Khamis, Disember 14

Ani Sup Utara, rezeki tak disangka

Post sebelum ni saya cerita pasal Pejabat Tanah yang saya dan Dania pergi tu kan. Ini kali kedua saya pergi pada 8 Disember 2023. Nasib baik urusan dipermudah. On the way nak balik, saya dan Dania singgah kat Ani Sup Utara ni. Masih ada lagi kedai ni. Saya pernah makan kat kedai ni masa saya belajar kat UITM Shah Alam pada tahun 1997-1999. Masih wujud lagi kedai ni sampai hari ni. Ingat lagi dulu pergi makan dengan kawan. Kawan makan bihun sup lepas tu tambah banyak cili tu kemudian terus sakit perut. Banyak sangat makan cili kicap tu....😆


Saya order bihun sup utara. 


Dengan teh o ais. Panas-panas lepas tu minum ais pulak memang best la. 


Dania order kuaytiaw sup. 


Lepas tu singgah kejap stesyen minyak kemudian Dania belanja ummi ice cream. Makan dulu sampai habis sebelum memulakan perjalanan balik. 


Dapat pula whatsapp tanya saya kat mana dan suruh ambik laksa Pahang. Wahhhh rezeki. Kebetulan petangnya nak ke IOI City Mall sebab saya ada appointment kat Thai Odyssey. Ingat nak keluar sekali dengan Dania tapi lambat betul siapnya jadi saya pick up Laksa Pahang dulu. Later saya review rasanya.

Sempat la berborak kejap sebelum saya minta diri nak balik sebab appointment saya jam 4.30 petang. Pick Dania dan suruh Dania letakkan dalam peti ais Laksa Pahang tu kemudian ke IOI City Mall pulak. 

Ini je yang saya ambil gambar ya....teh herba atas katil. Saya ambil Thai Aromatherapy Massage untuk 90 minit. Urutan ni menggunakan minyak aromatherapy. Akhir sekali ada stretching. Lega sungguh2 la lepas beberapa bulan ni asyik busy je. 


Masa saya tengah mengurut ni Dania jalan-jalan la dalam IOI City Mall ni. Bila saya dah selesai datang balik dengan beg dari Objet. Dania kata dia beli hadiah anniversary ummi dan ayah. Awwww terus cair tapi bila kata nak tengok Dania tak bagi. 😆. Nampaknya kena tunggu anniversary la ya....😍


Malam pulak, kami makan la Laksa Pahang yang kawan saya buat sendiri ni. Specialnya mee tu kawan saya buat dengan menggunakan tepung gandum. Bukan beli ya. Patutnya kawan saya nak ajak saya makan kat rumah dia je sambil borak sebab dah lama katanya tak tanya khabar berita kemudian saya tak balas whatsapp dia lama. Ye la saya  tengah drive kot masa tu ke Bukit Raja, Klang. 


Ni lah pertama kali saya makan Laksa Pahang ni. Kuahnya macam ni rasa macam kuah laksam cumanya kuah laksam berwarna putih kan. Dania makan kuah sekali dah rasa nak tambah kuah lagi. 


Didatangkan dengan ulaman juga belacan. Bila campur semuanya...rasanya perfect. Alhamdulilah. Rezeki kami sekeluarga. Terima kasih Kak Tie....


Kadang-kadang rezeki ni memang tak disangka la kan....





XOXO,
Ezna

 

11 ulasan:

  1. yang sy perasan lepas pkp caw ani sup utara ni byk dah tutup. yg ada pun resto yg bsr je...

    wahhh bagusnya dania. igt anniversary ummi & ayah👍👍👍👍

    BalasPadam
  2. dulu2 Ani sup Utara ad dalam foodcourt Lotus Melaka, tp skrg dah xd...tp, smbal kicap mmg sedap...hihihi....
    laksa Pahang tu mcm laksa Johor ke??mcm sama pulak rasenya..ke Linda silap

    BalasPadam
  3. kuah laksa tu mcm kuah laksa johor jer sbb i penggemar laksa johor(selalu beli)...anyway entry kita pg ni sama laaa plak hahah psl bihun sup ;)

    BalasPadam
  4. Baru tau Pahang pun ada laksa..

    Eh ammi pun ITM tahun 1997 sampai awal 2000 jugak...ammi dulu kene buat 7 sem sebab ada pre-dip. duduk kolej mana dulu?

    BalasPadam
  5. macam memanggil2 plk laksa tu..laksa pahang dekat sini kami panggil laksa gebok

    BalasPadam
  6. laksa pahang tu skali tgk mcm laksa johor.....syok urut2 tu..tk pernh try lg thai odyssey

    BalasPadam
  7. Ani Sup Utara ni dulu ada dekat Prima SG tapi dah tutup :(
    Alhamdulillah, rezeki 🤲
    Laksa Pahang tak pernah makan tapi nampak sedap tu. In fact any type of laksa PH tak talak hehe

    BalasPadam
  8. Ani Sup Utara tu mmg sedap... Eh laksa pahang yg mcm ni tak pernah rasa lagi.. :De

    BalasPadam
  9. Saya baru tau ada laksa Pahang. Mi dan kuah tu nampak mcm laksa Johor je.

    BalasPadam
  10. Sie sup nya kalo dah jualan dari lama sampai sekarang, berarti memang sedap lah yaa 😍👍🏿. Saya catat dulu, harap2 kalo kesana bisa makan di sana juga.

    Baru tahu saya laksa Pahang kak ☺️. Kalo lihat kuah, saya rasa bakal sukaaa lah. Terlihat gurih dan creamy santan menurut saya. 🤤.

    BalasPadam
  11. baru tau ada laksa pahang... mcm laksa johor rupanya ek

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...