Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, July 13

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa | Semester terakhir Asasi

Masa semester akhir asasi, ada satu subjek kena present. Actually semua subjek ada presentation. Dania kebetulan subjek terakhir kena present tu Keusahawanan dan Pemasaran Produk Pertanian. Hehe ni ummi ambik dari projek Dania yang Dania email minta ummi print kan. Ummi as usual nak buat kenang-kenangan ya. Lecturer suruh letak 'title' kat nama tu yang semua ada 'title' tu. Bukan saje-saje taruh. Nasib baik Dania tak taruk 'title' Datin. Kalau Datin maknanya kahwin dengan Datuk/Dato' la. 😅


Selepas habis presentation, mereka bergambar dengan lecturer mereka Miss Amizatul Najeha. Memang muda ni baru grad dari UPSI ambil Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Sains Pertanian) Dengan Kepujian.  Tema baju kumpulan Dania ni hitam, putih dan kelabu. 


Dania pun pakai suit yang saya beli khas untuk Dania buat presentation. Dah beli lama dah. 


Nampak sporting betul Miss Ami dengan mereka ni. Best betul kalau dapat lecturer yang ngam macam ni cuma student jangan ambil kesempatan je. Lecturer baik, student naik kepala. 






Masa final exam subjek Biology pula, Dania pakai baju kembar dengan classmate nama Hanim. Amboi macam kembar tak seiras la. Hehe


Ni pulak hari terakhir selepas final exam subjek Mathematics. Dania bergambar dengan kawan sebilik. 6 orang kesemuanya. Happy la kan dah habis semua paper. 


Kalau perasan kawan sebilik Dania ni pakai tema warna hitam dan putih. Ingatkan dah plan nak pakai hitam dan putih tapi Dania kata tak. Masa ni Dania pakai jubah warna hitam sebab hari jumaat. 


Kat telinga Dania terselit bunga warna pink pemberian kawan sekelas sempena hari terakhir asasi mereka. Kawan dia buat daripada kertas. 


Gambar ni paling ceria tapi Dania pose sopan je mungkin sebab pakai jubah jadi harus ayu2 sikit. Jangan macam mak lampir dah. 😆


Ni pula Dania dengan kawan sekelas. Sepatutnya 26 orang tapi macam tak cukup korum je ni. 


Lagi gambar. Nanti masing-masing terpisah kat fakulti berlainan tapi kebarangkalian terjumpa dalam kampus tu ada sebab asasi sains pertanian ni asasi tertutup di mana peluang sambung ijazah masih di UPM juga. Kalau asasi pintar UKM, asasi UITM dan asasi UM boleh sambung kat mana-mana IPTA di Malaysia dan Uni ini dikategori sebagai asasi terbuka dan perlu melalui UPU jika nak buat permohonan ijazah. Macam asasi sains pertanian ni kena melalui permohonan dalaman UPM sahaja di mana ada 5 ijazah boleh dipilih. Kita tengok la Ijazah mana yang menjadi rezeki Dania bulan September 2023 nanti. Dengar kata pengumuman dapat ijazah yang mana kat UPM ni announcement in September 2023. I guess sama kot keluar keputusan UPU. Insya allah Dania akan sambung Ijazah semester pertama UPM awal Oktober 2023. 

Moga yang terbaik buat anak ummi dan anak-anak ASPER (Asasi Sains Pertanian) tahun 2022/2023. 
 

Alhamdulilah tamat sudah Asasi Dania Julai 2022 - Jun 2023. Pahit manis semua ada. Ye la bukan senang nak senang ye. 

Nanti keluar cerita hari terakhir check out kolej pulak. 😃




XOXO.
Ezna


7 comments:

  1. wahh exactly one year lah yer dania kat asper tu :) all the best dania!! mesti dia suka baca entries ni later2 sbb ada gmbr2 kan...precious throwback

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kira balik dalam 11 bulan je Suzz. Kejap je....nanti you tengok la zharfan nanti. Tau tau nak habis jugak. Masa begitu pantas.

      Delete
  2. bila dah bekerja...dah berumah tangga...teringat heaven nya zaman belajar... 😊😊
    BTW, salam kenal sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih datang sini. Salam kenal. Ya betul zaman belajar la banyak kenangan...hehe

      Delete
  3. tu dia..pangkat semua taknak kalah ye..Dato' Seri, Dr. Prof bagai. Mudah-mudahan menjadi kenyataan

    ReplyDelete