Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, July 5

Idea Spirit Week di Kolej | Asasi UPM

Masa nak mula semester kedua Dania (sekarang Dania dah habis asasi pun. Ummi lambat update kat blog. Hehehe) ada diadakan baju bertema untuk menaikkan semangat untuk pergi kelas. Interesting juga kan?.

Meh la tengok tema baju-baju minggu pertama untuk semester kedua Dania ni. Dimulai dengan Back to School. 


Ramai student la kata Dania pakai baju uniform sekolah. Ada pengawas berkain merah dan ada juga yang pakai T-shirt rumah sukan sekolah masing-masing. Ada juga yang tak ikut tema. Ni Dania pakai baju uniform pengawas SMK Jalan Empat. Mengimbau kenangan zaman sekolah menengah kat sini ya? Siapa yang sporting pakai la baju sekolah masing-masing. 


Pada 28 Mac pula kena pakai jersey. Haaa yang ni berwarna-warni la student asasi pakai jersey ke kelas. Macam rainbow pulak rasanya ya. 


Dania pakai jersey Petronas yang beli masa ada perlawanan badminton yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil. Ada booth Petronas kat situ jual jersey. Gigih ummi setiap hari tanya mana gambar Dania dengan baju tema. Hahaha.....


Actually tema yang ni jadi kontroversi juga sebab ramai yang komplen kata susah jadi perwakilan pelajar pun kena tukar tema cosplay ni. Ummi sebenarnya dah siap2 beli tali leher dah. Nak tahu tali leher apa?. 


Ni haaa tali leher yang ummi dah siap-siap beli kat shopee. Murah je ni. Tali leher Harry Potter ni sebab Dania nak pakai ala ala Hermione Granger (Emma Watson) yang pakai shirt dan skirt tu kemudian pakai tali leher ni dari group Gryffindor.


Nak pakai kiranya macam ni la...baju putih dengan skirt kemudian tali leher. Robe tak pakai la sebab panas pulak. 

Source : Google 

Tema cosplay ni tukar jadi tema yang ni. 


Jadi....taraaaa.....ini yang Dania pakai. Blouse putih dengan vest kait dan seluar putih. Tudung pun putih juga. Serba putih. 


Kemudian, apple day pun menyusul. Kena pakai warna yang dipaparkan tu. Colour palette yang ni memang kalau student perempuan memang tak ada masalah. 


Ok....Dania pakai blouse warna pink dan tudung maroon. Dapat belon juga. Hehe. 


Hari yang last sekali ni pun jadi kontroversi jugak sebab ramai yang tak nak oppa day jadinya hanya 'no bag day' sahaja. 


Kawan-kawan sebilik Dania yang sporting ni ajak bersama-sama pakai baju tema warna hitam dan bawa baldi ke kelas. Haha. Ada Dania kata bawa suitcase tarik tu, ada juga bawa periuk nasi. Haa yang ni unik sikit. Kot kena rampas kang baru tahu sebab tak boleh bawa alat memasak kat kolej. 

Dalam baldi tu dengan segala macam buku dan alatulis. Eiii kalau ummi la idak la nak bawak baldi. Kalau tengok kat negara luar bila 'no bag day' lagi la macam-macam yang kreatif mereka bawa seperti net nak tangkap rama-rama, troli hijau kat kebun yang tayar satu tu, stroller bayi....Hehe.... 


Ok ingat tak tema yang ni sepatutnya Oppa Day yang tak jadi tu kan?. Dania pakai shirt lengan panjang warna hitam ni dengan baju lace kat luar sebab dapat inspirasi dari....

Jisoo Blackpink 

Source : Google

Lace yang kat luar Dania tu macam ni...kena pakai baju lengan panjang la kat dalam. Jangan la pakai style ala Jisoo tu. Nak kena sesuaikan dengan kita yang pakai hijab kan. Baju lace ni beli kat H&M Aman Central, Kedah. Masa tu H&M tengah nak clear stock. Saya beli je untuk Dania pakai kemudian hari sebab nampak sweet je. 

Source : Google

Bila ada aktiviti macam ni bagi saya menaikkan semangat anak-anak asasi ni nak pergi ke kelas setelah bercuti lama. 



XOXO,
Ezna


 

2 comments:

  1. siyes besh laaaa pakai bj bertema gini!!! so niceeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye you. Lecturer pun sama2 pakai ikut tema. Sangat sporting. Hehe

      Delete