Ada satu hari tu masa hari akhir MRT bagi free ride, hubby ajak ke Cyberjaya nak naik MRT laluan baru ni. Jadi kami ke stesyen Cyberjaya Utara yang terletak tak jauh dari rumah adik saya di Cyberjaya. Ni kondo di hadapan stesyen ni.
Stesyen ni agak busy juga. Ramai nak try laluan baru ni.
Gayat pulak tengok escalator tinggi ni haa.....
Macam sama kat LRT Ampang yang berdekatan bangunan Citibank. Gayat tak?
Stesyen paling last ialah di Kwasa Damansara yang terletak di Kota Damansara.
Ada penghadang cermin beserta pintu sebelah landasan MRT. Kat sini rasa selamat sikit dengan penghadang cermin macam ni unlike kat ERL landasan tak ada penghadang cermin jadi kalau ada anak kecik kena pantau.
Boleh la check peta ni nak tengok laluan ERL, Monorel, LRT, MRT, Komuter etc. Sekarang ni nak pergi mana-mana dah senang dah cuma kena tahu apa yang perlu kita naik la kan?. Ada tempat tak ada MRT, ada Komuter je. Macam tempat saya stesyen MRT, Komuter dan ERL terletak berdekatan. Monorel dan LRT jauh sikit.
Pakai tiket berbentuk token ni untuk naik MRT.
Ok....MRT dah sampai.
Stesyen yang kami nak singgah kat UPM. Untung juga pelajar UPM kerana ada stesyen MRT kat sini. Mereka yang nak ke KLIA pun senang terutama pelajar dari Borneo. Bas pengantara pun dah mula beroperasi di UPM. Kalau bas UPM lambat, boleh naik bas MRT untuk ke kolej atau kuliah.
Sepanjang MRT Cyberjaya Utara - UPM, kami kena berdiri. Hehe. Ramai yang mencuba perkhidmatan MRT laluan baru ni sementara masih percuma.
Jom turun. Ada 4 stesyen dari Cyberjaya Utara untuk ke stesyen UPM.
i pun sempat try MRT ni time promo free ride ari tu :) i turun kat UPM jugak, tp tak kuar stesen la, just turun situ utk tukar train utk balik semula ke kepong
BalasPadamAh ah I ada baca post you tu. I baru nak update. Hehe
Padam