Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, December 13

Urusan yang tertangguh disebabkan.....

Ada satu hari tu saya ke Pejabat Tanah dan Galian Selangor kat Bukit Raja. Pergi dengan Dania la. 


Sebelum masuk pejabat, staff dah panggil suruh ambik Nestum ni. Katanya ambik je. Saya dan Dania pun ambik je la 1 cawan kecik tu. Mungkin sample kot. Lepas tu siap gambar saya dan Dania dia ambik juga untuk tunjuk kat bos dia katanya (hal kerja). Tak masuk dalam facebook ke apa. 


Kemudian nak ambik nombor la kan....


Tak boleh nak ambik nombor sebab kat kaunter ada tulis 'kaunter bayaran ditutup pada 4-7 Disember 2023 kerana masalah teknikal'. Kami datang tu pada 5 Disember 2023. 


Kaunter ni pun memang ditutup. Eiiii geramnya....tapi memang nak tak nak kena tunggu kaunter dibuka la kan. Orang belakang saya pun bising-bising. Ingat saya ni dekat ke dia kata.... Dalam hati saya cakap juga ingat saya ni berjiran dengan pejabat tanah ni ke?. Dekat 1 jam lebih juga baru sampai sini dengan jam kat beberapa tempat lagi. Hmmmm......kena banyak-banyak bersabar jika berurusan dengan Pejabat kerajaan ni ya. 


Nak kena cari masa lain pulak datang sini 😅. Urusan tertangguh disebabkan masalah teknikal. Rasanya yang jaga kaunter tu nak kena banyak bersabar juga jika berdepan dengan orang yang marah-marah....takde solution untuk bayar online ke apa...hanya manual sahaja......patutnya jika A tak boleh kena ada plan B. Ni takde.....kalau A tak boleh memang tak boleh la ya....



***Malam ni pun Dania ada test Falsafah dan Isu Semasa. Lecturer pulak baru mendarat dari Spain ada Conference katanya....moga dipermudah untuk menjawab soalan dan kumpul markah tinggi ya untuk carry marks. 





XOXO,
Ezna



 

6 comments:

  1. Kalau org yang bekerja tu lagilah frustrated kan, kena ambil cuti or time off tup² tak boleh selesai gak urusan :(
    Apapun, mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan ye Ezna 🤲

    ReplyDelete
  2. Pej Tanah nie mmg selalu menyebalkan... Hahaha.. Lagi2 kalau xd org yg kita kenal, lagi lah mcm2 dia chong kita

    ReplyDelete
  3. mcm2 ragam la...kena bertabah ajer lah nampak gayanya bila kena hadap masalah2 teknikal ni... anyway all the best to dania!

    ReplyDelete
  4. adoi benda-benda gini lah yang mahal nak berurusan dengan gomen nih kan, sabar je laa.. entah bila nak up to date sistem depa ni tak tau laa :)

    ReplyDelete
  5. entah laa tak tahu nak cakap kalau berurusan dgn pihal gomen ni...kdg ok. kdg menyakitkan hati.. haihhh
    apa2 semoga segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. Kak, ternyata tak di Malaysia, tak di Indonesia, kalo dah berurusan dengan birokrasi govt, dah laaah, perbanyak istighfar saja 🤣. Mereka anggab yang butuh kita, jadi kita lah yg bersabar 😅. Terkadang saya pikir, urusan seperti ini sebagian harusnya private yg pegang, mungkin jadi mahal, tapi setidaknya service pun cepat dibuat.

    ReplyDelete