. Comel sangat penyepit ni. Boleh gantung notes jugak. Sticky notes ni kalau perempuan memang guna. Haha. Comel2 pulak gambarnya. Dania pilih porcupine + stokin hijau buah kiwi. 


Close up sticky notes ni. Comel kan?. 


Stokin ni seorang satu dapat. Beli kat kedai Korea nama Aga***. Tak boleh nak letak perkataan tu kat sini sebab pernah letak lepas tu kena banned dengan Blogspot ni. Padehal nama kedai ni. Kali ni saya pilih tema warna putih. Comel sangat stokin2 ni sampai saya tak tahu nak pilih yang mana untuk mereka. Stokin made in Korea. 


Ok bye bye semua...See you when I see you. 

Masa check out dari kolej 17 Jun 2023 kan....kali ni 19 Jun 2023 saya dan Dania pergi lagi kolej sebab kawan Dania yang nama Hana tu tertinggal kasut sukan dia. 

Dania naik la kolej lepas ambik kunci dari pejabat sebab Dania kata tertinggal barang. Staff office kata ada cleaner dah bersihkan bilik. Dania kat Tingkat 4 ya. Kus semangat setiap hari nak panjat tangga. 


Ni lah bilik Dania. Masa ni ummi naik sebab Dania suruh ummi naik. Dania kata semua barang dah tak ada. Kasut sukan Hana yang diletakkan kat rak kasut pun dah tak ada. Nota Dania untuk junior pun dah kena ambik. Sama juga kipas yang Hana letak dalam laci pun tak tak ada. Niat nak bagi 'junior Asper'. 


Ni lah video bilik Dania yang dah dikosongkan. 


Kemudian, saya nampak 'cleaner' tengah berehat kat bawah. Saya dan Dania pun pergi bawah. Saya tanya kat cleaner ada tak nampak kasut sukan kat bilik atas?. Kemudian cleaner suruh cari kat plastik hitam. Sebelum tu laju je cakap tak ada. Bila nampak saya bukak-bukak plastik hitam baru la dia cakap suruh cari. Alhamdulilah. Ternampak sepasang kasut yang Dania kata familiar dan pernah nampak kawan dia pakai. 

Dania terus whatsapp gambar kasut dan bila lambat je Hana reply, Dania call Hana kat Sarawak dan akhirnya ya ini kasut Hana. Cleaner cakap jumpa kat tong sampah. Hmmm.....dah tahu kat mana letakkan kasut ni kita dengar je la...masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. 😏

Ada rezeki Hana lagi. Kalau dah rezeki....you letak la tempat yang tersorok...pasti bertemu semula. Kami bawak la balik kasut sukan Hana ni....


Timing kami pergi tu memang tepat. Kalau pergi lewat sehari dah tentu plastik hitam ni dah kena transfer ke 'rumah cleaner' tu agaknya....





XOXO,
Ezna

4 ulasan:

  1. ala sedihnya..teringat masa zaman belajar dulu. time nak berpisah ni memang moment paling sedih sekali..

    BalasPadam
  2. Uish... sendat jugalah kereta... nasib baik kereta besar...!

    BalasPadam
  3. cepat jer masa berlalu...tgk2 dh abih dh dania kat asper tu yer...all the best dear dania!!

    BalasPadam
  4. Cuya first time singgah sini.
    Cuya follow ya! Jemput singgah blog Cuya

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...