Khamis, Julai 6

Perjalanan yang panjang untuk mendapatkan lesen kereta akhirnya.......

Dania start kelas undang-undang pada 2 April 2022. Lepas tu exam undang-undang pada 15 April 2022. Nak mulakan kelas memandu tu agak lambar bulan 10 baru ada kekosongan sebab drag yang masa PKP dulu sebab masa PKP dulu tak boleh pergi bersemuka kelas memandu. Kemudian 31 Julai 2022 dah masuk nak belajar asasi pulak. 

Akhirnya kelas pertama Dania memandu pada 22 Oktober 2022. Jenuh juga nak menghabiskan jam memandu tu sebab Dania ada kelas isnin - jumaat. Sabtu ahad pulak selalu penuh. Kelas memandu pun drag la sampai tahun 2023. Akhirnya selesai la kelas memandu yang wajib kena 16 jam. Nak cari masa yang sesuai tu cukup payah sebab Dania free time sabtu ahad atau cuti semester lepas tu selalunya yang kosong hari lain. Memang kena banyak2 bersabar. Hehe.

Pada 6 Mei 2023, Dania dijadualkan untuk QTI (Pra Ujian sebelum test JPJ). Pra Ujian ni pun kalau tak buat betul2 kena ulang balik. Kalau ulang memang akan ada extra charge la. 

Gambar bawah ni masa test JPJ pada 24 Mei 2023. Sempat la saya meluangkan masa sekejap ajer sebelum saya balik rumah. 


Kalau nak check semakan tarikh ujian memandu tu boleh click sini

Akan keluar exactly macam ni :


Dania orang yang ke 32. Siap kena pakai lanyard bernombor lagi. Dania sebenarnya tengah suspens sangat ni.


Dari kejauhan Dania tengah ujian ni. Kena bagitau bahagian kereta tapi masa ni Dania kata tester tu macam jauh sikit je.  Dapat whatsapp daripada Dania kata tak lepas jalan raya sebab ada halangan. Mungkin masa nak switch lane tu Dania tak bagi signal. Nak jadi cerita la pulak sebab jalan ni selalunya tak ada construction pun. Hari ni pulak ada. Jadi lepas ambik Dania saya whatsapp cikgu memandu dia kata nak set tarikh baru. Kalau ulangan ni memang kena bayar lagi RM200++ ya baru la boleh set tarikh baru. Saya memang terus bayar dan akhirnya tarikh baru selepas Dania final exam asasi iaitu pada 20 Jun 2023. Dania habis last paper pada 16 Jun 2023. 

Tapi masa saya ambik tu banjir jugak la. Haha. 


Lepas ni, selesai solat zohor je saya hantar Dania ke UPM balik sebab cikgu english nak adakan makan-makan sempena kelas yang terakhir sebelum study week. Lepas tu cikgu siap pesan lagi suruh pakai baju raya sebab ada sesi ambik gambar. Cikgu english juga ada whatsapp Dania cakap kalau boleh datang la hari ni. Masa ni mood ada baik sikit la dari tadi. Dah boleh cerita elok-elok apa berlaku masa ujian JPJ tadi.

Saya hantar betul2 dekat dengan kelas Dania. Seronok la tu lecturer kata nak bawa macaroni and cheese dan small goodie bag. 


Pada 20 Jun 2023, hari yang ditunggu-tunggu. Dania orang ketiga yang kena mengulang jalan raya. Ambik dulu gambar Dania sebelum saya pun balik. Pergi sebelum kol 8 pagi lagi tapi jam 9 lebih pun Dania tak mula lagi. Dania sibuk whatsapp saya. Hehe. 


Dalam 10 lebih macam tu dapat whatsapp Dania kata lepas jalan raya dan hari jumaat boleh terus buat 23 Jun 2023 dah boleh buat lesen P kat JPJ. Dania cakap JPJ tu ajak berborak la ummi siap tanya belajar kat mana?, berapa dapat SPM?, Macam mana nak masuk asasi?, warung kat sini siapa punya?. Warung siapa punya tu yang saya tak tahan tu. Hehe. Mana la Dania tahu kan?. Boleh JPJ tu cakap, awak tinggal sini awak pun tak tahu siapa punya. 

Kertas cenonet ni yang kena bawa kat JPJ nanti. Kena simpan elok2. 


Pada 23 Jun 2023, pergi la saya dan Dania kat JPJ Bandar Baru Bangi tu haa. Bila pergi je jam 9 pagi macam tu nombor dah habis jadi staff JPJ suruh datang petang. 

Saya dan Dania pun datang la petang pulak jam 2.15 dah terpacak depan JPJ. Ok baru saya tahu kena scan QR code pulak untuk mendapatkan nombor giliran. JPJ buka jam 2.45 pada hari jumaat. Jam 2.40 baru boleh dapatkan nombor giliran melalui QR code tu. Kena install apps JPJeQ pulak ya. Bila Dania berjaya scan dan dapat nombor baru kami dibenarkan masuk. Ada juga saya tolong orang Bangladesh yang macam tercengang je nak click yang mana. Akhirnya beliau pun dapat nombor jugak. Nombor giliran Dania pun diantara yang terawal. Kejap je dah kena panggil nombor walaupun borang baru nak isi. Boleh pulak masa beratur tu ada staff Pusat Asasi Sains Pertanian dengan anak dia. Dania cam Puan tu lepas tu terus la saya tegur sebab nak tanya bila result Final Exam keluar. Pulak tu Puan tu kata anak dia yang buat lesen L tu cam Dania sebab kerja kat Koop Asasi tu. 😃. Saya kalau kenal dan ada pula nak bertanya terus la tanya kat orang yang tepat. Ok Dania ya result keluar tengah bulan Julai 2023. Jeng jeng.....


Alhamdulilah Dania dah boleh memandu. Lesen P ni sekali buat untuk 2 tahun. Nak bayar kena pakai kad sahaja je. Tak boleh pakai cash samada guna kad kredit atau debit sahaja. 


Ringkasan tarikh Dania belajar memandu 👉 dapat lesen memandu

2 April 2022 - Kelas Undang-Undang

15 April 2022 - Ujian berkomputer kat MYEG Bandar Baru Bangi 

22 Oktober 2022 - Kelas memandu pertama

11 Jan 2023 - 25 Mac 2023 - Kelas memandu sampai cukup 16 jam

6 Mei 2023 - QTI (Pra Ujian)

24 Mei 2023 - JPJ Litar & Jalan Raya

20 Jun 2023 - JPJ Ulangan Jalan Raya

23 Jun 2023 - Buat lesen P dekat JPJ


Tengok la berapa panjang perjalanan nak mendapatkan lesen P ni haa.....dekat 1 tahun jugak la. 





XOXO,
Ezna

4 ulasan:

  1. Salam, tumpang blogwalking. Tahniah Dania, akhirnya berjaya lulus ujian memandu 😊

    BalasPadam
  2. Yay! Dah ada lesen boleh bawak jalan jalan.

    BalasPadam
  3. happy driving dania!!! zharfan pun setahun jugak baru setel dpt lesen sbb tangguh2 utk test, dan lps test, kena repat plak sbb tak lps parking hahahah now dh driving balik kelantan ni...mamanya dh boleh relax2 alhamdulillah

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...