Rabu, Julai 12

Sesekali buat mereka

Kawan sebilik Dania ada 6 orang jadi sesekali ummi dan ayah akan belanja makan-makan untuk bilik Dania. Bilik Dania ni majoriti orang Borneo. Kat dalam gambar Ayuni dari Sabah, Corina dari Sarawak dan Hana pun Sarawak. Tiada dalam gambar Wafa dari Sarawak dan Durrah dari Selangor sama dengan Dania.

Mereka ni terpaksa la pose untuk kamera Aunty Ezna sebelum ambik makanan. Haha. Dania pun turun dengan seluar tidur je haa....hari ni ummi dan ayah belanja Domino's Pizza. Ummi order online dulu sebelum pick up di Domino's Bangi. Senang bila tiba, order pun dah siap. 

Moga kenyang la hendaknya ya. Snap banyak-banyak gambar derang ni haa. Nak buat kenang-kenangan. Oh ya, masa buat makan-makan 1 Jun 2023, ni masa ni tengah study week. Dania tak balik sebab kata nak study dengan kawan-kawan. Nak nak lecturer cakap 'awak habiskan masa la dengan kawan-kawan awak. Tak payah la balik. Dah last dah pun'. Lecturer ni cakap dalam kelas. Lagi pun nak study senang sikit. Dania kata dia dan kawan-kawan sebilik study kat tengah bilik dan ada juga dengan cara setiap seorang akan huraikan satu topik tu. Kat tengah bilik pula ada kawan Dania memang bentang tikar pulak. Lagi selesa la nak belajar sama-sama. 





Ni pizza chicken yang ada juga nanas. Nama dia Aloha Chicken size large. 


Ni pulak Smoky Beef and Chick size large jugak. 


Top up juga dengan party box Awesome four dan....


Fabulous Four. Takde la makan semata-mata pizza ajer. Air pun bagi juga. Ummi dan ayah belikan air mineral. 


Bila dah pass kan makanan kat mereka, saya dan hubby pun balik la. Kita dating berdua je la makan nasi lemak kat food truck PKNS Bangi. Food truck Nasi Lemak Warisan. 

Saya suka nasi lemak kat sini sebab portion dia tak banyak sangat dan lauk dia boleh pilih nak kerang ke, sotong ke, telur ke, paru ke dan lain-lain lagi. Saya hari ni pilih paru. Makan banyak ni pun kenyang juga alhamdulilah. 


Kita makan berdua je lah ya. Dania makan dengan kawan-kawan dia. Hubby order nasi lemak sotong ke ikan bilis ke tu.....


 Sepanjang Dania tak balik rumah memang ummi dan ayah dating berdua ajer la. Hehe. 




XOXO,
Ezna



4 ulasan:

  1. Alhamdulillah berkongsi rezeki roomate anak memang menggembirakan. Semoga bertambah mewah rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila nampak mereka seronok, automatik kita pun rasa bahagia.

      Padam
  2. sedap semua mknan tu :) rezeki kwn2 dania jugak tu dpt mak kawan (ie u lah) yg selalu belanja mkn2 hhehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab kadang I kesian kat kawan2 Dania yg Borneo tu you. Dah la jarang balik jadi nak bagi happy sikit I belanja la sesekali.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.