Khamis, Disember 21

Blue Moon...nanas dan ketiak

17 Disember 2023

Selepas makan dan terjumpa kawan sekelas Korea Dania tu, saya dan Dania ke tempat jagung nak membersihkan rumpai. Nanti saya glamour kan muka pegawai yang handle kelas Dania yang suruh datang merumpai dan membaja ni. Hehehe.

Masa Dania tengah sibuk-sibuk merumpai datang terbang seekor rama-rama yang berwarna hitam ni. Peliknya halau-halau pun dia datang juga. Kejap kat kaki Dania la, kat baju la, kat topi lah. Ni kat tangan Dania pulak. Macam friendly je sebab kat tangan ni agak lama. 
 

Ehem ni lah Pegawai Pertanian yang akan whatsapp minta student kelas Dania membaja dan merumpai. Haha muka Dania bengkek je tu sebab dia memang akan stress la kalau tiba-tiba dapat whatsapp suruh kelas membaja ke merumpai ke sebab kerja-kerja kat ladang jagung ni memang meletihkan tapi tu lah cabarannya Dania sayang....kadang saya akan menaikkan mood Dania la....ye lah pujuk2 kata haaa sikit lagi dah nak siap...padehal banyak jugak lagi pokok nak kena membaja. Kena juga menaikkan semangat. Kadang-kadang saya marah juga...haaa ingat saya tak marah?....nak semua manis je....kena juga marah kalau ada yang kena perbetulkan. Marah macam hulk tu sebijik macam nama jagung Dania 'The Hulk' 😆. 


Ni bukan Dania melambai ya...ni Dania membaling rumpai. 


Sebelah kiri batas kawan Dania yang tak buat apa2 (masa gambar ni diambil). Jika tak buat apa2 boleh effect juga batas yang sebelah. Risau saya kot kot tak datang merumpai. 


Ni setelah kawannya selesai merumpai. Rumpainya memenuhi kawasan diantara dia dan Dania. Kalau gini nampak semak la batas Dania. Saya pun menolong menarik rumpainya dan membuang. Kalau biarkan nampak tempat Dania ni semak. Panggil juga ayah Dania untuk cepatkan proses mencabut dan membuang rumpai. Suami datang ke lokasi dengan kereta lagi satu. Kena saling tolong-menolong sebab Dania kan penat sangat dengan aktiviti sukarelawan kokurikulum dia tu dari pagi lepas tu sambung ni pulak. Takde kawan2 Dania pun masa ni. Samada sibuk ada aktiviti atau berehat kat bilik sebab hari ahad kan....

Target pegawai pertanian tu hari selasa kena semua settle merumpai. Ni hari ahad....


Setelah dibersihkan baru nampak clear sikit tak semak. 


Masih ada juga rumpai. Macam impossible nak clearkan semua. Janji nampak kemas berbanding sebelum ini. Nak kena whatsapp gambar kat pegawai pertanian tu bahagian depan dan belakang. Kalau dia berpuas hati baru dia akan kata boleh proceed membaja. 


19 Disember 2023

Petang kelas Dania cancel jadi saya dan Dania datang la ke ladang jagung ni. Lepas dapat green light dari pegawai tu baru boleh mulakan membaja kali ketiga. Dania pun membaja la. Ada juga nampak beberapa kawan Dania yang baru nak merumpai atau membaja. Dania membuat lubang baja dengan menggunakan sudip tangan. 


Ini saya mengukur tinggi saya dengan jagung Dania ni. Ternyata jagung ni lagi tinggi daripada saya. 


Kawan Dania...David ni menunjukkan kat saya cara-cara membuat lubang baja dengan kayu. Dia takde sudip tangan kot. Saya rasa menggunakan sudip tangan lagi senang sebab kita duduk je. Ni bila buat dengan kayu....lepas tu nak duduk masukkan baja dan kambus unless buat lubang semua dulu kemudian membaja. Pilihan masing-masing. Destinasi je tetap sama....nak membaja. 


Sambil-sambil tu saya meninjau kawasan. Pokok jagung dah mula mengeluarkan bunga dan rerambut. 


Close up buah jagung yang keluar dari pokok. 


Hujan mula turun jadi kena berhenti membaja. 


