Khamis, Julai 20

Insiden di Putrajaya Bridge Night Ride | PBNR 2023

Pada 15 Julai 2023 yang lepas, kami ke Putrajaya. hubby masuk cycling untuk event Putrajaya Bridge Night Ride. Event akan bermula pada jam 9 malam dan pelepasan di hadapan anjung floria. Ada jalan tutup jadi kami parking kat padang yang luas dan jalan kaki ke tempat event tu.  Bike dah siap2 letak dalam kereta cuma nak pasang tayar ajer la. 


Event ini la. 


Hubby masuk untuk 20km berbasikal dan dilepaskan sebaik 30km berbasikal. 


Ramai polis bertugas malam ni. Ye lah kena kawal lalulintas kan. 


Saya dok zoom seekor?.....


Haaa comel dak? Tuan dia bawak naik basikal. Hehe. 


Hubby siap pakai vest pantul cahaya, lampu di hadapan dan belakang basikal beserta dengan topi basikal. Complete gear. Towel lap peluh pun ada 😏


Selesai je pelepasan hubby, saya dan Dania masuk dalam tempat event kat banyak2 food truck. 



Kalau ada camera motion lagi cantik gambar. 


Sebelum tu ada persembahan kat pentas utama ni. 


Ada juga pelepasan basikal tua dan mereka pakai uniform. Pakcik ni uniform pekerja ambulan kalau tak silap saya. Haha siap posing untuk saya tu 😆


Ok nak makan apa?....


Elok je siap order, hubby call suruh ambik dia sebab apa?....
ha suspens ni....
Masa nak angkat phone pun agak suspens juga sebab takkan la baru start dah call kan?. 

Rupanya, kat atas Wawasan Bridge tu....kalau sesiapa familar....selepas McD tepi tasik kat Putrajaya tu ada Seri Wawasan Bridge. Haaa kat situ la rim basikal hubby patah. Tak lama kemudian ada group yang ini juga atas bridge tu sebab salah seorang ahli group ni kejang kaki. Mereka decide sebab kawan kejang, mereka pun akan stay dengan kawan sampai ok. Inilah kawan sejati kan?. Susah senang bersama. Hubby cakap kenapa tak naik ambulan? Dia kata nak tunggu kaki dia ok sikit kemudian nak teruskan perjalanan. 

Ni lah laluannya. Boleh fokus kat Start - Seri Wawasan Bridge. Memang dekat sangat dah kecundang. Ye la rim basikal patah. One day before event, hubby dah cuba laluan ni. Masa tu basikal ok je. 

Banyak bridge kena lalu ni. 

Masa pelepasan tu hubby diantara orang di hadapan. Hehe. Masuk la muka kat dalam facebook Perbadanan Putrajaya. VIP pada hari tersebut ialah Dato Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya dan Timbalan Menteri Pelancongan yang buat peace yo tu 😀 Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan. Muda nampaknya Timbalan Menteri ni. 

Credit : Perbadanan Putrajaya

Lepas dah pick up hubby tu, pergi balik tempat event untuk redeem medal pulak. Dah bayar jadi redeem je la kan?. Lepas tu ke food truck Presint Diplomatik. Saya dan Dania makan wrap yang kami beli sebelum ni. Kat sini banyak betul food truck. 


Pilih je la nak makan apa.....


Insiden yang agak mendebarkan jugak tu kan....nasib baik hubby takde apa-apa yang serius. Walaupun baru 1.5km berkayuh (Anjung Floria ➖ Seri Wawasan Bridge). Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kena terima juga walau hubby frust juga tak dapat menghabiskan laluannya. 

Next time saya dan Dania pun nak join jugak....




XOXO,
Ezna


5 ulasan:

  1. Mmg suspen kan br je berlepas dh dpt call... alhamdulillah husband x apa-apa, x jatuh... xpe la next time join lg

    BalasPadam
  2. menariknya aktiviti cycling ni ;) best kalau dpt join satu famili tu

    BalasPadam
  3. wah..best tu. suspen je dpt call tu kan. nasib x de apa2..basikal je la kena repair ye. dah nak jadi.. ok la tu, dpt makan sama2 kat food truck.. he he..

    BalasPadam
  4. meriah, dan ada kenangan untuk memori akan datang ezna :)

    BalasPadam
  5. Innalillahiwainnailahirajiun. Moga ada rezeki masuk lagi.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...