Selepas kenduri kat Days Hotel and Suites by Wynham Fraser Business Park. Kat sinilah yang Dania ajak ummi dan ayah pergi.
The Exchange TRX Mall. Masa ni tak tiba lagi mall tapi dari jauh dah nampak menara TRX ni. Kalau menaiki MRT UPM Laluan Putrajaya, memang ada laluan direct ke Menara TRX.
Hmmm bila terus pergi je mall ni, berbaju kurung la kami. Hehe....
Ramai juga kat Mall ni.
Kat deretan ni kedai-kedai ternama ajer....
Nak masuk Tiffany ke...kot kot ternampak gambar Jimin. Hehehe....
Tema krismas kat tengah ni. Dihias cantik.
Ni saya nak fokus kat lampu. Cantik kan?.
Jalan-jalan lagi dalam ni.
Nampak berkilat mall ni dengan pantulan cahaya dari dinding.
Kat dalam ni ada tempat dengan tulisan The Exchange TRX.
Haaa yang ni memang mengimbau kenangan kat Switzerland. Kedai coklat Switzerland buka kat Malaysia. The only branch dekat Malaysia ya. Maybe akan banyak lagi branch in the future.
Kami masa kat Switzerland hari yang last sebelum balik kami menunggu kedai Laderach buka. Kat bawah ni Laderach di Switzerland. Tak beli kat sini tapi Dania nak beli coklat kat kedai coklat Linds. So kami ke Lindt.
Kedai kat Switzerland kami tak masuk tapi kat Malaysia ni kami masuk.
Cantiknya coklat disusun di atas dulang macam ni.
Ini snacking almond mix...kecik je ni berharga RM85. Siap ada promoter lelaki pakai coat hitam dalam ni ya. Macam jual beg berjenama je.
Cantik design pejalan kaki kat atas tu. Bawa pejalan kaki tu macam cermin.
Saya ambil gambar depan Jimmy Choo. Kasut ni la ya menjadi gilaan peminat fesyen selebriti Hollywood.
Ini pula jenama Cristian Louboutin.
Gentle Monster. Siap ada 3 ekor lembu macam lembu betul bergerak-gerak. Punya saya cari kedai ni jual apa....rupanya kedai cermin mata. Ramai berkumpul depan kedai ni sebab nak ambik gambar lembu ni. Hehe....saya salah seorang la....😜
Pokok krismas di mana-masa sahaja.
Masa ni nak pergi surau. Hujan tapi takde laluan berbumbung. Kami meredah hujan untuk ke surau. Surau ni terletak kat atas bumbung kawasan taman yang berkeluasan 10 ekar.
Senang sarungkan sneakers pakai dengan baju kurung. Selesa betul kat kaki. Ni kat dalam surau. Suraunya kecik je dalam 10 orang kot boleh muat.
Ni taman permainan kat rooftop. Seronok la bebudak kalau tak hujan boleh main-main kat sini.
Gambar di hiasan bola pokok krismas.
Bumbung area sini macam lutsinar. Saya suka ada pokok-pokok kat tepi ni. Pokok betul ya. Disusun memanjang macam ni. Pokok ni dalam pasu kecil.
Ehem....Dania kata ingatkan perempuan....Haha....eleh buat-buat tak kenal la pulak.
Baju kat dalam Calvin Klein. Baju kait hitam tu ajer berharga RM700++ ya....boleh ambik idea jugak la.
Diantara semua ni perghhhhh yang seorang tu gaya model daaa....😅
Dania pegang beg Longchamp kecik ni.
Kecik sekali berharga RM700++ ya....haha siap tanya....
Ni otw balik ni. Kebetulan sehari sebelum, Dania makan kat Ikea ni la....keluar dengan kawan-kawan kat MyTown.
Pada 23 Disember 2023, tol RM0 ya. Tulisan kat board RM0.00 tapi 0 tu atas dan bawah cam ter'crop'. Ya.....tol free ajer hari ni. Kat semua tol ya.
Jadi, best ke idak The Exchange TRX Mall ni? Bagi saya setakat nak cuci mata boleh je...tapi nak cuci poket....saya rasa IOI City Mall berbaloi lagi (ye lah paling dekat dengan rumah pun dan kedai2 yang ada kat sini). The Exchange TRX Mall ni kalau nak cari jenama High End boleh je datang kat sini. Pendapat saya of course la tak sama dengan pendapat yang lain. Ini berdasarkan pengamatan saya. Mall ni macam ala ala The Gardens Mid Valley tu di mana section The Gardens je barangan High End.....
Dah pernah pergi tak?
XOXO,
Ezna
cantik mall ni, nampak mewah dan memang sesuai utk T10 jer lah shopping2 sini...so far i lom pergi lg, lom ada kesempatan
BalasPadamYe lah Suzz. Target market golongan macam tu atau mungkin tourist la kot.
PadamWahh mcm best je trx exchange ni.. tp wak panggil menara tu Ros Mahal ala mcm Taj Mahal kt India tu utk istri yg kucintaik 😝😝
BalasPadamRos mahal? Macam2 la Wak...hehehe...takpe janji bahagia ya....
Padamcoklat tu nampak sgt sedap...
BalasPadamTak pegi lagi... tengok foto orang ramai... tunggu dulu lah....
BalasPadamBarang di The Exchange TRX Mall memang harga untuk orang kayangan
BalasPadamsy suka both the exchane & the garden sbb dua2 boleh buat sy healing hahaha gituuu...
BalasPadamKalau jadi nak ajak dania pi sini Jumaat ni sebab SA half day..nak healing dan cuci mata je bukan cuci pocket..hahaha
BalasPadamHahahaha longchamp tuh kecil pun tapi mahalnya amboooi yaa 🤣🤣. Cuma cukup 1 hp saya rasa 🤭
BalasPadamKedai coklat luar negeri nih, ada beberapa di Indonesia ,tapi brand berbeda. Saya pernah coba yg venchi asal Italia. Enak sih memang, tapi beli eskrim 4, total 500rb, buat saya masih tak worth it 🤣🤣. Cuma tuh laah, kdg hanya nak mencoba dan senangkan hati anak2' 😄. Ntahlah harga asli dia kalo di negaranya yaa 🤭