Duduk dulu bawah tempat berteduh. Hujan makin lebat disertai dengan kilat. Ada juga 3 orang kawan Dania baru datang. Saya dan Dania balik dulu tapi sebelum tu beli nanas dulu. Nampak ada nanas baru tuai. RM5 untuk 2 biji buah nanas. Rasanya?. Manis sangat. 


20 Disember 2023

Pagi ni pun pergi membaja juga sebab semalamnya hanya 90 pokok jagung je sempat membaja sebab hujan lebat. Saya sempat meninjau kawasan seperti biasa. Hehe. Ada jagung yang keluar dari 'ketiak' la. Kenapa ketiak?. Pegawai pertanian yang kata jagung keluar dari 'ketiak'. 😅


Matahari pagi. Dengar kicauan burung...memang mendamaikan. 


Dania sambung membaja. Siap ada kerusi Dania masa sekolah tadika lagi. Tahan tu. 


Dalam masa 45 minit selesai la membaja semua pokok jagung Dania. Alhamdulilah. Bila pokok jagung dah besar ni....kalau kita mencangkung takde siapa yang akan nampak kita. Terlindung dek jagung2 ni. 


Ok....berbalik kepada blue moon. Apakah itu?...

Rupanya rama-rama yang terbang kat Dania tu spesis Blue Moon Butterfly. Saya cari dekat google lense. Terus google lense tulis Blue Moon Butterfly. 
Dari wikipedia :
These butterflies are territorial, and the males are found chasing the females during spring/summer, their mating season, which is the best time to watch them. They get their name from the two bright blue circular patches on the male's wings, resembling the full 'blue moon' in the dark sky.
Hypolimnas bolina, the great eggfly, common eggfly, varied eggfly, or in New Zealand the blue moon butterfly, is a species of nymphalid butterfly found from Madagascar to Asia and Australia 
Credit : Wikipedia

Ni video yang saya ambil. Lama juga kat tangan Dania. Bukan senang juga seekor rama-rama ni berada lama kat atas tangan kita. Selalunya bila ada kehadiran kita dia akan terbang. Rama-rama ni menceriakan juga sebab Dania letih kan sebab baru lepas membersihkan kawasan perkuburan. 

Cuba tengok rama-rama ni...akan nampak warna kebiruan kat patch putih sayap dia tu....dan rupanya ini adalah rama-rama jantan.  


Selesai dah post ni.....

***Blue Moon tu merujuk kepada nama butterfly ni.
***Nanas tu sebab beli nanas kat UPM.
***Ketiak ni merujuk kepada jagung keluar dari ketiak....hehehe. Saya tanya jagung tu keluar kat mana?. Pegawai pertanian cakap tu kat ketiak dia (jagung) tu....😅

Task Dania selepas ni ialah untuk memetik 2 baby corn terbaik dan merumpai sehinggalah harvest pada Januari 2024 nanti....insya-Allah. Doakan tanaman Dania menjadi ya?.....





XOXO,
Ezna

22 ulasan:

  1. untung Dania ada umi ayah teman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time luar waktu kuliah je ni. Kalau waktu kuliah ummi dan ayah dia hantar je.

      Padam
  2. oh ketiak jagung hehe...nanas dpt yg manis syok tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah manis tu yg best tu tapi kalau masam cuma ada hari hari tertentu je nak yg masam2.

      Padam
  3. parents pun boleh masuk sama ke dalam ladang ni? sporting sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually bab boleh masuk ke tak tu...takde dinyatakan kat pintu pagar tak boleh masuk cumanya ini memang tempat pengajaran pelajar. Time Dania kena kerja merumpai atau membaja (di luar waktu kuliah) memang akak ada la sebab Dania duduk rumah...dia tak duduk asrama dan dengan syarat Pegawai Pertanian yang mengawasi pelajar ni tahu keberadaan akak. Jangan kita buat yang tak elok kat sini dah la seperti memetik pokok2 orang lain etc....dan disebabkan Dania dok luar...kadang2 tempat pengajaran ni sunyi jadi akak nak mengawasi Dania jugak la....pekerja ramai lelaki dan ada orang luar juga....

