Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, July 31

Dunia sempurna berwarna merah jambu | Barbie

Hari ni memang cadang dengan Dania nak pergi menonton Barbie. Saya dah booking online melalui website GSC sekali dengan combo popcorn. Tayangan dijadualkan 10.20 am jadi 9.20 am tu dah bertolak ke IOI City Mall. Dapat parking pun dekat dengan escalator. Singgah FamilyMart dulu beli makanan untuk lapik perut. Saya beli cake kecik perisa strawberry (not bad la rasa dia....nak kena beli lagi ni) dan Dania pula ambik tuna onigiri. Sedap juga. 

Lepas tu pick up popcorn dan air mineral. Senang beli online ni sebab kita just scan je barcode. Belum boleh masuk cinema lagi jadi turun bawah sebab ada tempat duduk jadi makan dulu lapik perut. Pukul 10.10 am baru naik balik. Sneakers saya ni warna pink lembut. Hampir tak nampak warna pink nya tu. Nak tonton Barbie kan. Hehe.  


Kami makan kat depan Mr. DIY. 


Kat depan cinema ada booth kecik movie ni. Dania berkenan dengan tangan dan lilin tu. Bukan lilin betul tapi cuma lampu. Nampak macam lilin betul. 


Mintak tolong satu perempuan ni ambik gambar kami. Kami berdua je la. Ayah Dania kena kerja. Baju kami tema warna pink. Nak tengok Barbie katanya. Hehe.


Salah satu movie kat sini. 


Wefie ummi dan anak sebelum masuk. 


Dania seorang pulak. 


Dah masuk ni, ambik gambar Dania kat dalam kotak pulak tapi silau la. 


Sebelum Barbie start dan lampu dalam cinema belum dipadamkan kita wefie dulu. Saya saje pilih tempat tepi supaya senang nak keluar. Jangan merakam filem ya....dilarang sama sekali. 


Lepas tengok Barbie....err best ke tak movie Barbie ni? Ok nanti saya bagi review. Saya dan Dania cari booth ice cream Cold Stone ni. Sebab apa?. Ada kawan Dania yang kerja sekali F.O.S. tu part time kat sini dengan kakak dia. Kawan Dania off day pula hari ni tapi takpe, ada kakak dia. Nanti aunty singgah rasa ice cream ya. Nak lunch dulu sebab lapar la pulak. Kakak kawan Dania ni tunggu nak masuk ijazah semester baharu kat UIA. Kawan Dania pulak tunggu nak masuk MMU, Cyberjaya lepas habis asasi kat Kolej Mara Kuala Nerang. 


Makan pun kat Marrybrown yang sama level dengan ice cream Cold Stone ni. Dekat ice skating rink. 


Masa datang balik ni, kami dah siap-siap round dalam mall ni ha....ni kira nak penghujung la ni. Singgah makan ice cream dulu. Boleh nampak kat hujung tu Kakak Amy tengah rehat. Nak wefie kemudian hantar whatsapp kat mak Amy (kawan saya). 


Baru perasan la tema pink la hari ni. Pagi tadi saya makan cake strawberry. Kali ni beli ice cream Strawberry Cheesecake. Ehhhh sedapppp!!!. Beli 1 je dan share la kami berdua. Banyak juga portion ice cream ni untuk 1 cup macam ni. 


Ok Dania pun cakap sedap. Boleh la datang sini alang2 kawan dia kerja kat sini. 

Ok review movie Barbie. Set rumah Barbie tu macam ala ala set mainan Barbie yang jual kat kedai tu cuma size ni size besar kita la kan. Set rumah semua tu nampak sangat cantik. Beach kat set Barbie ni memang tak nampak real la. Keras je air dia. Haha. Part Ken menyanyi beramai-ramai tu saya agak bosan. Tak suka scene menyanyi lama-lama macam tu. Nasib baik ada scene kat dunia nyata. Bagi saya watak Barbie yang dilakonkan oleh Margot Robbie tu memang sesuai sangat dengan dia. Cantik, rambut blonde. Dunia Barbie hampir sempurna di alam Barbie tapi bila tiba di alam nyata tu tak sesempurna di alam Barbie itu sendiri. Part yang paling suka dalam filem ni ialah seorang Barbie boleh menjadi apa sahaja, doktor, peguam...etc. Macam nak beritahu kalau wanita tu kita boleh menjadi apa sahaja yang kita mahu. Women empowerment!. 

Oleh itu saya bagi 6.5/10 untuk Barbie. Anda dah tonton?. 





XOXO,
Ezna

4 comments:

  1. haisyh ramai yang share p tgok barbie...nk p jugak..tp nk p sorang2..hahaha...tp, takde org nk jaga anak2...kne hnta kt bapak dia lah mcm nie...

    ReplyDelete
  2. heehhe sikit jer rating u bagi..i tak sampai ati nak bagi sikit so i bg 4/5 star jugak movie tu hahhaha

    ReplyDelete