Dania ada bagitau la nak pergi Zoo Negara sebab nak tengok Capybara & Oyen ni jadi ok pada 8 Julai 2023, kami ke sini selepas breakfast. Nak pergi tempat parking memang jam. Parking depan tu dah full jadi ditutup. Pergi parking belakang pun tutup jugak so kami pusing sampai ke depan balik baru la parking dibuka. Idak kalau takde parking cancel dan datang hari lain je. Punyalah ramai orang nak masuk zoo negara. Harga tiket pula :
Dewasa : RM35
Kanak-kanak 2 tahun ke bawah : RM16.20
Dewasa berumur 60 tahun ke atas :RM22
Kat sini nak pergi tengok kanan dulu ke kiri dulu?. Kalau kanan dulu boleh jumpa Capybara dulu (kami ke kiri jadi pusing 1 round baru jumpa Capybara).
Kat dalam ni boleh tengok spesis labah-labah, katak, ulat gonggok dan macam-macam lagi.
Kat dalam ni banyak pokok-pokok.
Bunga teratai warna ungu ni cantik.
Ada kura-kura bersembunyi di sebalik daun.
Dania ambik gambar ummi dan ayah.
Kucing tengah zzzz di dalam pasu.
Comel betul zirafah ni tengah duduk. Macam pandang kamera saya je.
Burung bangau banyak kat atas pokok di tepi tasik. Boleh nampak sarang burung bangau juga kat atas pokok2 ni.
Burung bangau gambar dekat. Cantik betul warna dia. Saya ingatkan ni flamingo.
Kat sini juga tempat lokasi penggambaran filem Masam Masam Manis P Ramlee.
Cikgu Shaari dan Cik Norkiah Hanum. Masih ada lagi bangku ni zaman sekarang.
Bunga ni menarik perhatian saya.
Burung Emu.
Perbandingan telur dari kiri - burung merak, burung emu, burung kasuari dan burung unta.
Ni burung undan. Nama dia 'adik' tapi hati-hati ya mau mematuk juga sebab tak biasa dengan orang ramai.
Burung-burung dalam sangkar yang besar. Dania kata yang itik tu banyak la kat Bukit Expo, UPM. Dah rindu UPM agaknya. Haha.
Burung merak ni lebih cantik kalau dia kembangkan ekornya.
Ada juga pokok nangka dalam ni. Dah berbuah pulak tu.
Ni terlupa pulak nama spesisnya tapi jangan risau ambik je gambar ni kat google lens. Katanya guineafowl.
Comel pulak ayat dia. Memang ada ayam pun kat sini.
Burung ni macam burung yang jahat dalam Rio. Siap melawan lagi kalau kita ajuk dia bunyi. Hehe.
Rusa. Masa ni zoo keeper bagi makan.
Kalau tak nak jalan boleh je naik tram keliling zoo.
Harimau.
Harimau 🐅 ni buat gerakan seperti tengok kandang sebelah kemudian berpusing. Datang balik tengok kandang sebelah. Cara berpusing tu macam dalam filem 'Waris jari hantu'. Siapa yang pernah menonton?.
Harimau bintang tengah tidur. Cage dia ada tutup juga bahagian atas. Harimau bintang ni sejenis boleh melompat tinggi.
Nama banteng tapi saya kalau panggil ni lembu je. 🐄
Kalau nak baca info tentang Banteng.
Gajah. 🐘
Besar betul seladang ni.
Binturong.
Punyalah mencari mana la Binturong ni. Rupa-rupanya kat rumah kayu tu haaa...
Ok yang ni semua tahu kot. Ambank yang taja unta ni. 🐪
Dania pun excited nak tengok panda.
Tengok la berat Giant Panda ni.
Masa ni Giant Panda ni tengah tidur.
Nampak tak slide ni?. Kat sini la panda 🐼 main2 slide dengan zoo keeper yang ada kat dalam tik tok tu.
Masa kami datang ni banyak haiwan tengah zzz....mungkin time tidur atau mungkin panas kot.
Haiwan ni nama Mara. Pernah nampak kat Farm dalam IOI City Mall. Nama dia Patagonian Mara.
Dalam ni burung kasuari dan kuda belang. Dalam satu kandang yang luas. Mungkin mereka ni serasi bersama.
Nama saya Kathy. Cute ke tak Orangutan ni?.
Flamingo yang comel.
Kat bawah daun keladi ni sang kancil.
Dania pantang nampak kucing.
On the way nak balik singgah lagi kandang zirafah. Dulu masa kecik2 suka la ambik gambar Dania dengan haiwan kat zoo. Hehe.
Ada juga kenderaan ni yang provide makanan haiwan. Boleh feed walabi dan rusa. Harganya tidak ditetapkan. Ikhlas nak bagi berapa.
Jeng jeng jeng, Capybara....Capybara, Capybara, Capybara. Sebelah tu Oyen pulak. Inilah kucing warna Oren yang diberi nama Oyen yang duduk sekali dengan Capybara. Mana datangnya entah la. Katanya datang kat sini masa PKP. Duduk la Oyen ni dalam kawanan Capybara. The biggest rodent in the world!. Spesis tikus juga ni. Tikus? eiii geli jugak kan....
Wefie kami bersama Capybara.
Fuhhh memang penat betul berjalan sekeliling zoo ni. Hubby pakai fit watch tu kata hari ni dah jalan 5km. Saya ada la 2-3 kali jugak berhenti rehat. Paling penting standby air, pakai topi dan kasut yang sesuai. Jangan la pulak pakai kasut tumit tinggi pulak. Rasanya kami habiskan masa selama 3 jam jugak dalam ni. Haaa puas hati Dania??...
XOXO,
Ezna
lama rasanya tak pi Zoo...ntah bila la nak pi lagi...
BalasPadamSeronok kalau bawak yang kecik2. Eh kita pun seronok jugak SA.
Padammemang famous oyen tu hehhehe i ada ternampak viral kat fb newsfeed...waaa bagusnya u byk berjln, i tak larat jln byk2 hahahha time dok notts jer i byk berjln, balik msia ni emmmm jrg ler nak berjln jauh2 sbb kuat berpeluh dan selalu sakit kepala kalau cuaca panas
BalasPadamCuaca kat Malaysia panas you. Bila jalan banyak sikit kita cepat berpeluh. Kalau negara sejuk....jalan macam dalam aircond je....Best je.....tu yg kita boleh jalan jauh sikit.
Padam