Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, July 17

Girls only....... | Nafas Cube @ MAEPS

Ha....apa pulak girls only ni?. Ceritanya macam ni...lepas je Dania dan kawan-kawan habis final exam paper yang last tu....mereka plan untuk bercuti bersama-sama. Ada Dania kata ada plan jugak nak pergi Genting Highland. Sewa kereta kemudian drive naik Genting. Ummi dengar seriau sebab bebudak baru dapat lesen kereta nak naik sampai Genting tu....kusss semangat. Ummi terus kata kalau nak pergi jugak ummi dan ayah ikut sekali naik atas tu. Dania ikut dengan ummi. Lepas tu bercuti la dengan kawan-kawan. Akhirnya disebabkan ada seorang kawan sebilik Dania nak kena balik awal sebab ada kenduri, mereka plan tempat yang dekat sikit iaitu di Nafas Cube @ MAEPS. Fuhhhh lega ummi mendengar. Sebab apa? 5.1km je nak ke situ dari Kolej 13, UPM Dania. Lepas habis exam, balik2 bilik kemas-kemas dulu baru mereka bertolak ke sini. 

Hari mereka nak check in tu, ummi dan ayah dah tiba kat Nafas Cube dulu. Dari sini, ummi call Dania dah bertolak ke kat Nafas?. Haha....Dania kata ummi jangan datang situ ya?. Ummi kata tak....😆. Dania kata bukan boleh percaya. Hehe. Saya dan suami dah tiba sini dulu kemudian terus order nak makan tengahari. Air kat sini tentulah saya order air nanas. Oh ya Nanas Montel Cafe ni sebelah ajer dengan kabin Nafas Cube ni. Senang la Dania dan kawan-kawan nak makan nanti. 


Kabin ni la nanti kabin Dania dan kawan-kawan. Macam mana saya tahu?. Saya tanya je staff kat sini kemudian staff kata boleh masuk tengok. Orang yang sewa kabin ni tak datang lagi dan pulak the only kabin family kat sini. Haha. Saya kata anak saya la nanti dok sini dengan kawan-kawan. Bagus dia kata datang sini tengok2 tempat dulu sebelum anak datang. 


Ni lah keadaan dalam kabin family ni. 


Video sekeliling kawasan kabin ni.


Nafas Cube ni mengadap tasik tau...


Ha tengok la ni cafe ni sebelah penginapan je. Kalau perasan belakang ni ada penginapan yang bulat-bulat tu jugak. Kalau nak camping pun boleh juga kat sini.  


Ada surau juga kat sini. 


Hidangan kami...ayam penyet. 


Nasi goreng ayam saya punya tapi tapau sebab portion banyak. 


Bila dah balik, Dania hantar gambar Dania dan kawan-kawan. Naik basikal keliling tasik. Kebetulan ada sewa basikal juga kat Nafas Cube ni. Mereka nampak sangat enjoy. Seronok betul percutian mereka kali ni. Walaupun dekat je pun tapi dapat menghabiskan masa bersama. 




Dania kata kawan-kawan sebilik dah cakap walaupun nanti masuk ijazah fakulti lain-lain, mereka akan tetap keluar bersama kalau ada masa. 

Ni kami datang hari lain pulak. Nama pun cafe nanas. Kat depan tu ada deco jambul nanas. 


Kami order juga karipap nanas. 


Aiskrim nanas ni pun sedap. Dania kata dia dan kawan-kawan masa petang2 tu order aiskrim nanas. Jadi saya pun nak try la. Sedap juga. Nak nak tengah panas-panas ni. 



Ni lah alamat Nafas Cube ni :

Jalan MAEPS 4/1
43400 Serdang
Selangor


***Pagi ni Dania ada interview. 💓 Moga Allah permudah semuanya untuk anak ummi nanti. Ada rezeki, Dania masuk fakulti ni bulan 10, 2023 nanti. 




XOXO,
Ezna




 

6 comments:

  1. salam singgah. moga dipermudahkan urusan temuduga Dania. first time dengar Nafas Cube ni. selalu kami jalan2 area Bandar Baru Bangi. bolehlah masukkan dalma wishlist kalau ke belah - belah sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah. Terima kasih juga untuk doanya. Nanti datang sini boleh la try ke Nafas Cube.

      Delete
  2. Menggoda betul nasi ayam penyetnya.Terliur tengok 🤤
    BTW salam perkenalan. Saja singgah BW tambah kawan blogger 🤭

    ReplyDelete
  3. terliur i tgk semua pics mknn tu hahahaha

    ReplyDelete