Masa jalan-jalan dengan Dania pergi IOI City Mall, terlalu depan IOI City Farm. Dania memang dah lama nak masuk dalam ni tapi ummi je tak nak. Hari ni bagi peluang la dia nak masuk sangat. Pencinta haiwan la katakan. 😁
Kemain excited nampak lambang universiti dia tu ha....
Rupanya insects ni ada kolaborasi dengan UPM.
Kat sini ada sugar glider. Dania je yang berani pegang. Ummi idak la ye. Penggeli.
Sugar glider letak dalam beg ni. Ada 2 ekor. Yang kanan tu ummi sugar glider. Pemalu haiwannya. Haha. Macam ummi gak la. Anak dia yang bergaris hitam yang Dania main-main tu.
Dah la pemalu. Tak keluar beg jugak.
Ini spesis haiwan yang diawet.
Comel dia matanya ada garis putih.
Ini fox yang selalu ada dalam kartun. Hehe
Meerkat ni comel. Bila lalu kat depan cermin ramai-ramai berdiri macam ni.
Ini macam spesis monyet kecik.
Spesis ni ala ala Capybara. Namanya Patagonian Mara. Spesis tikus yang berlari laju sebab ada kaki yang panjang.
Ni kat area haiwan dalam air.
Spesis ikan dalam akuarium kecik.
Kat sini boleh bagi ikan makan tapi makanannya diletakkan di dalam botol susu jadi ikan akan hisap botol tu la.
Hari biasa : RM48/pax
Hujung minggu :RM58/pax
Bagi saya agak mahal juga kalau anak ramai tu.
XOXO,
Ezna
leh geng ngan Ian... pecinta haiwan. MA emmm..biasa2 je
BalasPadammenariknya tmpt ni...errr tiket mahal jugak utk my family of 5 heheheh meerkat tu cutenyaaaa
BalasPadamLah... ada tempat cam ni kan kat IOI..?
BalasPadamComelnya lahai Meerkat tu 😍
BalasPadamBagus ada tempat gini, pembelajaran alam.
Tapi harganya tu…heheh
wah bestnya dapat main dgn binatang...
BalasPadam