Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, July 27

Seharian di Kuala Lumpur

Hari Sabtu 22 Julai 2023, kami ke Kuala Lumpur. Dah lama la tak masuk bandar KL ni selalunya TTDI dan Mid Valley tu je. Kali ni ke bandar KL. Pit stop pertama nak ke Pertama Complex sebab suami nak tukar tapak boots. Nak kena ganti sebab tapak dah haus. Langkah keselamatan juga sebab nak bawa motor ke pejabat. Tak siap dalam masa sehari sebab nak kena gam dan jahit tapak juga. Ok kena tinggalkan kasut kat situ dan kami pun menuju ke tempat tudung yang dekat jalan TAR tu. Saya dulu-dulu suka beli tudung kat tengah jalan yang berdekatan dengan kedai barang kahwin Bunga Riben tu. Kami berjalan kaki ajer dari Pertama Complex. 


Hmm orang Bangladesh yang kiri tu over pulak bila saya kata nak ambik gambar kedai ni. Saya nak ambik gambar kedai je ye sekali dia kata kejap2. Dia pun masuk frame. Haaa bagi glam kat dalam blog ni. Saya ada beli tudung bawal warna ungu. Pattern ala belah kanan tu. Ada batu sekeliling tudung. 


Kami akan ke lokasi seterusnya. Dania nak sangat ke Pasar Seni. Ummi dan ayah panggil CM (Central Market). Orang dulu panggil CM. Dania kata Pasar seni dan CM tu sama ke? 😅

Nak tunjuk bangunan depan tu. DBKL tempat suami kerja dulu, sebelahnya Wisma PKNS (Bangunan rendah sikit tu) tempat saya kerja dulu. Depan DBKL dan Wisma PKNS ada bangunan KWSP, tempat saya dan suami makan tengahari. Ha gitewww.....


Ok....kami dah tiba Central Market. Masa ni suami pusing-pusing cari parking dalam CM ni. Parking limited dan orang pun ramai. Akhirnya dapat juga parking betul2 depan CM ni.


Lama dah CM bertapak di sini ya?. 1888 lagi. 


Kat dalam Central Market ada booth jual barangan seni. Excited nampaknya Dania ke sini. 


Macam-macam barang jualan. 


Dah time tengahari ni perut pun lapar jadi singgah food court CM ni. 


Saya order bakso mihun. 


Nasi ayam ni favourite Dania. Pantang nampak nasi ayam. 


Suami dengan nasi ambeng. Keropok tu saya punya. Hehe. 


Lepas makan singgah kat Ain ni pula. Terbeli kain sarung untuk Dania. Dania kata nak pair dengan blouse putih. Kalau pair dengan baju kebaya dan kebarung pun lawa juga. 


Kat Tingkat 1 ni banyak betul jual baju-baju. 


Kat tingkat bawah jual souvenir. 


Dania berkenan kat booth yang ni. Nak beli kanvas gambar kucing untuk Dania mewarna. Ada set berus + warna lagi. Dengan harga RM22/kanvas. Dania ni cat lover jadi pilih kanvas cat. 


Close up kucing yang Dania pilih. Setiap bahagian ada ditandakan nombor jadi warnakan ikut nombor tu. Comel nampak kucing ni. Mata dia bulat kemain. 


Gambar kita kat wau besar luar CM. Panas masa ni. 


Lagi satu. 


Lepas CM kami menuju ke KLCC untuk ke sini. Solat Zohor dulu sebelum jalan-jalan dalam KLCC pulak. 


Kalau datang KLCC ni tempat wajib Dania nak tuju. Kinokuniya. 


Haaa sampai duduk tu....


Minnie dan Mickey ni untuk dijual. Harganya??? RM37500 sahaja. 😅


Masa untuk minum petang. Sempat lagi tu. Dania sambar 2 novel kat Kinokuniya. Boleh la isi masa lapang sebelum start Ijazah nanti. Kejap je Dania habiskan 1 novel tebal ni. 


Kami duduk berdekatan dengan kedai Vegetarian ni dan saya order......