      Padam
  4. Eh sama, PH pun beli nenas, dapat yg manis juga alhamdulillah. 4 biji RM10, beli berbagi dgn jiran-jiran :D
    Maknanya setiap proses ada markah agaknya ye... I mean step by step penyelia bagi instructions tu ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah PH dapat nanas manis juga. Murah rezeki PH berbagi rezeki. Alhamdulilah....

      Markahnya kerja ladang sahaja 30%, Kehadiran 10%, Projek jagung ni 20%, Report 20%, Kuiz 1 10%, Kuiz 2 10%. Takde final exam tapi nak kena buat juga betul2 sebab bila dapat markahnya kalau baik, menyumbang juga kepada keseluruhan markah. Doakan ya PH :)

      Padam
  5. bestnya kerja-kerja pertanian......bekalan makanan sentiasa ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang beberapa universiti di Malaysia memfokuskan kepada pertanian ni supaya bekalan makanan kita sentiasa ada. Nak train bakal agriculturist untuk menjaga dan memantau bekalan makanan kita supaya sentiasa mencukupi dan membuat penambahbaikan dan penyelidikan kepada tanaman dan ternakan dari penyakit dan lain2...

      Padam
  6. Elok membesar pokok-pokok jagung tu.
    Ada pekerja ke yang akan tolong siram pokok-pokok tu atau tak perlu pun siram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok jagung tu dalam masa 2 minggu pun ada perubahan dia. Tu yg amaze sangat tu. Mungkin dengan bantuan baja la akak rasa. Kalau siram2 ni pelajar tak payah siram tapi Pegawai Pertanian ada sediakan sprinkler jadi mereka akan buka sprinkler tu. Kalau hujan memang tak buka la kot sprinkler tu....

      Tugas utama pelajar...1. sediakan batas 30 meter, 2. tanam jagung dari biji benih, 3. merumpai 4. letak baja 5. meracun rumpai (selalunya pelajar lelaki 1-2 orang akan pakai baju lengkap membaja...berat baju ni).

      Pegawai pertanian / staff pertanian akan meracun pokok jagung dari serangga seperti ulat bulu, semut dan siput.

      Padam
  7. wah seronoknya..mesti meriah menuai nanti.. cuma sekarang ni memang penat la sikit kan...
    comei je nenas tu, seronok leh beli hasil tanaman yg fresh2 mcm ni

    and the blue-moon...subhanallah, cantiks sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah end product nanti memang best la....dengan harapan banyak tanaman yang menjadi....insya-Allah. Nanas tu memang kenit je Ayu. Beli 2 ajer....

      Blue Moon Butterfly tu memang cantik....tapi....yang buat naik tu warna biru tu....macam striking sikit warna dia....cantik betul ciptaan Allah kan...

      Padam
  8. Tak lama lagi keluarlah hasil jagung Dania...seronok bila tanaman manjadi kan...bagus Dania..sejuk tangan..my Dania macam xde ke arah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah SA. Seronok bila tanaman menjadi ni tapi nak menjaganya aduhhh perlukan kekuatan mental dan fizikal sebab jagung banyak....

      Padam
  9. task ni menarik tp mencabar laaa..moga2 sukses ya dania..aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Suzz. I baru balas ni dan ya alhamdulilah A untuk subjek ni.

      Padam
  10. tetiba rasa tak sabar pula saya tunggu hari menuai hehehe nak join sekaki boleh tak?

    BalasPadam
  11. Ada juga student yg rasa tak peduli dengan tanamannya yaa. Sampai rumpai dia mampir ke sebelah.

    Baca tulisan Kaka, saya jadi tahu bagaimana cara jagung tumbuh. Selama ini selalu beli saja, mana pernah tahu awal2 dia tumbuh 😅.

    Lihat nenasnya, jadi teringin beli nenas 🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....kalau tak peduli effect kawasan kita pula. Pemalas sungguh dia Fanny. Tak tahulah lecturer bagi gred apa untuk hasilnya.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Karnival Udara Antarabangsa Melaka

Lambat sikit post yang ni keluar sebab lepas pergi Karnival Udara ni kena batuk-batuk dan demam. Kami ke Karnival Udara dan Antarabangsa Mel...