Pada tarikh 14 Disember 2003, saya dinikahkan oleh papa saya. Kenal Mac 2003, bertunang 1 Jun 2003 dan dinikahkan pada 14 Disember 2003 dan resepsinya pada malamnya. Papa masa tu baru seminggu pegang title YB (Yang bersara). Bersara pada tarikh hari jadi pada 7 Disember 2003. Kiranya 20 tahun yang penuh dengan pahit manis. Tak mudah ya nak mempertahankan tu. Pasti ada onak dan duri. Makin lama kita pun makin matang menangani permasalahan yang berlaku.
Lepas Dania habis kelas jam 2 petang, terus la pick up Dania dan ke Rumah Kueh Kak Zu.
Alang-alang kita datang sini, saya beli sedikit buah tangan untuk kawan saya tanda balas balik apa kawan saya bagi keluarga kami iaitu Laksa Pahang.
Haaa dah tiba dah rumah kawan saya ni kat area tanah lot. Gambar kawan saya takde pulak. Sekadar menghantar ajer kemudian balik sebab Dania ada online discussion pulak.
Kat Rumah Kueh Kak Zu. Dania belikan cupcake untuk diri sendiri dan ummi dan ayah. Kecik je cupcake ni. Dalam gambar ni nampak besar pulak. Sorang satu dapat cupcake.
Ini Dania pilihkan untuk ayah.
Ini ummi yang punya.
Ini Dania punya.
Letak la gambar tahun 2014 masa kami kat Turki sebelum ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Ziarah Turki dulu 4 hari 3 malam.
Ada tag name I 💗 my BF dan I 💗 my GF. Hehe....
Ni yang saya masak....nasi ayam malam anniversary tu. Nak keluar tak best pulak sebab Dania ada kena buat kerja. Kalau tarikh ni jatuh pada weekend ok la boleh la keluar juga.
Nasi ayam dengan daun salad yang banyak.
Ada petite Victoria Sandwich Cake juga untuk dipotong. Sebenarnya lama dah tak makan cake dari Rumah Kueh Kak Zu ni. Teringin la ni.....memang sedap. Lepas makan boleh teringat-ingat tau....
Reels anniversary saya kat instagram ada saya kongsikan dan Kak Zu dari Rumah Kueh Kak Zu pun ada wish. Thanks Kak Zu. Jauh tu Kak Zu wish all the way dari New Zealand. Kak Zu attend anaknya yang konvo di Victoria University of Wellington. 😍. Tahniah Kak Zu!.
Ala syayangnya....Dania hadiahkan ummi dan ayah bantal kusyen seorang satu. Kusyen ni saya punya. Saya peluk masa tidur. Cute betul bantal kusyen matahari ni. Ayah pula dapat bantal kusyen yang boleh letak kat kerusi jadi tak sakit la bon bon kalau duduk lama2. 😜
Setiap bucu bantal ni ada tassel ni.
Thank you so much Dania.
Ummi & Ayah 💗 you so much!
Belajar rajin-rajin ya....
Just a simple celebration je pun dah cukup membahagiakan....alhamdulilah untuk 20 tahun bersamamu....
Moga Allah jaga ikatan ini sehingga ke syurgaMU.
***Dania dan kawan2 akan membersihkan pekarangan Masjid UPM pada hari ini selama 6 jam dan membersihkan perkuburan Islam UPM pekarangan Masjid UPM pada keesokkan harinya selama 8 jam untuk program kokurikulum Bakti Siswa. Kena buat program sukarelawan. Total kena buat sukarela ni selama 14 jam. Doakan semua dipermudah ya untuk Dania dan kawan-kawan. 😀
XOXO,
Ezna
alhamdulillah tahniah kak dah 20tahun...happy anniversary to both of u moga Allah berkati rahmati hingga ke syurga
BalasPadamAlhamdulillah 20 tahun sudaaaa 🤲
BalasPadamSemoga kekal bahagia hingga ke syurga Firdaus aamin 🤲
Sweet la Dania 🤗
Dah 20 tahun, congrats kaaaak ezna 🤗🎉🎉. Semogalah langgeng selalu, 5 tahun lagi dah sampai pernikahan perak. Semoga nanti bisa mencapai pernikahan emas 50 tahun ❤️❤️.
BalasPadamCantiiiik cushion yg dibeli Dania 😊
happy 20th anniversary!! moga bahagia till jannah!! cutenya ur anniv cake tuuu ;) my 20th wedd anniv july next year, hrp2 dpt staycation romantiko de amore kat mana2 hehhehe
BalasPadamComelnya tag i <3 my Bf/gf tu... hehehe
BalasPadamAlhamdulillah, 20 tahun dah usia perkahwinan sis dgn husband! Congrats! Semoga Allah memberkati rumahtangga dan keluarga sis dan kekal bahagia sentiasa... Ameen YRA 🤲🏻
BalasPadamramainya anniversary bulan ni... happy anniversay kak & husband!! 20 yrs dah... beza sehari je tarikh kita dinikahkan cumanya tahunnya x sama.. hehehe
BalasPadam