Masa ni ramai orang bekerja tengah lunch kat sini.
Kami pernah ke sini juga beberapa kali. Kalau teringin nak makan kambing kami ke sini. Kalau tak pun kat Bandar Baru Bangi ada cawangan kat situ yang terletak di Jalan 9/2, Taman IKS, Bandar Baru Bangi (sederet MYEG Bandar Baru Bangi). Kat sini tak tunggu lama untuk mendapatkan hidangan yang dipesan.
Ok....makanan kami dah sampai.
Ni saya punya. Lauknya kambing bakar. Ada kuah kicap. Nasi tu datang dengan sayur kobis, timun, dan sambal. Ada kuah kari juga.
Sup kambing. Sedap. 2-3 kali hirup. Ni suami yang order makan dengan nasi kukus.
Telur dadar.
Ayam crispy dengan sos cili. Dania order ni makan dengan nasi kukus. Pun sedap.
Ni air HOK special. Ada tembikai, daun pudina, lemon, limau kasturi. Sangat fresh bila minum. Oh ya ada air aiskrim soda juga.
Apa pun, kalau teringin nak makan kambing memang ke sini la tempatnya. Saya suka sini sebab tempatnya luas sikit berbanding kat Bandar Baru Bangi tu.
Waktu buka : 11 am - 6 pm (Jumaat tutup). Kalau teringin kambing waktu malam, boleh je ke cawangan Bandar Baru Bangi tu. Alamat boleh refer kat atas ya...
XOXO,
Ezna
Owhh, ingatkan melawat kandang kambing
BalasPadamTak. Saje je bunyi cam kambing. Hehe
PadamBaru tahu tempat ni, terus bookmark, next time boleh singgah..
BalasPadamThank you for sharing..
You are welcome.
Padami pun mkn kambing (masak kari) semlm kat majlis akikak anak my colleague heheh last week pun mkn kambing bakar, pun kat majlis akikah kat rumah my another colleague ;)
BalasPadamDulu I tak reti makan kambing ni suzz. Hubby I yang suka. Lama2 I boleh tersuka jugak. Uihhh majlis akikah memang ada la lauk kambing ni.
PadamOh dok area ni juga. Sila la terjah. Kat Maeps + deret MYEG Bangi ada House of Kambing ni.
BalasPadam