Jalebi. Mengingatkan saya pada arwah papa saya. Dulu masa kecik2 papa selalu beli jalebi dan Vadey. Vadey saya tak suka tapi Jalebi ni saya makan juga.....

Jangan makan banyak ya sebab rasanya manis. Beli la 2 yang ni. Dania makan dia kata rasa macam kuih keria. Ya mungkin lebih kurang kot tapi tak sama sangat rasanya. Manisnya memang wow ya....

Siapa pernah rasa?. Jalebi ni sejenis manisan. 


Kemudian, bila masuk waktu Asar, kami berjalan kaki nak ke Masjid KLCC tu. Salah jalan la pulak jadi terpaksa pusing ikut jalan lain. Kat sini dah ada construction jadinya jalan jauh sikit nak ke Masjid ni. 


Lepas solat, jalan balik pula ke KLCC. Lalu Starbucks ni dan teruja tengok kereta berwarna pink Blackpink x Starbuck. Kami tak masuk pun cuma saje bukak pintu tengok dalam Starbucks. Memang tema Blackpink sangat. 


Yo.....Blackpink in your area. Mesti merchandise Starbucks ni kombinasi warna hitam dan merah jambu. 


Lepas KLCC ke mana kita ya?. Uihhh jalan-jalan sungguh lahai hari ni. Jom pekena nasi lemak. Niat nak makan Nasi lemak antarabangsa kat kg bharu. Eh dah tutup?. Kami makan nasi lemak juga tapi kat kedai lain. Beratur juga orang kat sini. 

Ni pilihan saya ni. Nasi lemak sotong. 


Nasi lemak ayam ni Dania punya. 


Dah ambik ayam, Dania kata dia nampak kerang pulak. Takkan nak letak balik ayam kan....teringin nak kerang jadi order lauk kerang jugak tanpa nasi. 


Ni suami punya dengan lauk peparu. Saya rasa paru ni agak kering.


Kami kat sini....nampak macam berwap pulak. 


Kami makan kat sini. Nasi Lemak Wanjo Kampung Bharu. 


Kat sini nampak sangat meriah dengan lampu berwarna-warni ni. 


Lepas makan, kami menuju ke Masjid Negara nak solat maghrib. Cantik Masjid Negara ni bermandikan cahaya lampu berwarna biru. 


Ni kat dewan solat utama. 


Ni kat luar Masjid Negara, ada kolam kat tengah ni. Cantik sangat gambar ni dengan ada refleksi tiang Masjid Negara ni kat dalam kolam. 


Balik rumah tiba jam 10 lebih malam. Siap mandi semua Dania mewarna pula. Dania tak penat ke dah seharian berjalan dari jam 11 pagi?. Dah jadi macam ni kucing ni.....tak sabar nak tengok finish product. Good job Dania!. 

Hari ni banyak steps juga kami berjalan tu....😃


Ikutkan Dania kata nak kerja part time sementara nak tunggu kemasukan ke Ijazah ni tapi tak jadi pulak. Katanya nak crocheting tapi since dah beli 'kucing' ni dan 2 buah novel tebal.....Dania kata tunggu semuanya selesai nak crocheting pulak. Ummi ikut je asalkan benda yang baik-baik ajer. Kelas mengait ni pun ummi dah survey sekali dengan kat mana nak cari benang mengait ni.....

Hari Ahad 24 Julai 2023, jam 12.31 am selesailah Dania mewarna 'kucing' ni. Dania cakap kat IOI City Mall pun ada jual. Tudiaaa hint ke tu?. 😅








XOXO,
Ezna

 

4 comments:

  1. Lamanya tak ke CM...!

    Pandai pulak posing orang Bangladesh tu! hahaha

    ReplyDelete
  2. i pun dh berkurun tak masuk jln2 or shopping dlm KL tu..ari tu setakat pergi KL tower jer..biasanya kalau pegi KL, pegi KLCC or pavi jer...zmn2 muda memang ronda CM, sogo etc hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman I muda pun ronda cm, sogo tu you. Time Uni i suka jalan2 cm sebab tunggu bas belakang cm tu je. Kat Bangkok Bank.

      Delete