Sempena pesta konvokesyen kat UPM, diadakan juga memetik buah kat dusun UPM. Saya tak akan lepaskan peluang memetik sendiri buah-buahan di dusun UPM. Feeling2 ada dusun sendiri. 😊. Kami pergi petik pada 26 November 2023. Kalau petik pada hari pertama boleh dapat buah manggis. Kalau nak buah durian kena datang pagi.
Kena tunggu kat sini kalau nak naik traktor UPM. Apa lagi, saya memang tak akan melepaskan peluang. Bukan selalu boleh naik traktor UPM ni. Masa Dania amali kat ladang, Dania pernah naik traktor lebih kecil.
Ni kami dah naik traktor dah ni. Pengalaman berharga jangan lepaskan.
Jalan kat sini berbukit. Jadi, naik traktor kiranya good idea lah. Hehe. Sepanjang perjalanan dengan traktor boleh sampai kat pokok-pokok rambutan ni.
Suami target kat pokok manggis tapi tu lah hampa...dah tak ada manggis masak nampaknya.
Manggis yang saya jumpa dah jatuh kat bawah.
Pegawai pertanian UPM bertugas untuk memangkas pokok jadi senang la nak petik buah rambutan.
Suami tengah fokus tu.
Nak petik buah rambutan kena berhati-hati sebab kehadiran semut hitam.
Ha muka berkerut ni confirm ada semut la tu. Kalau sikit boleh tahan lagi tapi banyak.
Kawasan yang sangat luas. Kalau tak silap Pegawai Pertanian tu cakap 700 hektar. Ada lebih kurang 500 pokok kat sini.
Ini setelah pokok dipangkas. Petik je macam ni. Senang sikit. Buah rambutan ni berwarna kuning.
Petik-petik je kat pokok yang dah dipangkas.
Nak datang sini kena bawak beg sendiri. Kalau tak, kena bayar untuk beli beg. Masa sebelum datang tu terlupa nak bawa beg jadi singgah DIY dulu.
Ada banyak pokok kat sini. Cari je yang dah siap pangkas kita petik je dari ranting.
Traktor macam ni memang banyak kat UPM.
Ada sekali tu kami anak beranak sibuk la petik kat ranting pokok rambutan ni sekali datang budak lelaki ni petik sekali lalu diberinya saya buah rambutan tu. Saya kata ambik la sekali ada semut kat tangan udah dia baling buah rambutan tu. Part dia menjerit terakam kat phone saya sekejap je la. Terpanik saya kejap hehe. Mak dia ada memerhati dari jauh. Mungkin segan nak join kami sekali.
Buah pulasan pun ada tapi rasanya dah banyak dah kena ambik.
Exactly traktor macam ni yang kami naik. Memang berbaloi la naik traktor ni sebab kawasan sini berbukit. Kalau nak turun jalan kaki ok lah sebab menuruni bukit.
Belakang ni pokok pulasan rasanya. Dania pergi dusun nak memetik buah dengan pergi ladang nak buat tugas amali pakaian ni berbeza la kan. Ni pakaian santai-santai ajer.
Close up buah pulasan yang masih muda.
Hehe saya pun duduk kat ranting pokok pulasan. Tengah pegang batang pokok sekali terpegang koloni semut.
Kat dalam ni memang redup je.
Kita wefie dalam dusun buah-buahan UPM.
Dari dusun ni boleh nampak bangunan Merdeka 118.
Pokok yang tumbuh liar dalam dusun. Saya rasa cantik je.
Lepas dah turun tu, kena bawa la beg yang berisi buah rambutan tu. Kena timbang dulu.
1kg rambutan = RM3. Kami dapat dalam >3kg. Dapat harga RM10.
Seronok juga ya kalau petik hasil dari dusun buah-buahan ni. Kalau ada dusun sendiri memang best la kan.
***Dania dah start cuti semester selama seminggu bermula 4 Disember 2023 - 11 Disember 2023 (Hari Keputeraan Sultan Selangor). Masuk balik pada 12 Disember 2023 insya-Allah.
XOXO,
Ezna
bestnya dpt petik buah2 segar dari ladang! nampak fun ride jer naik traktor tu hehhe mcm kat taman tema plakkkk
BalasPadamAh ah macam best je you tapi kena berdiri la takde tempat duduk.
PadamWah bestnya... selama saya jd pelajar upm dlu xtau pulak ada aktiviti mcm ni.. ke ni utk fakulti tertentu je... tp syoklah bg yg x ada dusun pengalaman berharga mcm ni
BalasPadamNi bukan untuk fakulti tertentu. Orang awam pun boleh datang untuk aktiviti ni sempena pesta konvokesyen.
Padamsronok tu dpt pengalaman petik buah...feel2 dusun sdiri kan...kita pernah petik buah masa blk melaka kg arwah FIL...ada byk pokok2 buah
BalasPadamSeronoknya amy....kita takde dusun jadi feeling dusun sendiri la ni. Hehe
PadamDuuuuh kalo bisa dpt yg durian pasti lebih senaaaang kak 😍😍😍👍. Sayangnya harus pagi yaaa. Jadi pokok2 ini ditebang karena dah terlalu lebat lah? Nanti ditanam balik?
BalasPadamSeru juga petik langsung dari dusun nya ini. Hrs pasti LBH murah kan
Durian harus datang pagi2 Fanny....bila petang duriannya sudah habis dibeli....rantingnya ditebang supaya senang kita petik buahnya dan nanti akan naik daun2 baru dan ada lagi hasil buah-buahannya.
PadamBestnya! Feeling tu yang extraordinary tu hehe
BalasPadamYe betul.....tu yang siap duduk atas ranting pulasan tu PH.
PadamMenariknya. Kena target ke sini jugalah sebelum anak tamat pengajian kat sini.
BalasPadamSilakan. Try nanti bila ada konvokesyen mungkin akan ada aktiviti seumpama ni lagi.
PadamWah bestnya satu family pergi memetik buah. Yaya paling suka buah pulasan hee mesti best kalau ada dusun sendiri
BalasPadamOhhh suka pulasan. Sis suka rambutan lagi....kalau ada dusun sendiri lagi la best kan...
PadamWoah!!! Best nyer dpt petik buah-buahan segar. Hope you'll enjoy all the fruits.
BalasPadamMemang enjoy sampai habis dah rambutannya. Hehe...
Padamseronoknyaaa tengok, memang best dapat petik buah sendiri!!! Dah lah buah buahan tempatan memang sedappp!
BalasPadamBuah-buahan tempatan ni sedap tapi tu la nak kena tunggu musimnya dulu....
PadamOhh wowo...that's a nice fruit orchard visit, moreover can pick up fresh fruits, I'm sure it was an exciting visit kan. Wish can visit it too in next fruig harvest season la. Cheers SiennyLovesDrawing
BalasPadamHi Sienny.....
Padam